Menurutnya, dalam isu tersebut tidak perlu cabar-mencabar mana-mana pihak, sebaliknya pelaksanaan hukuman itu perlu diadakan demi kepentingan Islam.
“Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati.
“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ayub membuat cadangan itu pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-12 Khamis lalu.
Ayub sebagai dipetik berkata, beliau mahu lihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan “hudud sebenar’ yang didakwa berbeza dengan hudud Pas.
Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/hukum-hudud-silakan-johor-kata-nik-aziz-1.63027
No comments:
Post a Comment