Sunday, March 31, 2013

Fitnah Video Seks : Kepala Otak Kotor Akan Hasilkan Perkara Kotor


Fitnah video seks yang disebarkan blogger upahan Umno-BN, Papa Gomo hanya menggambarkan diri beliau juga mempunyai pemikiran yang cederung ke arah melakukan perkara kotor.

Ini kerana menurut perspektif Islam, sesuatu tindakan kotor akan keluar dari jiwa dan hati yang kotor.

Demikian menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man kepada TV Selangor ketika dihubungi hari ini.

“Tindakan ini keluar dari jiwa dan hati yang kotor akhirnya melahirkan tindakan yang bertentangan dengan syarak, etika dan moral kita sebagai orang Melayu.

“Ianya juga mendedahkan siapa kita sebenarnya dari segi pemikiran sosiologi manusia, ia menggambarkan indentiti sebenar kita, tetapi masyarakat boleh menilainya,”
 kata Tuan Ibrahim.

Sepatutnya menurut beliau, Umno-BN haruslah menumpukan kepada isu-isu dasar yang lebih serius seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran dan sebagainya dan bukan isu remeh yang bertujuan mengaibkan peribadi ahli politik tertentu.

Tuan Ibrahim juga percaya, tindakan memfitnah tersebut diambil ekoran kegagalan Umno-BN menyelesaikan isu penyelewengan pemimpin mereka yang didedahkan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Kita harus ingat, perbuatan kita tidak berakhir di dunia, tetapi di akhirat dan memfitnah juga termasuk dosa-dosa besar yang menghapuskan segala amalan lain,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini Papa Gomo beberapa kali memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri video seks di blognya.

Dari rentetan siri-siri fitnah oleh Papa Gomo itu, Anwar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman blogger tersebut sebanyak RM 100 juta.

Terbaru, Papa Gomo turut memaparkan surat terbuka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan harapan Anwar berundur daripada politik tanah air.
sUMBER:

http://greenboc.blogspot.com/2013/03/fitnah-video-seks-kepala-otak-kotor.html

2 comments:

  1. Bukankah pembangkang yg memulakan video dan fitnah lucah 1989 DP vijandran meletakan jawatan sbg timbalan speaker akibat penyebaran video lucah oleh pembangkang,,,1994 Rahim Thambi chik difitnah merogol gadis menyebabkan beliau meletakan jawatan walaipun makamah memutuskan beliau tidak bersalah 1997,,DS Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO akibat fitnah seks sehingga beliau digelar Aljuburi oleh Sdr Mat sabu timbalan presiden Pas...seterusnya yg menjadi mangsa DS Chua soi lek yg meletak jawatan sbg menteri kesihatan dan yg terbaru DS Rais yatim...Apakah sikap ini hanya halal dibuat oleh pembangkang sahaja dan kepala otak pembangkang tidak kotor wallahualam

    ReplyDelete
  2. Apakah timbalan presiden PAS menggelar DS Anuar Aljuburi itu adalah akhlak islam...dan sehingga kini puak umno memanggil anwar dgb nama itu apakah terlepas dosa Mat Sabu dalam hal ini

    ReplyDelete