Wednesday, November 11, 2009

PRA SYARAT KEJAYAAN JAMAAH ISLAM @GERAKAN ISLAM Siri Akhir

Salam sahabat-sahabat,

Hari ini kita meneliti kupasan al-Maududi mengenai beberapa kelemahan-kelemahan yang sememangnya sedia ada dalam diri insan tidak terkecuali pendokong Gerakan Islam seperti mementingkan diri sendiri, tabiat tidak seimbang, pemikiran yang sempit (singkat akal) dan membuat keputusan yang lemah. Perkara-perkara ini hendaklah diurus dengan baik.

Kelemahan-kelemahan tersebut walaupun sebenarnya tidak merosakkan asas (dasar)sesuatu pekerjaan. Tetapi ianya memainkan tugas terpenting dalam merosakkannya. Sekiranya ia dibiarkan berterusan dengan kecuaian dan kurang berhati-hati boleh membawa kehancuran. Syaitan memperalatkannya bagi menghalang kemajuan bagi sesuatu kebaikan. Ia mengalihkan kebaikan manusia kepada keburukan dan membawa gangguan ke dalam sesuatu jama’ah. Oleh itu penting bagi menyemak kecenderungan buruk ini untuk mengekalkan jama’ah yang sihat. Tetapi yang lebih penting lagi ialah orang perseorangan dan jama’ah yang berhasrat untuk membuat pembaharuan di dalam masyarakat serta menegakkan peraturan Islam itu berjaga-jaga supaya tidak bercampur sama sekali dengan unsur-unsur yang melemahkan ini.

1. Mementingkan Diri Sendiri.

Di antara kelemahan manusia yang paling menguasai dan mengganggunya ialah sifat mementingkan diri sendiri. Keadaan sebenarnya berpunca dari fitrah tabi’i manusia yang mengasihi diri sendiri. Ini bukanlah merupakan perkara yang buruk malahan perlu di dalam batasnya serta berguna pula. Allah telah mengurniakan gerak hati ini untuk kebaikan manusia sendiri yang digunakan untuk keselamatan dan kesihatannya. Jika emosi ini didorong oleh syaitan ia akan bertukar pengasihan yang bersangatan (berlebihan) dan menurut kata hati (perasaan) dan menjadikan seseorang itu mementingkan diri sendiri. Ini selanjutnya menjadi pembuka jalan keburukan yang sepatutnya punca kebaikan. Setiap peringkat peningkatannya akan menghasilkan rantaian-rantaian kesilapan (kesalahan) yang baru.
Antaranya ialah:
a. Rasa girang hati (tanpa berasa bersalah) -
merasai dirinya sangat baik, ia akan memasuki hidup berpuak (berkelompok). Serta mengingini orang lain menganggapnya sedemikian. Dia suka mendengar pujian ke atas dirinya dan tidak sabar terhadap sesuatu teguran terhadapnya. Walaupun nasihat yang bersimpati (berguna) sekalipun akan menyakiti keakuannya. Sifat keakuannya memutuskan semua cara dalaman dan luaran bagi pembaharuan dan pembetulan dirinya.
b. Rasa cemburu dan dendam.
c. Syak wasangka.
d. Mengumpat dan lain-lain.

2. Tabiat tidak seimbang
3. Pemikiran yang sempit.
4. Membuat keputusan yang lemah.

Atas sebab kekangan masa maka setakat ini sahaja. Maka dengan itu sahabat-sahabat hendaklah meneliti dan mentelaah sendiri buku al-Marhum Ustaz al-Maududi Pra Syarat Kejayaan Harakah Islamiyyah.
Sekian, terima kasih.

1 comments:

  1. ust,suruh kepimpinan buang saja hasan ali dan ust nasha

    ReplyDelete