Salam sahabat-sahabat,
Esok hari khamis 26 November bersamaan 9 Zulhijjah 1430H, Jom kita pakat-pakat ajak anak isteri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar menunaikan puasa sunat hari Arafat.
Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
Sekian terima kasih.
pa niat puasa sunat hari arafah?
ReplyDeleteKata buat jgn tak buat ...
ReplyDeleteJadi kalau nak buat macamana niat puasanya?
9hb Zulhijjah waktu malaysia / Brunei atau waktu Arafah( jika tidak sama)?
ReplyDeletebetul la.. susah betul nk dptkan maklumat bagaimana lafaz niatnya??
ReplyDeleteCamna ni, Arab Saudi punya 10 Zulhijjah pada hari Selasa, malaysia pada rabu. So pada orang Saudi Hari Arafah adalah besok tapi kita pada Selasa, tapi Selasa dah 10 Zulhijjah, dah jadi haram pula berpuasa.
ReplyDeleteKalau ikut hadis di atas, puasa ni sunat bagi orang yg tak buat haji, kitalah tu, tapi hajinya di sana (Mekah) jadi bukanke amalan puasa kita kena refer amalan di sana..........?
Senang je.. org Islam kena faham bahawa Mekah adalah negara terbit matahari dan bukan Jepun. Jika Mekah dah 10 Zulhijjah, Malaysia masih 9 Zulhijjah. Jangan terpedaya dengan sistem tarikh dajjal. Wallahu 'alam.
DeleteSenang je.. org Islam kena faham bahawa Mekah adalah negara terbit matahari dan bukan Jepun. Jika Mekah dah 10 Zulhijjah, Malaysia masih 9 Zulhijjah. Jangan terpedaya dengan sistem tarikh dajjal. Wallahu 'alam.
Deleteassalamualaikum, esok isnin ke hari selasa kita puasa?
ReplyDeleteniatnya?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMengikut Hadist hari ke-9, sunat puasa arafah and puasa yg hari ke-8 untuk behati2 kemungkinan hari yg ke 8 tu sbenarnya hari ke-9 (puasa sunat arafah).
So, menurut situasi, insyaAllah adalah lebih baek kita puasa sok, hari yg ke-8 :)
Semoga Allah memberkati usaha kita
Wslm.
sumber:
http://dien24.blogspot.com/2006/12/seputar-puasa-arafah.html
http://blogakusukeatiakuler.blogspot.com/2009/11/puasa-sunat-hari-arafah.html
Senang je.. org Islam kena faham bahawa Mekah adalah negara terbit matahari dan bukan Jepun. Jika Mekah dah 10 Zulhijjah, Malaysia masih 9 Zulhijjah. Jangan terpedaya dengan sistem tarikh dajjal. Wallahu 'alam.
Deleteisnin :)
ReplyDeleteNiatnya:
ReplyDeleteSengaja Aku Berpuasa Sunat Hari 'Arafah Kerana Allah Ta'ala
''sengaja'' atau sahaja??
ReplyDeleteniat puasa nyer ko tak tulis, semua orang tau kelebihan nyer. tulisler aper niat dia nak promosi tapi sengal
ReplyDeleteAllah Maha Mengetahui & Allah tak cerewet, asalkan niat hati ikhlas nak puasa sunat Arafah pada hari tersebut, walaupun dah terdetik dalam hati, sepatutnya dah memadai. Terima kasih utk artikel ni. Wassalam
ReplyDeletesetiap perkara yg baik kerana Allah adalah ibadat.kalo dh terlintas di hati nak buat sesuatu,tu dh dikira sebagai NIAT.jadi tak perlu niat yg berjela2 pun takpa.sebabtu org kata "yg penting niat..".Wallahu a'lam
ReplyDelete~syukran jazakallahu khairan kathira utk perkongsian yg bermanfaat ni:)~
DO'A NIAT PUASA ARAFAH
ReplyDeleteنويت صوم عرفة سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA'ALAH
“ Saya niat puasa Arafah , sunnah karena Allah ta’ala.”
kalau kita tak habis lg puasa ganti...nak puasa sunat arafah..cam mana hukumnya....
ReplyDeletedoa untuk 9zulhijjah ada x?
ReplyDeleteapsal tnye psal niat?dh klau besok nk puasa arafah,dh kira niat la tu.apsal nk susah2 niat dlam bhasa standard pulak? esok aku nk puasa sunat arafah sudah memadai..
ReplyDeleteniat macam tu pn boleh?? alhamdulilah.. senang.. :)
Delete