Tuesday, July 24, 2012

Lajim Ukin(Ahli Parlimen Sabah) temui Nik Azizi

Lajim Ukin temui Nik Aziz - Malaysiakini



Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Harakahdaily, timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu mengunjungi pejabat menteri besar Kelantan itu pagi tadi.

Pertemuan di Kota Bharu itu menguatkan lagi spekulasi bahawa Lajim akan menyertai Pakatan Rakyat.

Lajim pada Jun lalu meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.

Source: http://www.malaysiakini.com/news/204426

1 comments:

  1. lepas ni siapa pula nak jumpa Nik Aziz ... kalau Nik Aziz dah tiada siapa pula tokoh pas yg diketengahkan dan jadikan modal politik utk PAS kekal relevan ...kesian kat nik aziz ni ...

    ReplyDelete