PAS memandang berat
kenyataan bersifat politik yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah
E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian
Md Makinuddin yang bertentangan dengan etika kepolisian dan perkhidmatan
awam.
Pendedahan awam yang dibuat jelas bersifat tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.
Sebagai Pegawai Risikan
Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa Cawangan Khas
kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN.
Pendedahan beliau
dilihat untuk menakutkan rakyat yang kini mulai muak dengan gaya hidup
melampau, pembaziran, rasuah, serta salahguna kuasa kerajaan BN.
Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak! Maka motif ledakan ini amat mencurigakan.
Sepatutnya ia mesti
bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak. PAS mencabar
beliau mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi
tandatanya kepada orang awam.
PAS juga mendesak Ketua
Polis Negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan
beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas. Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau KEMAS.
PAS ingin tegaskan
bahawa kami menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti. Kita
mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan
menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus.
Sebagai contoh, himpunan
rakyat yang disertai PAS samada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan
Oren adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut
sistem pilihanraya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar
dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding.
PAS kesal kerana
himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah
(JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti
komunis ialah Umno sendiri, samada secara rasmi atau tidak.
Namun, sikap double standard
dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini
turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya
di himpunan-himpunan yang dianjurkan Bersih dan penyiasatan berat
sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat.
siasatlah dulu UYE ..jgn melatah .. tu lah yg sinonim dgn pimpinan pas .. tak leh tegur langsung ..mulalah hentam semacam ..kalau berita tu BENAR amacam ??? nak guna ayat Al Quran mana pulak nak membenarkan unsur JI dan komunis dlm PAS .... Syiah mungkin dah ramai tahu saper
ReplyDeletekenapa lak UYE kena siasat, cawangan khaslah kena siasat dulu betul2, lepas tu dakwa dan baru cerita kat awam. jgn nampak sgt sokong sebelah pihak.
Deletekenyataan tu keluar setelah dah disiasat dan dipantau ler ... tak kan itu pun tak leh pikir ... sebab2 tu senang2 dikeldaikan oleh DAP ...
ReplyDeletekalau udah malas nak cari bukti nak kena suap pula, pergi baca kat sini
ReplyDeletehttp://rezabtanahmelayu.blogspot.com/2012/07/bukti-mudah-bahawa-cakap-dato-sofian-sb.html
walaupun bertukar dgn darah sekalipun hijau tetap akan ke putrajaya sekali pun ... ajaran Islam mana yg dia bawa ni ..
ReplyDeleteAllah Mahukan Pas Merampas Kuasa Ke Putrajaya - Nik Abduh
http://www.youtube.com/watch?v=iABT5_e2b3k&feature=player_embedded#!
jgn percaya video ni .. ini kategori besi juga ..