Saturday, July 14, 2012

Himpunan Oren


Peserta perhimpunan dihalang untuk mendekati pintu masuk Istana tetapi lapan daripada mereka dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut.
FMT ALERT
KUALA LUMPUR: Seramai lima ribu orang menyertai ‘Himpunan Oren Selamatkan Felda’ di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Perhimpunan itu yang dianjurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mula berkumpul di perkarangan masjib tersebut sejak 1.00 tengahari  tadi dan berjalan ke arah Istana Negara untuk menyerahkan memorandum bagi menyuarakan bantahan penyenaraian itu.
Mereka telah dihalang untuk mendekati pintu masuk Istana tetapi lapan dari mereka dibenarkan untuk memasuki kawasan Istana untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Pihak polis, yang memantau perhimpunan tersebut, membenarkan peserta berarak bermula jam 2.00 petang daripada Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ke checkpoint pertama di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
Kemudiannya di tempat letak kereta itu, polis membenarkan wakil peneroka, selain pemimpin NGO dan parti politik memberikan ucapan sehingga pukul 3.00 petang.
Peserta himpunan sekali lagi dibenarkan polis berarak menuju ke pintu belakang, pintu 3 Istana Negara melalui Jalan Sri Hartamas dan Jalan Segambut sejauh hampir 3 kilometer.
Perarakan itu berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada pintu 3 Istana Negara dan hanya lapan wakil sahaja dibenarkan mendekati masuk ke istana untuk menyerahkan memorandum.

Mohon Agong campurtangan

Himpunan Oren itu diadakan bagi memohon Yang DiPertuan Agong campurtangan membatalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia demi menyelamatkan tanah peneroka Felda.
Perhimpuan itu merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian FGVH di mana saham-sahamnya telah pun diapongkan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu.
Selain Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin Pakatan Rakyat serta 50 NGO lain turut menyertai perhimpunan tersebut.
Semalam pihak polis memberi lampu hijau untuk perhimpunan tersebut dengan beberapa syarat.
Koordinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata himpunan itu dibenarkan setelah mengadakan perbincangan hampir dua jam antara pihaknya dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan, OCPD Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, serta 20 pegawai polis lain di Balai Polis Kepong semalam.
Memorandum, yang diserahkan itu mengandungi tuntutan lapan perkara iaitu meminta pemecatan Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, membatalkan pinjaman bank peneroka, membatalkan cagaran tanah Felda Plantations, menyelesaikan tuntutan peneroka, menghapuskan hutang peneroka, melindungi tanah peneroka, memberi jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga serta membubarkan Felda Plantations dan membuka Felda baru untuk generasi baru Felda.
MENYUSUL LAGI

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/14/lima-ribu-sertai-himpunan-oren/

No comments:

Post a Comment