Sunday, November 8, 2009

PRA SYARAT KEJAYAAN JAMAAH ISLAM @GERAKAN ISLAM Siri 8

Salam sahabat-sahabat,

Dalam Bab Kelima ustaz al-Maududi menerangkan KESALAHAN-KESALAHAN BESAR yang juga merupakan maksiat-maksiat hati seperti;
1. Sombong (takabbur)
2. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
3. Niat buruk

Daripada sifat-sifat mazmumah(terkeji) inilah terbitnya perlakuan jahat seperti merompak, merogol, menipu, permusuhan dan sebagainya. Untuk itu pejuang-pejuang Islam wajiblah menjauhinya.

1. Sombong (takabbur)
Kesalahan yang utama dan paling buruk menimpa akar umbi kebaikan adalahkesombongan, menurut kata hati dan memuji diri. Ini adalah desakan syaitan yang bersesuaian dengan corak kejahatan. Tiada amalan soleh yang boleh dilakukan dengan desakan ini, kerana kebesaran adalah berhubung dengan Allah sahaja dan kesombongan di kalangan manusia adalah kesalahan yang nyata. Hasilnya ketika mengidap penyakit ini tiada keberkatan untuk petunjuk yang lurus. Dia berterusan melakukan kebodohan dan perbuatan tanpa berfikir sehingga menemui kegagalan. Suatu akibat lagi ialah masyarakat mula membencinya dari kesombongan yang tunjukkannya. Akhirnya dia gagal membina pengaruh maruah di kalangan masyarakat selepas masyarakat umum merasa hilang kepercayaan terhadapnya.

Kesalahan ini menjalar ke dalam ciri jama’ah yang berusaha untuk kebaikan melalui beberapa saluran. Mulanya, ia menyerang hati kecil apabila keadaan keagamaan dan maruah mereka dirasai lebih baik daripada masyarakat sekeliling dan dari ini mempercayai khidmat mereka, patut menerima kata-kata pujian dari pihak lain. Pada peringkat itu, syaitan meletakkan dalam pemikirannya kefahaman yang salah bahawa mereka kini adalah penting dan dengan penghasutan syaitan, mereka mula melahirkan kepentingan mereka dari lidah dan perbuatan mereka. Perlahan-lahan tugas yang bermula dari niat yang buruk mengambil lorong yang salah. Terdapat satu lagi saluran melaluinya kejahatan menjalar di kalangan mereka yang berniat baik untuk merubah diri mereka bersama-sama perubahan masyarakat umum. Mereka sudah tentu menerima beberapa kebaikan tertentu darinya. Mereka mencapai kedudukan yang terkemuka dalam masyarakat dan sebahagian dari khidmat mereka diakui bernilai. Hal ini tidak menghalang mereka menjadi terkenal. Menyedari perkara-perkara tersebut adalah perkara tabi’i.

Namun dari sedikit kelalaian penjagaan diri terhadap hal ini disertai dengan desakan syaitan, ia bertukar kepada kesombongan menurut kata hati. Kadangkala satu keadaan timbul apabila lawannya cuba mencari kesalahan pada aktiviti-aktiviti serta peribadinya. Dari itu dia akan menerangkan beberapa perkara untuk membela dirinya bahawa dia benar tetapi diwarnai dengan bangga diri. Bentuk yang sedemikian dengan kekurangan kesedaran, membawanya kepada lapangan kesombongan dan terbukti merugikan, yang perlu diawasi oleh kedua-dua pihak anggota dan jama’ah yang berdiri tegak untuk menegakkan pengisalahan masyarakatnya.
a. Tunduk kepada Allah.
Setiap orang perseorangan dan jama’ah gerakan Islam mestilah mempunyaikesedaran penuh terhadap pengabdian mereka kepada Allah. Mereka yang mengambil tugas untuk mencapai sesuatu perlu wujudkan anggota dan jama’ah yang mengabdikan diri dengan sebenarnya kepada Allah. Mereka tidak boleh lupa kepada kebenaran bahawa kebesaran hanyalah hak istimewa Allah. Melainkan dengan hanyalah merendahkan diri menaruh sepenuh harapan kepada Allah dan merupakan tingkat yang sesuai sebagai hambaNya. Sebarang hamba yang melakukan nilai kebaikan menyerahkannya kepada Allah.Ini adalah suasana kesyukuran dan bukan keriangan diri. Dari itu merendahkan diri kepada Allah diperlukan, dan modal yang kecil ini perlu digunakan ke arah kebaikan, supaya Allah melimpahkan berkatNya dan sifat baik ini menjadi mulia dan bercambah. Memenuhi kesombongan hasil dari menurut kehendak hati bererti menggantikan kebaikan dengan keburukkan dan ini sudah tentu bukan lorong peningkatan tetapi jalan kemunduran.

b. Menyelidik diri sendiri
Di sebalik tunduk kepada Allah, menyelidik diri sendiri dapat menyelamatkan seseorang itu dari merasai kesombongan. Seseorang yang berkeupayaan meneliti diri sendiri dan bersama dengan nilaian sifat baik dirinya, tidak akan menjadi mangsa kepada menurut kehendak hati (perasaan). Seseorang yang meneliti akan dosa, kesalahan dan kekurangan pada dirinya akan benar-benar sibuk untuk mendapat pengampunanNya (Allah) dan tidak akan memberi peluang membenarkan rasa bangga meresap ke dalam pemikirannya.
c. Menjaga ketinggian peribadi
Terdapat satu lagi perkara yang dapat memeriksa kecenderungan buruk ini.
Seseorang itu janganlah mengira bahawa kerendahan kedudukan orang lain menentukan dia lebih tinggi dalam perbandingan itu. Sebaliknya dia perlu melihat kepada ketinggian peribadi, keagamaan dan akhlak yang menentukan dia rendah dalam perbandingan itu. Kerendahan akhlak dan sifat keruhanian adalah tidak terbatas, begitu juga kemuliaannya (ketinggiannya). Malahan orang-orang perseorangan yang rendah (hina) sekalipun akan menunjuk (memandang) kepada mereka yang lebih rendah darinya. Dia akan merasa bangga dengan kedudukannya yang lebih baik berbanding dengan mereka yang lebih rendah darinya. Sebaliknya hasil kesombongan ini tidak lain hanyalah membiarkan dia di tahap yang asa! dan menghalangkan dirinya menjadi lebih baik. Dia melalui tahap ini dengan disertai oleh rangsangan syaitan dan angan-angan bahawa masih ada ruang untuk membongkok lebih rendah (melihat ke bawah).

Hanya mereka yang menentang ke arah peningkatan boleh mencapai untuk menerima sikap ini. Mereka yang benar-benar menghendaki (diilhamkan) untuk mencapai peningkatan sentiasa memandang ke atas dari membongkok ke bawah. Semakin banyak ketinggian membuka jalan bagi mereka selepas mereka mencapai satu peningkatan. Ketika mengkajinya, jika terdapat kelemahan dalam jiwanya, mereka akan bertambah sedar dan insaf hati mereka. Ini tidak menjadikan mereka ditiup dengan kebanggaan (kesombongan) dengan apa yang telah mereka capai. Perkara ini merangsangkan mereka untuk meningkat lebih tinggi.
Sebagai tambahan di atas adalah penting bahawa jama’ah itu perlu berhati-hati selalu dan sedikit tanda kesombongan, menurut kehendak hati dan memuji diri perlu diawasi dan langkah segera patut dilakukan untuk menyemaknya. Tetapi keadaan langkah penyemakan itu janganlah sehingga menggalakkan perikemanusiaan yang palsu dan budi bahasa yang menonjol. Tiada yang lebih hina dalam ciri kesombongan dari menyelubunginya dengan kepalsuan dan memberi kesan kepada perikemanusiaan dan kesopanan.

No comments:

Post a Comment