KUALA LUMPUR:
Tindakan terburu-buru MCA mencadangkan Adun Johor (Kemelah) Datuk Ayub
Rahmat menyertai PAS menggambarkan parti komponen BN itu konsisten
menentang hudud dan tidak merelakan Umno melaksanakan hukum Allah itu.
Ketua Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan (gambar) berkata, sikap MCA yang menentang hudud sangat ketara apabila memberi kata dua kepada Ayub untuk tinggalkan Umno BN atau sertai PAS.
Nasrudin berkata, PAS senantiasa membuka pintu dan mengalu-alukan untuk siapa sahaja yang ikhlas mahukan Islam, termasuklah Ayub sendiri.
"Ahlan wa Sahlan (selamat datang) buat Datuk Ayub," katanya.
Katanya, umat Islam khasnya ahli Umno boleh melihat bagaimana sikap MCA terhadap hukum Allah serta terhadap Umno sendiri.
"MCA mahu Umno jangan laksanakan hukum Allah, kalau mahu hukum Allah sila masuk PAS. Maknanya MCA pun insaf bahawa hanya PAS wadah untuk laksanakan hukum Allah ini.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Umno diam seribu bahasa dalam isu ini, walhal Ayub memerlukan sokongan pemimpinnya di saat dia diasak oleh MCA.
"Sebelum ini bukan main mereka asak kononnya PAS kuda tunggangan DAP, sekurang-kurangnya PAS tetap berpendirian biarpun berdepan dengan DAP sehingga DAP akur bahawa hukum Allah adalah hak orang Islam yang tidak boleh dipertikai," katanya.
Malangnya kata beliau, dalam isu ini Umno bungkam ketika MCA tunjuk sikap terhadap hukum Allah.
"Sekarang jelas siapa tunggang siapa dan siapa kena tunggang? Atau sememangnya pemimpin Umno ini dalam diam - diam setuju benar dengan pendirian MCA itu ? 'Confius' ni, bagi pencerahan sikit ?" soal Nasrudin dalam 'Facebooknya'.
Apa yang mengecewakan, katanya orang yang berilmu dan golongan agamawan dalam Umno termasuk ulama muda Umno masih sepi seolah-olah hanya mampu menyaksikan kelantangan MCA menentang Hudud.
"Kenapa mereka lantang terhadap PAS yang konsisten mahu melaksanakan syariat Islam tetiba mereka kaget dengan sergahan MCA itu ?
"Persoalannya sekarang, mana lebih baik, pemimpin atau ahli Umno yang mahu hukum hudud dilaksanakan itu menyertai PAS atau MCA yang mesti keluar BN kerana tidak bersetuju dengan UMNO?" soal beliau,
Sebelum ini, Presiden MCA Chua Soi Lek menyifatkan Ayub 'hilang akal' kerana mencadangkan kerajaan Johor laksanakan hukum hudud.
Terkini pula Setiausaha Penganjur Nasional MCA, Datuk Tee Siew Keong menyarankan Ayub meninggalkan Umno dan menyertai Pas jika ingin melaksanakan hukum hudud di Johor seperti yang dicadangkan itu.
Tee Siew Keong berkata, Ayub seharusnya lebih sensitif mengenai pendirian MCA berhubung perkara terbabit sebelum melontarkan ideanya.
Pemuda Umno menikus Ketua Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan (gambar) berkata, sikap MCA yang menentang hudud sangat ketara apabila memberi kata dua kepada Ayub untuk tinggalkan Umno BN atau sertai PAS.

Sementara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Ayub Rahmat (ADUN Johor) di atas keberanian beliau dalam menyatakan hasrat untuk menuntut pihak kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan Hukum Hudud.
"SAMM Wilayah Persekutuan cukup rasa berbangga terhadap keberanian Datuk Ayub Rahmat memandangkan keberanian sebegini amat jarang berlaku di kalangan Umno," kata Azmir Haji Mustafa, Penyelaras SAMM Wilayah.
Mereka mencabar Pemuda UMNO Malaysia dan juga Pertubahan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk bangun dan membela Datuk Ayub Rahmat dalam menuntut hak pelaksanaan hukum hudud.
"Apakah badan pemuda dan NGO yang mengaku kononnya pejuang Islam hanya menikus selepas komen yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu berbaur kepada penghinaan untuk umat islam di Malaysia?" tanya beliau dalam kenyataannya.
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11450-mca-tidak-akan-rela-umno-laksana-hudud
No comments:
Post a Comment