Monday, March 25, 2013

DAP boleh guna lambang Pas, PKR


WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Mac 2013
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM - Pas bersedia untuk menerima calon-calon DAP bertanding menggunakan lambang parti Islam itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tidak wajar sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung DAP dalam situasi PRU13 yang semakin hampir.

Menurutnya, jika ROS bertindak demikian, maka ia seperti ada unsur politik.

“Jika benar DAP digantung, Pas sedia menerima calon DAP bertanding atas tiket Pas.

“Ini bukan suatu yang asing kerana Pas juga ada meletakkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas. Daripada bertanding atas calon bebas, lebih baik menggunakan lambang parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa calon DAP berkemungkinan akan bertanding di bawah tiket PKR atau Pas sekiranya pendaftaran parti itu digantung sebelum hari penamaan calon diadakan.

Kebimbangan Karpal Singh itu berikutan siasatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kontroversi keputusan pemilihan parti itu pada Disember lalu.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tiada halangan malah menerima dengan terbuka jika DAP berhasrat bertanding di bawah tiket PKR atau Pas.

Menurutnya, setiap masalah yang dihadapi rakan komponen akan dibantu dan diberi sokongan oleh rakan komponen yang lain.

"Kami dalam PKR tiada masalah untuk DAP bertanding di bawah apa jua tiket parti dalam PR," katanya.

Bagaimanapun, menurut Tian Chua, semua siasatan yang dijalankan ROS perlu dilaksanakan secara adil

1 comments:

  1. BIASALAH, tiap tindakan ada positif dan negatif. Atas nama dakwah kepada DAP khususnya ia suatu yang positif tetspi PAS bermasalah dengan Melayu yang tidak faham dakwah dan harakah. UMNO merasa selesa kerana merasakan PAS terperangkap dengs DAP dan ikut telunjuk DAP. Apa pun jangka masa panjang PAS untung kerana benteng dan 'kebal dan bebal' UMNO dengan isu perkauman telah 'resmi' diruntuhkan oleh PAS -DAP. Kalau PR pecah pun PAS untung kerana tentu dikalangan rakyat yang punya keyakinan kepada kepimpinan ulamak walau ia non muslim. Tinggal lagi kewibawaan dan keamanahan ( ketaqwaan ) pimpinanan PAS kena tahan 'kebal' dengan ujian pangkat, kebendaan dan perbezaan pandangan dalam urusan agung ini. Terima kasih. WalLAHu a'lam

    ReplyDelete