Sunday, July 22, 2012

TUDUHAN SB BUKTI MEREKA ALAT KEPADA BN

1 Ramadhan 1433 H | 21 Julai 2012 


PAS memandang berat kenyataan bersifat politik yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin yang bertentangan dengan etika kepolisian dan perkhidmatan awam.
Pendedahan awam yang dibuat jelas bersifat tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.
Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa Cawangan Khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN.
Pendedahan beliau dilihat untuk menakutkan rakyat yang kini mulai muak dengan gaya hidup melampau, pembaziran, rasuah, serta salahguna kuasa kerajaan BN.
Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak! Maka motif ledakan ini amat mencurigakan.
Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak. PAS mencabar beliau mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi tandatanya kepada orang  awam.
PAS juga mendesak Ketua Polis Negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas. Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau KEMAS.
PAS ingin tegaskan bahawa kami menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti. Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus.
Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai PAS samada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding.
PAS kesal kerana himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti komunis ialah Umno sendiri, samada secara rasmi atau tidak.
Namun, sikap double standard dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya di himpunan-himpunan yang dianjurkan Bersih dan penyiasatan berat sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat.

5 comments:

  1. siasatlah dulu UYE ..jgn melatah .. tu lah yg sinonim dgn pimpinan pas .. tak leh tegur langsung ..mulalah hentam semacam ..kalau berita tu BENAR amacam ??? nak guna ayat Al Quran mana pulak nak membenarkan unsur JI dan komunis dlm PAS .... Syiah mungkin dah ramai tahu saper

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa lak UYE kena siasat, cawangan khaslah kena siasat dulu betul2, lepas tu dakwa dan baru cerita kat awam. jgn nampak sgt sokong sebelah pihak.

      Delete
  2. kenyataan tu keluar setelah dah disiasat dan dipantau ler ... tak kan itu pun tak leh pikir ... sebab2 tu senang2 dikeldaikan oleh DAP ...

    ReplyDelete
  3. kalau udah malas nak cari bukti nak kena suap pula, pergi baca kat sini

    http://rezabtanahmelayu.blogspot.com/2012/07/bukti-mudah-bahawa-cakap-dato-sofian-sb.html

    ReplyDelete
  4. walaupun bertukar dgn darah sekalipun hijau tetap akan ke putrajaya sekali pun ... ajaran Islam mana yg dia bawa ni ..

    Allah Mahukan Pas Merampas Kuasa Ke Putrajaya - Nik Abduh
    http://www.youtube.com/watch?v=iABT5_e2b3k&feature=player_embedded#!
    jgn percaya video ni .. ini kategori besi juga ..

    ReplyDelete