Thursday, April 12, 2012

Stop Lynas: Himpunan di 11 lokasi Jumaat ini


Himpunan ini merupakan kesinambungan anjuran Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari lalu dan akan diteruskan selepas solat Jumaat di seluruh negara.
KUALA LUMPUR: Kempen Solidariti Hijau SeMalaysia – Stop Lynas diteruskan dengan 11 lokasi di seluruh negara diumumkan melibatkan masjid-masjid terpilih untuk diadakan himpunan aman pada 13 April ini.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohamad Nor berkata himpunan ini merupakan kesinambungan anjuran Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari lalu dan akan diteruskan selepas solat Jumaat di seluruh negara.
Zulkefly berkata, himpunan diadakan hanya diluar masjid dan bergerak ke kawasan tertentu.
Himpunan ini mendapat sokongan daripada 23 badan bukan kerajaan (NGO) seperti Badan Bertindak Anti-Rare Earth (Badar), Stop Lynas Coalition (SLC), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bangkit Malaysia dan lain-lain.
Di Selangor/Kuala Lumpur lokasi terpilih adalah Masjid Negeri Shah Alam, Pahang (Masjid Al-Fatah, Batu 3, Kuantan), Perak (Tapak kilang ARE Bukit Merah, Menglembu), Sarawak (Masjid At Takwa, Miri), Kelantan (Dataran Ilmu, Kota Bharu), Negeri Sembilan (Taman Tasik Seremban), Kedah (Dataran Jam Besar, Sungai Petani), Johor (n Masjid Daerah Batu Pahat), Melaka (Masjid Al Azim), Terengganu (Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu), Pulau Pinang (Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh).
“Himpunan tidak dibuat di dalam masjid tapi kita akan bergerak bermula di luar masjid. Himpunan ini bukan sesuatu yang salah kerana rakyat menyatakan pandangan untuk tidak menyokong Lynas ini.
“Jika tidak bangkit kerajaan akan anggap rakyat menerima projek ini. Maka kami menyeru rakyat Malaysia yang prihatin supaya menyertai himpunan aman pada Jumaat ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.
Katanya, himpunan ini juga sebagai medan untuk rakyat menyatakan pendirian mereka menolak sepenuhnya tindakan pemerintah dalam menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkaitan Lynas.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/10/stop-lynas-himpunan-di-11-lokasi-jumaat-ini/

No comments:

Post a Comment