Sunday, November 29, 2009

Relaks Kejap - Royal wedding cakes in Kuwait

Salam.Ini rupa kek perkahwinan kerabat Diraja Kuwait.Harga? Jangan cakap.Kebanyakan raja-raja kerjanya mnghabiskan duit dan harta benda negara sekaligus itulah harta benda rakyat....
Baca Selanjutnya...

Saturday, November 28, 2009

Friday, November 27, 2009

SUBHANALLAH LAWANYA.........kat mana nie

Kat mana nie?MALAYSIA,INDONESIA,THAILAND.BRUNEI,FILIPINA,bukan, bukanlah.ia adalah.....IT IS SAHARA AMBY VALLEY ( INDIA )LOCATED IN LONAVALA NEAR PUNE...
Baca Selanjutnya...

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu & Hukum oleh UZAR

Salam, Baca dan fahami kupasan mengenai Zulhijjah & IdilAdha oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman; sangat baik untuk dibaca. Baca jangan tak baca. KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.Disebutkan oleh Nabi SAW :"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).Allah SWT pula berfirman :وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga...
Baca Selanjutnya...

Thursday, November 26, 2009

TATA CARA MERAYAKAN HARI RAYA KORBAN

Salam teman-teman,'iedul Adha: عيد الأضحى) adalah sebuah hari raya Islam. Pada hari ini diperingati peristiwa korban, iaitu ketika nabi Ibrahim, yang bersedia untuk mengorbankan puteranya Ismail untuk Allah, kemudian digantikan oleh-Nya dengan kibashPada hari raya ini, umat Islam berkumpul pada pagi hari dan melakukan solat 'ied bersama-sama di tanah lapang, seperti ketika merayakan iedul Fitri. Setelah solat, dilakukan penyembelihan hewan korban, untuk memperingati perintah Allah kepada Nabi Ibrahim yang menyembelih domba sebagai pengganti putranya. Hari Raya iedul Adha jatuh pada tanggal 10 bulan Dzulhijjah, hari ini jatuh persis 70 hari setelah...
Baca Selanjutnya...

CARA TERBAIK MENGAGIHKAN DAGING KORBAN

Soalan; Bagaimana cara pembahagian daging korban yang sebenarnya?Jawapan;بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعدCara pengagihan daging korban tertakluk kepada status korban. Jika korban itu adalah korban wajib (yakni korban nazar), tidak harus orang yang melakukan korban dan juga keluarganya (yakni orang-orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya) untuk makan sedikitpun dari binatang yang dikorbannya. Wajib ia mensedekahkan kesemuanya kepada fakir miskin.[1] Kalau ia telah memakannya, wajib ia membayar ganti dengan harga daging yang dimakannya atau dengan daging...
Baca Selanjutnya...

Wednesday, November 25, 2009

PUASA SUNAT HARI ARAFAT 9 ZULHIJJAH .....buat! Jangan tak buat.

Salam sahabat-sahabat,Esok hari khamis 26 November bersamaan 9 Zulhijjah 1430H, Jom kita pakat-pakat ajak anak isteri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar menunaikan puasa sunat hari Arafat.Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah....
Baca Selanjutnya...

Tuesday, November 24, 2009

ADAKAH HARUS NIAT AQIQAH BERSAMA KORBAN?

Soalan; Apakah harus ibadah korban dan aqiqah diniatkan bersama?Jawapan;بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعدMenurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitanya Sabilal-Muhtadin; “Pendapat anak-anak murid Imam Syafi’ie kalau seseorang menyembelih seekor kambing diniatkan korban dan aqiqah maka keduanya tidak sah. Inilah yang disebut oleh Ibnu Hajar dalam kitab Tuhfah…. Namun menurut Syeikh Ramli di dalam kitab Nihayah, kalau seorang menyembelih seekor kambing berniat untuk dijadikan korban dan aqiqah, maka sahlah keduanya”.[1] Pandangan Syeikh Ramli itu bersamaan...
Baca Selanjutnya...

Monday, November 23, 2009

HUKUM MELAKUKAN KORBAN UNTUK ORANG YANG TELAH MATI

Salam sahabat-sahabat,Dalam beberapa hari ini, saya akan memuatkan beberapa persoalan yang sering ditanya berhubung dengan Ibadat Korban. Bacalah jawapan yang dikemukakan/posting oleh USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL. Sangat menarik, baca jangan tak baca.Soalan; adakah harus kita melakukan korban untuk orang lain khususnya yang telah mati?Adakah sampai pahala kepadanya?Jawapan:بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين،Dalam masalah ini, para ulama’ Syafi’ie sendiri berbeza pandangan.[1] Menurut Imam Hasan al-‘Ubadi; harus membuat korban bagi pihak orang yang telah mati kerana...
Baca Selanjutnya...

Sunday, November 22, 2009

IBADAT KORBAN(QURBAN) YANG DITOLAK, ALlah tak terima.

Syarat utama diterima ibadat korban ialah taqwa. Tidak taqwa kalau sekiranya tidak ada iman. Tidak ada iman sekiranya tidak yakin atau tidak membenarkan apa yang dibawa oleh Nabi saw samada berhubung dengan ibadat, munakahat, muamalat dan undang-undang jenayah dalam Islam. KKita sanggup menyembelih korban kerana menikuti syariat Nabi Ibrahim as yang asalnya menyembelih anak TETAPI kita tak menerima hukum untuk menyembelih tangan si pencuri(hudud)....
Baca Selanjutnya...