Monday, July 9, 2012

'Occupy' pejabat MB Pahang lepas 36 pucuk surat gagal


 
Sekumpulan penduduk Cameron Highlands akan berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar Pahang esok bagi menyatakan bantahan terhadap pelbagai isu, termasuk pembinaan insinerator sampah RM38 juta di Blue Valley.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan (bawah) berkata, aktivis parti bersama 40 penduduk akan berkumpul bermula jam 11 pagi esok.

NONE"Setelah banyak memorandum dihantar dan banyak mesyuarat diadakan dengan pihak kerajaan selama empat tahun, nampaknya masalah penduduk Cameron masih tidak selesai," kata Arutchelvan.

Katanya, sudah menghantar 17 pucuk surat kepada pejabat daerah Cameron, termasuk tujuh kali perjumpaan; sebanyak 15 pucuk kepada menteri besar dan empat pucuk lagi kepada perdana menteri.

Selain pembinaan insinerator yang diimbangi menjejaskan alam sekitar, pelbagai masalah melibatkan perumahan penduduk dan pemilikan tanah di kawasan tinggi itu turut dibangkitkan.


---------- Forwarded message ----------
From: Pemuda Tua <pemudatua.2011@gmail.com>
Date: 2012/7/9
Subject: PROGRAM OCCUPY PEJ.MB PAHANG JAM 8AM 10HB JULAI 2012
To: slcmalaysia@googlegroups.com

DEAR ALL DAN SELAMAT PETANG,

PROGRAM OCCUPY PEJ.MB PAHANG ESOK BERMULA JAM 8AM 10HB JULAI. JIKA TIADA JAWAPAN DARI MB MENJELANG PUKUL 5PM, WAKIL PENDUDUK CAMERON HIGHLAND AKAN BERKHEMAH SEHINGGA JAWAPAN DITERIMA DARI PEJ.MB PAHANG. 

MB PAHANG TELAH MUNGKIR JANJI 3 BULAN YANG LALU UNTUK HADIR DI CAMERON BAGI MENDENGAR KELUHAN DAN MASALAH PENDUDUK DI SANA. ANTARA MASALAH UTAMA PENDUDUK DI SANA ADALAH ISU PERUMAHAN, ISU HAK MILIK TANAH, ISU HAK ASASI MANUSIA DAN MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR. SERAMAI 6 KELUARGA YANG SUDAH LEBIH 30 TAHUN MENETAP DI BLUE VALLEY AKAN MEREMPAT DITEPI JALAN KERANA DIHALAU PEMILIK TANAH YANG BARU. 

POHON SEMUA RAKYAT KUANTAN DAN PAHANG YANG CINTAKAN CAMERON HIGHLANDS UNTUK SAMA-SAMA HADIR MEMBERI SOKONGAN. MEREKA MEMERLUKAN BANTUAN KETIKA PROGRAM DIJALANKAN KHUSUSNYA MAKANAN DAN MINUMAN.

WAKIL PAS (TN.HAJI ZULKEFLY AJK PAS PUSAT/PENGERUSI LAJNAH ALAM SEKITAR SERTA DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM KETUA PENERANGAN PAS PUSAT/PESURUHJAYA PAS PAHANG) DAN SAYA MEWAKILI SDR.ANDANSURA BAGI PIHAK LAJNAH PERUMAHAN, PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG TELAH MELAWAT CAMERON HIGHLANDS PADA 27 JUN YANG LALU. RAKAMAN LAWATAN ITU TELAH DIPAPARKAN DI HARAKAHDAILY.NET SEMENJAK 28 JUN YANG LALU. 

32 HARI TIDUR DI KHEMAH, BIMBANG DIHEMPAP BATU

- HUZIR SULAIMAN-

KUANTAN,
 9 Julai - Para penduduk yang terutamanya masyarakat kaum India Cameron Hihglands (Green Cow, Kea Farm) yang kecewa akibat masalah mereka gagal diselesaikan akan berkhemah (Occuppy Mb Pahang's Office) di Pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahangdekat sini. Sebelum ini penduduk terbabit pernah berhasrat untuk berkhemah di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Namun, akibat kerelaan Menteri Besar PahangDato' Sri Adnan Yaakob yang akhirnya bersedia menemui mereka selepas lebih dua tahun menunggu maka himpunan tersebut dibatalkan. Satu Majlis Pertemuan Dan Dialog Penduduk Cameron Highlanddengan beliau telah diadakan di Annexe Rest House pada 9 April lalu.Menurut wakil penduduk, Setiausaha PSM Cameron Highlands Suresh Kumar (foto) berkata MB Pahang telah bersetuju untuk bertemu dengan penduduk berkenaan dan berbincang mengenai masalah melibatkan tanah dan pertanian yang mereka hadapi. "Beliau berjanji untuk mengadakan lawatan ke lokasi yang dinyatakan pada 18 April bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan. Janji-janji telah dibuat kepada penduduk terbabit dan dengan bangga MB mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan cuba menyelesaikan isu itu dengan segera, Namun, apa yang berlaku selepas lebih tiga bulan berlalu segala janji hanya tinggal janji dan penduduk kini semakin dihimpit dengan masalah yang bertimpa-timpa. Maka itulah, kami terpaksa berkhemah di hadapan Pejabat MB Pahang bagi menuntut beliau menunaikan segala janji manisnya itu. Malah ia selaras dengan slogan PM sekarang ini agar janji ditepati", kata beliau. Penduduk berkenaan antara lainnyatidak berpuas hati kerana kerajaan negeri telah menolak permohonan lesen menduduki sementara untuk petani yang telah mengerjakan tanah untuk beberapa dekad. Kumpulan penduduk itu juga menuntut penyelesaian lebih baik untuk penempatan semula gerai di kawasan Kea Farmyang perlu dibangunkan semula.


Kerajaan Negeri gagal bela penduduk yang teraniaya di Cameron Hihglands

Kerja-kerja tanah telah dilakukan pemaju pada lereng bukit tanpa ada sekatan

No comments:

Post a Comment