Thursday, July 12, 2012

Calon DAP tidak lebih 60 orang


Lim Guan Eng
Ketua Menteri Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Tidak mungkin DAP akan bertanding 90 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, walaupun pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat (PR) belum selesai namun DAP hanya akan meletakkan tidak melebihi 60 orang bagi kerusi Parlimen.

“Kalau DAP bertanding 90 kawasan Parlimen, anda akan dilantik sekali untuk menjadi calon kami,” katanya dengan nada bergurau kepada wartawan Sinar Harian pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding 90 kawasan Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing sebanyak 66 kerusi.

Menurutnya, DAP sedang menyediakan senarai pendek nama calon parti itu dan ia akan diputuskan oleh tiga ahli jawatankuasa parti dalam masa yang sesuai.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Pas adalah parti yang paling kuat dalam PR, Guan Eng berkata, ketiga-tiga parti perlu kuat bagi memenangi PRU13 seterusnya menawan Putrajaya.

“Kalau PR nak menang kita tidak boleh bergantung kepada Pas sahaja yang kuat. Kalau satu parti sahaja yang kuat belum tentu PR akan menang.Apa yang paling penting, sokongan rakyat kepada PR," kata beliau.

Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/calon-dap-tidak-lebih-60-orang-1.65740?localLinksEnabled=false

2 comments:

  1. tak kira siapa yg kuat .. janji dap boleh perkuda PAS .. nak tergelak dgn kenyataan Tuan Presiden PAS yg partinya paling kuat dalam PR ... ya tak ya juga Parti Ubat kuat di Harakah

    ReplyDelete
  2. Islam akan terus diangkat dgn Khalifah DAP jadi ikutan. Khalifah yg agamanya Kristian itu akan mendahulukan KEBAJIKAN umat ISLAM dengan mengenepikan kepentingan KRISTIAN sendiri. hidup UYE ..

    ReplyDelete