Marilah sekarang kita mengkaji kelayakan-kelayakan tambahan yang perlu untuk kejayaan dalam mencapai tujuan pembinaan kembali atau (islah dan tajdid) itu.
KELAYAKAN-KELAYAKAN(tambahan) YANG SEMPURNA
1. Hubungan dengan Allah dan keikhlasan hati
2. Mengingati hari akhirat
3. Budi pekerti yang mulia
4. Ketabahan dan tetap pendirian
5. Bijaksana
1. Hubungan dengan Allah dan keikhlasan hati
Hubungan dengan Allah dan bersifat ikhlas adalah kelayakan yang utama. Usaha-usaha menegakkan masyarakat Islam adalah suatu tugas yang tidak akan berjaya dengan kecuali adanya hubungan seseorang itu kepada Allah adalah benar-benar kukuh dan mendalam dan perhatiannya semata-mata terus ke arah bekerja kerana Allah sahaja, yang membimbing ke arah itu. Apa yang Allah suka mesti kita lakukan dalam kerja ini.
Cinta kepada Allah semestinya menjadi faktor penggerak. Keyakinan yang sepenuh perlu diletakkan kepada ketentuan Allah dan pertolonganNya. Segala pengharapan kepada ganjaran mesti dipohon kepadaNya. Segala arahan dan teguranNya kedua-dua termasuk “boleh” dan “tidak boleh” mesti diikuti, takut hanya kepada pembalasanNya perlu diresapkan ke dalam hati.
Sebarang ketakutan, sebarang kecintaan, sebarang kesayangan, sebarang penyembahan bercampur dengan perkara ini atau sebarang tujuan lain yang bersekutu dengan perkara itu akan menyimpangkan manusia (mereka) daripada jalan yang benar, dan apa juga yang dilaksanakan pasti tidak akan mendapat pertunjuk dari Allah.
2. Mengingati hari akhirat
Kelayakan lain, hampir berkaitan dengan perkara di atas ialah mengingati hari akhirat. Walaupun bengkel bagi mukmin adalah dunia ini dan di sini dia melakukan apa yang dikehendaki tetapi bukan dia melakukan perkara itu untuk dunia ini semata-mata malahan untuk hari akhirat jua. Dia tidak bertujuan untuk mendapat ganjaran dunia tetapi pengamatannya untuk mendapat ganjaran akhirat.
Dia patut melakukan semua perkara yang membolehkannya memperolehi ganjaran di hari akhirat dan dia patut menjauhi daripada semua perjanjian yang tidak akan berbuah di sana nanti. Dia sepatutnya enggan menerima sebarang ganjaran yang akan menyebabkan dia kerugian di hari akhirat nanti dan patut menerima sebarang kehilangan yang mana akan membawa ganjaran kepadanya di sana nanti.
Perhatiannya sepatutnya mempertimbangkan kerja yang akan menguntungkan dan merugikannya di hari akhirat. Sebarang kesenangan atau kesusahan dunia tidak akan menekan atau menghalangnya. Dia tidak menghirau sama ada usahanya di dunia menghasilkan atau keputusannya gagal – sama ada dia bertemu kejayaan atau berhadapan dengan kegagalan, sama ada dia mendapat pujian atau cacian, sama ada dia menerima ganjaran atau dihadapkan kepada penderitaan dan tribulasi. Dalam keadaan di atas dia mesti mempercayai bahawa tiada sesuatu benda pun terselindung daripada penglihatan Allah, kepadaNya dia serahkan dirinya, dan dia tidak mengambil sesuatu yang bernilai dari luar ganjaran hari akhirat, dan sesungguhnya kejayaan yang dicapai di sana adalah kejayaan yang sebenarnya.
Tanpa pemikiran ke arah ini sukar untuk orang perseorangan mengaturkan beberapa langkah ke arah yang sebenarnya. Walaupun sedikit perpaduan antara matlamat-matlamat keduniaan dengan idea-ideanya sudah pasti menggangu langkah-langkahnya. Sebarang kecederaan yang dideritai dalam menuju ke jalan Allah yang ditempuhi oleh seseorang yang benar-benar matlamat hidupnya boleh dicemari dengan godaan untuk mendapat ganjaran dunia dan beberapa peringkat kejayaan di alam dunia ini mengubah tingkah lakunya dalam suatu bentuk yang lain.
No comments:
Post a Comment