Salam sahabat-sahabat sekalian,
Persoalan riya'(menunjuk-nunjuk) jangan dipandang ringan kerana ianya berkaitan dengan soal keikhlasan dalam melakukan amal dan gerakerja. Ikuti kupasan al-Marhum Ustaz Maududi;
2. Riya’ (menunjuk-nunjuk).
Satu lagi kesalahan besar yang setara dengan kesombongan di mana ia memasuki ke akar umbi kebaikan ialah keinginan untuk mendapatkan nama sebagai balasan kebaikan. Seseorang itu mungkin berkehendak untuk mendapat pujian dari masyarakat pemuji.
Kesalahan riya' adalah berlawan dengan keimanan yang sebenar dirinya. Riya' adalah dikira sebagai tudung syirik.
Mempercayai Allah dan hari akhirat menuntut seseorang itu mesti melakukan sesuatu hanya untuk mendapat keredhaan Allah (mardhatillah). Dia menghubungkan pengharapannya untuk mendapat pembalasan hanya dari Allah sahaja dan berwaspada(menaruh harapan) kepada pembalasan hari akhirat dari kecenderungan pembalasan duniawi.
Tujuan seorang munafik adalah untuk mendapat keyakinan (sokongan)masyarakat. Dia mencari pembalasan dari mereka sahaja dan ingin mendapatkan bahagian pembalasannya dalam bentuk nama, kemasyhuran, pengaruh dan kekuasaan di dunia ini sahaja. Dalam perkataan lain, ia boleh diertikan bahawa dia telah menjadikan masyarakat sebagai saingan Allah atau setara dengannya. Jelaslah di sini bahawa dari kecenderungan pemikiran ini keseluruhan khidmatnya adalah tidak kerana Allah, juga tidak ke arah cara hidup yang dikehendaki oleh Allah. Ianya tidak dikira sebagai amal saleh di sisi Allah Subhanahu Wata’ala.
Desakan kemungkaran ini(riya') bukan hanya membatalkan perbuatan yang dikira sebagai bernilai. Malahan mustahil dapat menuju ke jalan yang benar akibat desakan keji itu. Bentuk ganjil desakan ini ialah seseorang itu menjadi semakin berminat terhadap penghebohan kerjanya berdasarkan penyelesaiannya yang berjaya. Persembahan pujian dan sokongan (keyakinan) yang melambung tinggi merupakan matlamatnya yang nyata. Kerja yang tersembunyi tanpa diketahui oleh orang lain kecuali Allah, hilang daya penarik baginya. Secara ini, ruang lingkup kerjanya sempit (terbatas) hanya kepada perlakuanyang mempunyai kecenderungan untuk diketahui oleh umum. Segala minat kepada kerjanya hilang selepas dia mencapai matlamat dan mempunyai nama yang kukuh. Tidak mengira darjah kesungguhan, dia mungkin telah memulakan kerjanya.Tetapi bakti kesungguhan terhadap risalahnya mulai mengalami hakisan (menurun)sebaik sahaja kesalahan di atas menjalar masuk.
Dia bertindak seakan-akan batuk kering yang merosak pati kehidupan. Adalah mustahil baginya untuk kekal kepada kesungguhan apabila dia tidak berada di mata umum dan meneruskan tugasnya untuk kewajipan tersebut. Dia mengukur segala-galanya melalui ukuran umum dan penerimaan umum. Dalam semua hal dia berhati-hati menghubungkan dirinya dengan masyarakat yang besar jika perancangan garis kerja itu tidak menjadikannya dikenali umum. Dia mengutamakan kehendak perasaannya (suara hatinya) untuk membenarkan melakukan sesuatu tindakan(kerja).
Mereka yang duduk terasing dan bertafakkur, mendapati mudah mengelakkan kerosakan itu. Tetapi mereka yang berhadapan dengan umum untuk menjalankan tugas perubahan dan peningkatan, mendapati diri mereka dikelilingi serangan “kuman batuk kering” akhlak. Seterusnya mereka terpaksa melakukan sesuatu perkara untuk dilihat oleh umum. Mereka terpaksa menyesuaikan diri mereka untuk mendapat sokongan masyarakat dan menggunakan pengaruh ke atas mereka itu. Mereka juga perlu memberi huraian (penjelasan) kepada umum tentang pencapaian mereka. Terlalu banyak unsur dari khidmat mereka yang boleh menarik perhatian masyarakat terhadap mereka danmenambahkan lagi kata-kata pujian dari masyarakat. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan penentangan dan terpaksa membela diri mereka dengan membuka rahsiasebahagian keterangan kerja-kerja yang baik. Di dalam keadaan begini adalah tidak mudah untuk mendapat kemasyhuran nama. Tetapi dia bukan tamak untuk mendapat kemasyhuran nama. Kemasyhuran nama serta penghebahan kerja boleh terjadi secara tabi’i. Namun demikian penyakit ingin mendapat kemasyhuran tidak akan menjangkiti pemikiran si pembuat walaupun dia mungkin memperolehi kemasyhuran tetapi itu bukan menjadi matlamatnya. Dia mungkin mendapat penghargaan umum tetapi pencapaian itu bukanlah matlamat yang ditujuinya. Keadaan untuk bercambahnya sifat bermuka-muka mungkin menyerangnya tetapi perkara ini tidak berkesan terhadapnya.
Ini memerlukan kerja yang keras, sentiasa waspada dan usaha yang bersungguh-sungguh. Jika berlakusedikit kelalaian sekalipun boleh memberi jalan kemasukan kuman kemunafikan.
a. Usaha orang perseorangan.
Untuk menjauhi penyakit ini, usaha orang perseorangan dan jama’ah adalah penting. Cara bagi usaha perseorangan ialah setiap peribadi perlu merancang untuk melakukan tugas tertentu yang boleh disembunyikan (jangan menunjuk-nunjuk) dan perlu meneruskan penyemakan (muhasabah) diri sendiri. Jika dia merasai lebih berpuas hati dengan amal soleh yang tidak dilihat oleh masyarakat; jika didapati lebih condong kepada pilihan kedua itu, dia perlu mengambilnya sebagai suatu amaran bahawa bermuka-muka (menunjuknunjuk)telah menjangkitinya; kemudiannya dia perlu meminta belas rahim Allah disertai dengan keinginan yang bersungguh-sungguh cuba menyemak dan mengelak kecenderungan ini dalam pemikirannya.
b. Usaha jama’ah.
Cara bagi usaha jama’ah ialah jama’ah tersebut tidak boleh membenarkan kecenderungan kepada sifat nifaq wujud di kalangan anggotanya. Mereka perlu menghadkan penghebahan kepada umum tentang perkara yang sebenar. Walaupun terdetik sedikit keinginan untuk menunjuk maka lintasan itu patut dibinasakan dari awal-awal lagi. Dalam perbincangan kumpulan, sebarang petanda sesuatu tindakan itu akan menimbulkan persetujuan atau perlakuan tertentu yang menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat maka ia mestilah dihindarkan.
Suasana dalam jama’ah perlulah merupakan asuhan kepada pemikiran yang tidak mempedulikan pujian dan penghinaan umum. Juga tidak menggalakkan keadaan pemikiran yang menjadi rendah(rasa hina diri) apabila tidak mendapat pujian atau sanjungan tiada mendapat kekuatan (semangat) dengan tiada pujian dari masyarakat. Sekalipun sebilangan kecil sahaja ahli jama’ah menunjukkan kecenderungan bermuka-muka, mereka tidak boleh digalakkan. Sebaliknya rawatan yang sesuai perlu diambil untuk menyembuhkannya.
3. Berniat buruk.
Kesalahan dasar yang ketiga ialah bemiat buruk di mana tidak dapat menghasilkan kebaikan jika wujud perkara itu. Amal yang baik hanya boleh dilakukan dengan niat yang bersih (suci) untuk menyebarkan kebaikan di dalam dunia dan untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.
Niat ini tidak boleh dihubungkan dengan minat peribadi atau jama’ah. Kita juga tidak bertujuan untuk mendapat sebarang keuntungan duniawi. Justeru sebarang alasan untuk mencapai sesuatu harapan atau cita-cita untuk kepentingan diri kita sendiri tidak boleh dikemukakan. Latihan ini memerlukan perjuangan yang besar bagi orang-orang perseorangan dan darjah kemurnian hati dan jiwa yang tinggi.Dalam hal ini, untuk tiba ke tempat tumpuan yang betul, kita perlu memahamihakikat perbezaan di antara dua perkara yang serupa. Kita perlu jelas bahawa seseorangyang ingin perubahan dalam cara hidup jama’ah tidak boleh menyimpangi niatnya darikesan perubahan politik yang terbina bersama perubahan yang lain. Jelaslah di sini bahawa suatu perubahan dalam corak politik membawa erti bahawa kuasa perlu berada ditangan mereka yang inginkan perubahan atau perlu dipegang oleh mereka yang mempunyaikehendak yang sama. Tetapi perbezaan yang terletak dalam kehendak kuasa untuk “diri” dan mencari kuasa sebagai dasar (untuk menjalankan prinsip Islam) adalah dua perkara yang berbeza. Dasar yang ditentukan dengan kuasa boleh bererti kuasa bagi pemegang dasar (prinsip). Tetapi secara jujur menghendaki kuasa untuk menjalankan prinsip dan kehendak pemegang prinsip untuk mendapatkan kuasa bagi diri mereka adalah dua perkara yang terpisah. Perbezaannya terletak dalam matlamatnya (intisarinya). Perkara kedua, dipenuhi dengan niat buruk sedangkan yang pertama tidak. Niat yang benar perlu ditetapkan awal-awal lagi walaupun terpaksa melibatkan harga dirinya. Tetapi pemikirannya tidak mempedulikan perkara yang kedua. Contoh yang ditunjuk oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan Khalifah Ar-Rasyidin adalah tersedia jelas.
-BERSAMBUNG DALAM SIRI KE 10
No comments:
Post a Comment