Tuesday, October 14, 2008

ORANG BERTAQWA.....menangis dan ditangisi.

Menangis.........maksudnya kita sendiri yang menangis.
Ditangisi........maksudnya orang lain menangis kerana kita.


Menangis atau ditangisi bersama-samanya ialah mengalirnya titisan air jernih dari dua kelopak mata; air mata. Air mata kesedihan, air mata keinsafan, air mata penyesalan.


Titisan Darah dan Air Mata
Ada dua titisan yang sangat berharga di sisi ALlah....titisan darah yg gugur kerana berjuang fi SabiLiLlah dan titisan air mata yang takutkan ALlah.Inilah dua titisan yang akan menyelamatkan kita di akhirat nanti.


Jadi 'Abid dan Mujahid
Moh! Kita dapatkan kedua-duanya sekali. Caranya bagaimana?
1. Malam hari menjadi 'abid(org yg beribadat)yang bangun solat Tahajjud, bermunajat, merayu, merintih dan menangis di hadapan ALlah.
2. Siang hari menjadi mujahid(pejuang Islam)yang tangkas, berani dan ikhlas menegakkan dan menyampaikan dakwah Islamiah.


Contohi as-Salaf as-Soleh Yang Kerap Menangis
Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. telah mendengar seorang sahabat Baginda s.a.w. yang sedang membaca Al-Quran. Apabila sampai keayat yang bermaksud:
"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah"(AL-RAHMAN-37)
Bulu roma sipembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah?Malang sungguh nasibku ini." Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Jawapan yang sama telah diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.wkepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud. Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?"Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui Titisirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

Antara Harap dan Takut
Umar r.a. hu berkata:"Kalau pada Hari Perhitungan diistiharkan yang semua manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki neraka, sudah tentu dosa-dosaku akan menyebabkan aku menyangka(takut) yang si malang itu ialah aku sendiri. Sebalinya kalau diisteharkan yang semua manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki syurga, sudah tentu aku akan berharap yang orang yang menjadi pilihan Allah s.w.t. itu adalah aku sendiri."

Kisah Umar r.a.hu itu tadi menunjukkan betapa perlunya perasaan takut bercampur dengan harapan ini terselit dihati umat Islam yang inginkan kebahagiaan ukhrawi.Bila menghadapi maut pula harapan akan rahmat Allah s.w.t. sepatutnya melebihi perasaan takut tadi.Kata Nabi Muhammad s.a.w.: "Tidak seorang pun sepatutnya mati tanpa harapan yang kuat akan rahmat Allah s.w.t.."
Jom kita mengambil iktibar dan pedoman daripada kisah-kisah tersebut.

No comments:

Post a Comment