"Umno - Bn Sambut Tok Guru" |
Meskipun tanpa kehadiran Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan, Tuan
Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Program Ceramah sempena Pelancaran
Dana Pilihanraya PAS Pahang bertempat di perkarangan PASTI, Taman
Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan malam tadi (07 Apr 12)
sedikit pun tidak menghalang kehadiran tidak kurang dari 3,000 orang ke
program malam tadi.
Kepimpinan Yang Hadir |
Tuan Guru Nik Aziz tidak dapat hadir malam tadi kerana baru keluar dari
menerima rawatan di Hospital dan dinasihatkan untuk berehat sementara
waktu. Namun, beliau telah memberi amanah kepada Speaker Dun Kelantan,
Us Nasaruddin Daud mewakili beliau di samping mengirimkan derma peribadi
beliau kepada dana Pilihanraya PAS Pahang.
Us Tuan Ibrahim |
Us Nasaruddin Daud mewakili Tuan Guru Nik Aziz |
Selain dari Us Nasaruddin Daud, Speaker Dun Kelantan yang mewakili Tuan
Guru Nik Aziz, di antara penceramah utama malam tadi adalah Pesuruhjaya
PAS Pahang, Us Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi
MPN KEADILAN Pahang), YB Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP Pahang/Adun
Triang) dan juga Puan Cikgu Normala Shamsudin (Dewan Muslimat PAS
Pusat). Program malam tadi di Pengerusikan oleh Sdr Us Suhaimi Saad,
Ketua Penerangan PAS Pahang.
Dato' Fauzi Abd Rahman |
YB Leong Ngah Ngah |
Cikgu Normala di dalam ucapannya di antara lain menyeru agar rakyat di
Negeri Pahang berani untuk melakukan perubahan sepertimana beberapa
negeri yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat. Contoh yang telah
ditunjukkan oleh negeri-negeri yang diterajui oleh PR kini menjadi sebab
kukuh mengapa rakyat di Pahang wajib untuk menjatuhkan Umno/Bn dari
tampuk kekuasaan di negeri ini.
Adun Triang juga Pengerusi DAP Pahang, YB Leong Ngah Ngah pula
menceritakan suatu ketika di mana DAP amat takut untuk bersama PAS,
begitu juga dengan penyokong-penyokong PAS yang masih merasa ragu-ragu
dengan DAP. Gelaran pelampau Cina terhadap DAP yang sering di
war-warkan oleh media suatu ketika dahulu menjadi penyebab mengapa
orang-orang Melayu Islam merasa buruk sangka terhadap DAP. Namun kini
katanya, setelah melihat PAS di Kelantan dan DAP di P.Pinang mampu untuk
menegakkan keadilan buat semua kaum, maka hubungan DAP dan PAS kini
semakin kukuh.
Di antara ribuan yang hadir
Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang banyak berucap
mengimbas kembali sejarah perjuangan Umno dahulu yang berjuang untuk
memerdekakan negara. Tokoh-tokoh Umno dahulu sanggup mengorbankan harta
benda mereka demi rakyat dan negara, malangnya tokoh-tokoh Umno selepas
Umno yang diwujudkan pada tahun 1946 dahulu di`bunuh' oleh Tun
Mahathir, maka Umno Baru ciptaan Mahathir hanya berjuang untuk
kepentingan diri, keluarga dan kroni mereka sahaja. Pemimpin Umno
sekarang sanggup korbankan hak rakyat demi perut mereka dan kroni mereka
semata-mata. Isu NFC, komisyen kapal selam, pembelian senjata dan
pesawat tentera, dan banyak lagi yang dilakukan oleh pemimpin Umno
sekarang kesemuanya menguntungkan diri mereka sendiri dan merugikan wang
rakyat.
Isu perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS diperjelaskan lagi apabila
Pesuruhjaya PAS Pahang, Us Tuan Ibrahim Tuan Man berucap. Beliau
menerangkan bahawa intipati dasar Negara Berkebajikan yang dibawa oleh
PAS samasekali tidak bertentangan dengan dasar Negara Islam. Beliau
turut menyentuh isu Lynas yang mana isu ini wajib diketahui oleh rakyat
Pahang khususnya. Rakyat Pahang yang miskin dan tidak mempunyai tanah
untuk mendirikan tempat tinggal, beliau berjanji akan mengurniakan tanah
di Negeri Pahang ini kepada mereka sekiranya PR memerintah negeri ini.
Us Tuan Ibrahim juga menyentuh isu penyelewengan daftar Pilihanraya oleh
SPR. Pendedahan Naib Presiden PAS, Hj Mahfuz Omar yang mendedahkan
terdapat bukti pembentukan Tim yang ada kaitan dengan Pejabat PM, SPR
dan KDN untuk menipu di dalam Pilihanraya Umum akan datang amat
mendukacitakan rakyat. Beliau mahu satu Suruhanjaya Diraja dibentuk
bagi menyiasat dakwaan Mahfuz tersebut. Rakyat katanya, tiada lagi
pilihan selain dari turun ke Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini
nanti di dataran Merdeka, KL bagi menuntut satu pilihanraya yang adil
dan telus.
Program malam tadi dihangatkan dengan penceramah utama, Us Nasaruddin
Daud, Speaker Dun Kelantan. Beliau menceritakan tentang sejarah
perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW khususnya berkaitan
dengan hubungan bersama orang-orang bukan Islam. Isu tuntutan royalti
minyak Kelantan juga turut disentuh oleh Us Nasaruddin dengan melabelkan
pemimpin Umno sebagai `perompak' yang pelik. Di sebalik Najib mendakwa
kononnya Kelantan sebagai negeri paling miskin, Najib sangup `merompak'
negeri Kelantan yang dikatakan miskin itu dengan tidak memberikan hak
royalti kepada Kelantan.
Us Nasaruddin menganggap Najib sebagai anak yang tidak mempunyai amanah
di dalam menjaga perjanjian berkaitan royalti minyak yang melibatkan
ayahandanya, Almarhum Tun Razak. Beliau juga menyebut, Ku Li dan bekas
Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang bertanggungjawab menderaf
perjanjian royalti minyak yang ada sekarang, kedua-dua tokoh ini tetap
menyatakan Kelantan dan Terengganu berhak untuk mendapatkan royalti
minyak. Najib jelas adalah pengkhianat Melayu yang sebenarnya.
Aura Tok Guru diminati oleh penyokong-penyokong Umno |
Program malam tadi amat berjaya dan ini menunjukkan bahawa rakyat Pahang
tidak lagi sabar untuk menjatuhkan Umno/Bn di Pahang di dalam PRU ke 13
tidak beberapa lama lagi. Paling menarik, terdapat satu Banner kain
yang digantung oleh penyokong Umno mengalu-alukan kedatangan Tuan guru
Nik Aziz ke sini.
Sekali lagi diingatkan, pada malam ini (08 Apr 12), Ketua Umum Dato'
Seri Anwar Ibrahim akan berkunjung ke Bentong di dalam satu ceramah di
Markas PAS Chegar Medang, Jalan Benus, Bentong mulai jam 09.00 malam.
Orang ramai dijemput hadir.
Source: http://pkrnegeripahang.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment