Friday, September 7, 2012

Saham Judi? GENTING BHD DALAM SAHAM FGVH

GENTING BHD DALAM SAHAM FGVH

Kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum ini bahawa pegangan dan kepentingan peneroka kekal terpelihara. Bahkan menjamin dari unsur yang melanggar syarak.

"Saya adalah anak pengasas Felda, Ayahnda Almarhum Tun Abd Razak. Saya bersumpah tidak akan khianat apa yang telah dibina oleh Ayahnda saya".nampak macam tegas ucapan Najib.

Hari ini saham menjunam tinggal RM4.78. Esok lusa tak tau lagi. Adakah Najib akan kata, turun naik saham perkara biasa. Hujah yang sama diberikan oleh Dato Abd Ghani Othman, Menteri Besar Johor waktu lingkupnya Amanah Saham Johor. Pemimpin Umno tak fikir derita rakyat. Berapa ramai pemegang saham ASJ yang muflis kerana ghairah beli saham ASJ sebab percaya sangat cakap Ghani Othman. Hingga buat loan di Bank mencecah RM 100,000.
Bila pelabur yg merana, buat loan, jual tanah dll nak untung segera jumpa pemimpin Umno; ayatnya standard...adat main saham, ada untung ada rugi!

Masa ghairah promote FGVH,...apa yang pemimpin Umno tak jamin?
Bulan, bintang....masyaallah.
Jangan dengar cakap pembangkang, tak de wawasan, bodoh, ......

Kini bukan sahaja saham FGVH jatuh, isu syarikat judi beli saham seperti saya paparkan dlm FB ni pun, PM dan Isa Samad terkedu. Sudah tidak mampu menjaminnya. Peneroka dan pemegang saham tidak kira Ustaz, Imam, Bilal dan lain2 terpalit sama. Menanggung dosa!
Bukan sikit, 400 juta unit saham Genting Bhd dalam FGVH....

Mewakili ANAK, saya mendesak YAB PM buat penjelasan segera kedudukan meruncing saham FGVH; juga kedudukan sebenar mekanisme syariah bagi mengelakkan pemegang saham terjebak dlm pelaburan haram atau syubhat.

Gerakan Selamatkan Felda(GSF) akan mengutus surat Ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong mohon pemakluman mengenai status memorandum yg dihantar pada Himpunan Oren 14 Julai lalu. Keyakinan kami Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu sedang meneliti perkembangan terkini mengenai FGVH.
GSF sedang berusaha mendapat perkenan untuk mengadap Yang DiPertuan Agong bagi berkongsi kebimbangan seluruh rakyat Malaysia.

1 comments:

  1. Assalamulaikum,
    Saya harap Ustaz Yusof kaji dulu artikel ini. Ianya mengelirukan kerana sehingga 18.9.12 FGV masih lagi Syariah compliant. Ada 11 org penasihat syariah Securities Commision 9 kelulusan PhD dlm Usul Fiqh, Islamic Law dan Islamic Finance. 2 org lagi Syariah Legal Advisor Attorney General's Chambers dan seorang lagi former Chief Justice. Ustaz boleh refer kpd mereka. Saya pengurus di sebuah Investment Bank dan mempunyai dual license equity and futures market yg dikeluarkan oleh Securities Commission (SC)dan menguruskan local and foreign equity termasuk US,Singapore, Hong Kong, UK dan Australia. Saya harap Ustaz agar lain kali jangan copy paste sesuatu artikel tanpa selidik dulu. Kerana geram kpd BN maka ramai sangat saya berjumpa org yg bercakap pasal FGV tetapi hanya cakap kosong malahan ada yg tidak tahu itu CDS dlm Bursa Malaysia . Walaupunpun BN bukan minat saya tapi saya berminat fakta bila berbicara tentang FGV. BLOOMBERG melaporkan sehingga 14.9.12 jam 5 petang pemegang terbesar FGV ialah FELDA 40%, Tabung Haji 7.67%, EPF 7.17% Kumpulan Wang Persaraan 6.77 dan yg lain foreign fund dlm linkungan 0.01-0.03 % kecuali Blackrock Ins.Trust 0.54%. Tiada Genting Hldg dlm senarai. Sekian Wassalam.

    ReplyDelete