Saturday, September 29, 2012

Bajet bukan sekadar angka tapi manfaat untuk rakyat



KUALA LUMPUR: Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata apa yang lebih penting dari pengumuman insentif dalam bajet adalah mekanisma penyampaiannya kepada rakyat.


Menurut beliau, tidak guna jika pengumuman dengan angka dan jumlah berbilion ringgit tetapi manfaatnya tidak sampai dan tidak dirasai rakyat.

Malah lebih menyedihkan, tambah Ahli Parlimen Marang itu, perlaksanaannya selama ini hanya lebih menguntungkan kroni berbanding rakyat kebanyakan.

"Bajet bukan sekadar angka-angka dan duit berbillion untuk melaksanakan projek semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana membetulkan prinsip dan pelaksanaannya serta kesannya selama ini telah tidak sampai kepada manfaat rakyat terbanyak.

"Projek-projek berskala besar pula dipergunakan untuk mendapat laba keuntungan berlipat ganda menerusi naungan dan kroni politik Umno-putra," katanya kepada Harakahdaily.

Kenyataan itu sebagai ulasan ringkas terhadap Bajet 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan hari ini mengumumkan bajet dengan jangkaan hasil kerajaan pada 2013 sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.

Beberapa isentif bersifat "one-off" juga diumumkan termasuk bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucar buku RM250 kepada pelajar universiti.

Selain itu beliau turut mengumumkan  Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 serta pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam.

Biarpun menyambut baik pengumuman insentif itu, namun apa yang harus dibimbangi adalah mekanisme penyampaiannya.

"Selama puluhan tahun dibentang dan dijanjikan, rakyat perlu sedar tentang ketirisan berbillion duit khazanah negara yg telah hilang entah ke mana," kata Tuan Guru Abdul Hadi
.

Source: https://harakahdaily.net/index.php/headline/13497-bajet-bukan-sekadar-angka-tapi-manfaat-untuk-rakyat
Baca Selanjutnya...

Bajet 2013... Macam-macam ada... termasuk BRIM 2.0 dan bonus kakitangan awam


najib-bajet2013Bajet macam-macam ada... itulah istilah yang sesuai hendak mengambarkan perbentangan perbelanjaan kerajaan tahun 2013 yang dilakukan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak di Parlimen tadi. Dengan berbaju melayu hijau, Datuk Najib mengambil masa kira-kira dua jam 10 minit bagi membentangkan Bajet 2013.

Dengan tema Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati, jumlah keseluruhan bajet tersebut sebanyak RM251.6 bilion ringgit. Antara yang menarik perhatian ramai adalah pengumuman Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu antara RM250 dan RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 manakala RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan
pemberian BR1M sebanyak RM250 kepada rakyat yang masih bujang akan diberikan bermula awal tahun hadapan.
Katanya, "rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250."
BERIKUT ADALAH INTIPATI BAJET 2013
Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
najib-bajet20131
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
* Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
* Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
* RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
* RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
* RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.
* RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
* Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
* RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
* RM9 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4 bilion hingga RM6 bilion.
* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.-28/9/2012

Source: http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/bajet-2013-macam-macam-ada-termasuk-brim-20.html

Baca Selanjutnya...

Friday, September 28, 2012

Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat


BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013 masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN. Najib akan membentangkan bajetnya pada jumaat ini dan dijangka bajet itu adalah bajet pilihanraya. Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun diakui oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin BN.

Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana Najib begitu popular dengan membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit. Bagi Najib bayar sana, bayar sini adalah cara yang beliau selalu lakukan baik dalam kerajaan mahu pun didalam kegiatan parti. Najib mentadbir kerajaan seperti beliau mentadbir UMNO bahagiannyadi Pekan.
Dalam pada itu PR juga mengemukakan bajet pihaknya untuk membezakannya diantara bajet yang selalu di bentangkan oleh BN. Beberapa pemimpin kerajaan termasuk menteri-menterinya telah mengkritik bajet Pakatan Rakyat dan menuduh PR sedang cuba untuk menarik undi dan bajet anjuran PR itu adalah bajet yang tidak realistik.
Saya hanya hendak memberi komen tentang isu realistik atau tidaknya bajet PR yang di katakan oleh pemimpin samseng BN seperti Nazri Aziz dan beberapa ‘hulubalang’ BN itu sebagai bahan lawak itu.Nazri membuat komen yang tidak beretika sehinggakan dia mengatakan bajet anjuran PR itu adalah bajet bodoh. Bagi saya hanya orang bodoh sahaja yang mengenali si bodoh yang lain.
Entah mana letak cerdiknya pemimpin BN seperi Nazri ini tidak pula kita ketahui kerana jika benar mereka itu cerdik masakan rakyat memberontak terhadap BN dan hanya menunggu masa untuk menunjukkan perasaan mereka dalam peti undi nanti. Pemimpin yang bodoh akan sentiasa menganggap pihak lain itu sama bodoh dengan mereka.
Di atas kebodohan pemimpin-pemimpin kerajaan inilah yang membezakan bajet BN yang kita lihat setiap tahun yang tidak pernah tercapai seperti apa yang mereka (BN) bajetkan selama ini. Jika bajet mereka benar-benar berjaya selama ini berjaya di laksanakan, keadaan keresahan rakyat seperti yang kita semua rasakan pada hari ini tidak akan berlaku kerana dalam pembentangan bajet selama ini semuanya adalah pembentangan yang baik-baik belaka. Tidak ada yang tidak baik tetapi hasilnya kita sama-sama saksikan sekarang.
Oleh yang demikian yang sudah terbukti tidak berjaya ialah bajet BN dan tentulah apa yang dibentangkan oleh kerajaan dalam bajet setiap tahun itu adalah bajet yang tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna. Janji-janjinya di dalam pembentangan bajet-bajet tersebut tinggal hanya bajet dan tidak pernah terlaksana dengan baik.
Tetapi apa yang saya hendak tekankan ialah dari segi sikap pemimpin-pemimpin BN dengan reaksi mereka terhadap bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat petang semalam itu. Satu perkara yang nyata kita lihat apa sahaja yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak elok kepada BN. Jika pembentangan dari PR itu baik tentulah ianya tidak baik bagi BN kerana ia akan memberikan saingan dan mengecilkan serta merendahkan pandangan rakyat terhadap BN yang ‘ego’ dan ‘arrogant’ BN itu.
BN tidak mahu mengaku yang apa yang mereka tidak mampu melakukannya tidak semestinya tidak mampu dilaksanakan oleh pihak lain, dan dalam isu ini pihak Pakatan Rakyat. Pemimpin melakukan ‘equation’ kemampuan Pakatan Rakyat itu sama lemahnya seperti kemampuan BN.
Bajet yang di unjurkan oleh PR itu jika di serahkan kepada BN untuk melaksanakannya tentunya tidak termampu untuk mereka (BN) melaksanakannya kerana kemampuan BN sangat terbatas. Justeru mereka (BN) menganggap apa yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan mengikut tahap kemampuan mereka (BN).
Apa yang lebihnya dalam bajet bayangan Pakatan Rakyat itu ialah ia mengandungi elemen moral yang tidak akan ada di dalam bajet BN itu. Pakatan Rakyat dengan keyakinan tinggi memasukkan elemen pembersihan pentadbiran kerajaan dengan membasmi segala ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sekarang dan ianya merupakan salah satu dari sumber perolehan untuk mengisi bajet yang telah dibentangkan semalam.
Mengelolakan ketirisan yang sebanyak RM28 billion setahun itu merupakan jumlah yang besar yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh memunafaatkannya untuk rakyat jelata. Ia nya lebih mengutamakan ‘efficiency’ yang merupakan satu perkara buruk yang sangat ketara dalam pentadbiran BN sejak dua tiga dekad yang lalu.
Apa yang dibentangkan di dalam bajet bayangan ini amat menakutkan pihak BN dan ianya telah memberi bayangan kepada rakyat yang apa yang terkandung di dalam bajet itu merupakan perkara-perkara yang boleh dilaksanakan jika ada kemahuan dan ketekunan untuk melaksanakan apa yang telah dibentangkan itu.
Tetapi pihak yang mengamalkan rasuah yang sampai keperingkat ketagihan itu tidak akan dapat menerima bajet bayangan yang telah dibentangkan itu. Sememangnya bajet bayangan PR ini tidak ada ruang untuk pihak yang berkuasa untuk melakukan rasuah dengan sewenang-wenangnya dan sememangnya akan dianggap tidak realistik oleh pihak BN.
Bagi BN semua yang dibajetkan itu mesti ada ‘variables’ yang membolehkan mereka mendapat bahagian dalam semua perbelanjaan kerajaan dalam bentuk komisyen atau sebagainya. Kalau tidak ada elemen yang membolehkan mereka membuat ‘duit luar’ akan dianggap tidak realistik.

Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/09/diantara-bajet-bn-dan-bajet-pakatan.html
Baca Selanjutnya...

Dr Asri: Mengapa saya kritik aliran literal dalam Umno - UMNO TAK TAHU HADITH?


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
ADA yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang dipegang oleh beberapa orang agamawan muda dalam Umno?

Saya kata bahawa saya tidak kisah untuk sesiapa menjadi ulama tua ataupun muda kepada mana-mana parti selagi berpegang kepada prinsip agama ini.

Umno dan Pas, semuanya sahabat saya. Prinsip agama itu lurus, fatwa agama tidak boleh berpihak. Hal ini terpakai untuk bukan sahaja untuk Umno, tetapi untuk Pas juga. Pas pun dalam sejarahnya bukan tiada fatwa yang merbahaya termasuk yang boleh membawa kepada kafir-mengkafir. Hari ini nampaknya keadaan itu sudah berkurangan.
Sebenarnya, aliran literal itu sendiri jika kena pada tempatnya tidak salah. Mazhab Zahiri (literalism) -walau dikritik hebat - ia diiktiraf dalam fekah Islam. Tokoh besar Zahiri iaitu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi dan kitabnya al-Muhalla menjadi rujukan fekah yang penting.
Rosak Keadaan
Saya mengkritik golongan literalist dalam Umno kerana pemikiran yang dibawa itu boleh mengharukan proses keadilan yang wujud dalam negara ini keseluruhannya.
Hari ini mungkin sesetengah orang Umno seronok apabila terdapat beberapa orang agama yang boleh berhujah dengan nas-nas agama untuk membela Umno.

Biasanya perkara ini dibuat oleh Pas. Namun tanpa mereka sedar fatwa-fatwa aliran literalist tersebut jika diaplikasi dalam sistem politik negara ini, ia akan meruntuhkan keseimbangan, kemaslahatan dan keadilan politik yang menjadi tonggak kepada tujuan berpolitik.

Umpamanya, apabila mereka berfatwa haram mengkritik kepimpinan politik negara secara terbuka. Hanya yang dibenarkan berjumpa dan menasihati secara tertutup.

Pengharaman ini jika diterima bererti system Parlimen yang memboleh ahli-ahlinya Parlimen membahas dan mengkritik dasar dan perlaksanaan kerajaan secara terbuka kepada pengetahuan awam adalah haram.

Perhimpunan Agung Umno yang sering kali kita mendengar para perwakilan meluahkan perkara-perkara yang mereka tidak puas hati tentang kerajaan juga adalah haram.
Golongan literalist ini mungkin berfikir bahawa hukum yang mereka keluar boleh digunakan untuk menentang pihak pembangkang, tetapi mereka lupa implikasinya meruntuhkan sistem negara dan parti itu sendiri.

Bahkan dalam sejarah Umno, Tun Dr Mahathir yang merupakan mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno sendiri apabila tidak puas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri selepasnya iaitu Tun Abdullah Badawi, Tun Dr Mahathir telah melakukan kritikan terbuka.

Kebanyakan tokoh Umno yang ada, pernah melakukan hal yang sama apabila mereka berbeza ‘kem politik’. Bahkan Umno dan ulama muda itu sendiri mengkritik terbuka kepimpinan Kerajaan Kelantan, Selangor dan Kedah. Malang sekali jika golongan ini hanya terfikir fatwa berkenaan terkena pembangkang sahaja, padahal ia juga terkena kepada ‘tubuh sendiri’. Tentu mereka tidak akan kata ‘haram untuk kau, halal untuk aku’.
Ilmu Matan Hadis
Saya tidak mahu kata golongan ini berniat memperalatkan agama. Saya rasa sebab hal ini terjadi kerana cara fikir yang literal dan tidak menghayati ilmu Mukhtalaf al-Hadith yang merupakan ilmu penting dalam memahami matan sesuatu hadis.

Ilmu tersebut membantu untuk menyelaraskan hadis-hadis yang pada zahirnya nampak bercanggah dengan teks al-Quran dan as-Sunnah. Umpamanya apabila mereka membaca hadis:

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan.

Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka).

Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah. Sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani).
Mereka mengambil hadis ini tanpa memperdulikan hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza.

Ini seperti hadis: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun” (Riwayat al-Tabarani, dinilai hasan).

Para sahabah telah bangun mengkritik al-Khulafa al-Rashidin dalam majlis-majlis mereka seperti Salman al-Farisi yang mempersoalkan Saidina ‘Umar al-Khattab semasa beliau berucap.

Sepatutnya perbezaan hadis-hadis ini diselaraskan dengan merujuk kepada kes yang berbeza. Isu dosa peribadi pemimpin hendaklah dibicarakan secara tertutup. Adapun yang membabitkan kepentingan awam maka rakyat yang terbabit boleh membahaskannya sekalipun terbuka.
Berdebat
Begitu juga apabila timbul trend politik kita yang banyak mengadakan debat isu rakyat secara terbuka. Ramai juga pihak kerajaan dan pembangkang yang terbabit.

Apabila ada pemimpin atasan yang menyatakan debat bukan budaya kita, mereka pun mengeluarkan sabda Nabi SAW: “Aku menjamin sebuah rumah dalam syurga bagi mereka yang meninggalkan debat mesti pun dia berada di pihak yang benar” (Riwayat Daud).

Ini bagi menyokong kenyataan pemimpin atasan. Mereka tidak mengambil kira bahawa al-Quran menyebut: “Berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik” (Surah al-Nahl: 125) dan juga dalam al-Quran ada Surah al-Mujadilah (wanita yang berdebat).

Perkataan yang digunakan dalam hadis ialah al-Mira’ yang boleh diertikan sebagai al-Jidal (debat). Dalam Islam terlalu banyak sejarah perdebatan ilmu yang menyebabkan ilmu berkembang. 
Debat yang dilarang ialah debat yang sia-sia hasilnya, sekalipun benar. Inilah yang disebut dalam kitab-kitab syarah hadis seperti Faidh al-Qadir oleh al-Imam al-Munawi, Tuhfah al-Ahwazi oleh al-Imam al-Mubarakfuri.
Jika hadis di atas difahami secara literal, tentu Parlimen kita lembab dan tidak berfungsi kerana semua ahlinya akan mengelakkan berbahas.

Bajet Negara akan diterima bulat-bulat tanpa didebatkan kerana semua ingin mendapat rumah dalam syurga. Peguam dan pendakwa juga tidak ada berdebat di mahkamah.

Sepatutnya mereka kena sebut hadis ini semasa setiap kali mesyuarat Umno hendak dimulakan. Tentulah semua ahli menelan bulat-bulat minit mesyuarat tanpa mempertikaikannya sedikit pun.
Dulu saya pernah kritik apabila mereka sering membaca hadis ini di khalayak ramai: “Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan”.

Kata Huzaifah: “Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?”.

Jawab baginda: “Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah”. (Riwayat Muslim)
Hadis ini dibaca seakan rakyat dalam apa keadaan pun tidak boleh membantah kerajaan walaupun buruk mana sekalipun. Mereka lupa kerajaan dalam negara ini bukan sahaja Umno, ada juga kerajaan Pas dan PKR.

Hadis ini dibaca tanpa melihat kepada hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza. Antaranya hadis  “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir ALLAH akan meliputi mereka dengan hukumanNya”( Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
Dalam sejarah pemikiran fekah, tokoh aliran literalist yang paling terkemuka ialah al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (meninggal 456H). Dia terkenal kerana kebijaksanaannya tetapi literal dalam memahami nas-nas syarak.

Banyak fatwa literalnya dikritik oleh para sarjana. Pun begitu, beliau apabila ditanya tentang hadis di atas, menjawab: “Adapun apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SA agar bersabar atas pengambilan harta dan pukulan di belakang, itu semua tanpa syak jika pemerintah menguruskan itu dengan cara yang sebenar, maka tidak syak wajib ke atas kita sabar... adapun jika dengan cara yang batil maka berlindung dengan ALLAH untuk Rasulullah SAW menyuruh bersabar untuk itu.

Dalilnya firman ALLAH: “Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam dosa dan permusuhan”.

Kita tahu bahawa kalam Rasulullah tidak akan menyanggahi kalam Tuhannya… maka sah bahawa apa yang Rasulullah SAW sabda adalah wahyu dari sisi ALLAH azza wa jalla, tiada perbezaan, tiada percanggahan dan pertentangan.

Jika demikian maka sesuatu yang yakin tanpa syak yang diketahui oleh setiap muslim bahawa mengambil harta muslim ataupun zimmi tanpa cara yang sebenar dan memukul belakangnya tanpa kesalahan yang sebenar adalah dosa, permusuhan dan haram. Sabda Nabi SAW:
"Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari)”. Maka tiada syak dan perbezaan pendapat kalangan muslimin bahawa orang yang menyerahkan hartanya untuk perampas secara zalim, memberikan belakangnya untuk dipukul secara zalim sedangkan dia mampu untuk menghalang hal itu dengan apa cara yang mungkin, maka itu adalah pertolongan kepada orang yang menzaliminya atas dosa dan permusuhan, dan ini haram dengan nas al-Quran…” (Ibn Hazm, Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, 4/133, Kaherah: Maktabah al-Khaniji).
Jika pemerintah itu dibiarkan untuk memukul dan mengambil harta tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan yang diperintah oleh Islam untuk diwujudkan? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama?
Maha Suci ALLAH dari menurunkan agama yang seperti itu! Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan muslim seperti yang disebut oleh Nabi SAW: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah).”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Nabi s.a.w juga menyebut: “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Pemikiran agama yang literal seperti ini sebenarnya boleh merosakkan maksud dan imej agama itu sendiri jika dipegang oleh mereka yang berkuasa. Saya tidak mahu campur dengan urusan kepartian Umno ataupun Pas. Namun apabila membabitkan urusan agama saya hanya ingin memberikan pandangan bahawa pemikiran ini dalam kerangka keseluruhan ‘memeningkan’ negara dan Umno itu sendiri.
* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Source: http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/dr-asri-mengapa-saya-kritik-aliran-literal-dalam-umno-1.89152?localLinksEnabled=false
Baca Selanjutnya...

Kes khalwat paling tinggi dicatat di Pahang


KUANTAN - Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini.

Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60).

Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular.

"MUIP akan mempertingkatkan kerjasama bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam membanteras kesalahan jenayah syariah membabitkan penganut agama Islam di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Undang-undang Kesalahan dan Tatacara Jenayah Syariah Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya kini sedang melantik pegawai-pegawai masjid di sebagai penguatkuasa dalam usaha memantapkan lagi penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Kanan Penyelaras Undang-undang Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yahya Mohd Zin berkata bengkel selama tiga hari bermula hari ini itu bertujuan mempertingkatkan lagi pengetahuan undang-undang jenayah syariah di kalangan umat Islam dan penguatkuasa agama.

"Menerusi bengkel ini, kita nak bagi penjelasan kepada semua pihak termasuklah pegawai masjid, imam, siak makna tentang hal berkaitan penguatkuasaan.

"Dari segi undang-undangnya dari tahap mana dan apa yang perlu dibuat apabila sudah ada tangkapan dan apa yang perlu buat selepas itu mengikut enakmen kesalahan syariah dan enakmen tatacara jenayah syariah di Pahang," katanya.

Beliau berkata menerusi bengkel berkenaan, penguatkuasaan kesalahan jenayah di negeri ini diharap akan lebih efisien. - Bernama

Source: http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-khalwat-paling-tinggi-dicatat-di-pahang-1.88755?localLinksEnabled=false
Baca Selanjutnya...

Thursday, September 27, 2012

Belanjawan PR 2013 ke arah Negara Berkebajikan

Belanjawan PR 2013 ke arah Negara Berkebajikan

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan pembentangan Belanjawan PR 2013 yang bertemakan "Ekonomi Rakyat Negara Berkat". Ianya dengan tepat memberi penekanan kepada tiga agenda memacu kebajikan rakyat; 

a] meningkatkan pendapatan sebenar rakyat dan mengurangkan tekanan kos sara hidup, 

b] membina kumpulan rakyat berkeusahawanan dengan daya saing kompetitif dan 

c] mendaya masyarakat untuk mencapai keadilan dengan kemuliaan dan rasa penuh bangga.

2. Belanjawan PR ini menjadi satu lagi bukti kemampuan Pakatan Rakyat di dalam merangka strategi alternatif ekonomi nasional  yang amat relevan untuk diangkat sebagai tawaran yang membawa pembaharuan sebenar untuk Malaysia. 

3. Kelak UMNO-BN dan pengampu-pengampu mereka tidak boleh lagi berhujah bahawa Pakatan Rakyat cuma pandai beretorik dan membuat omongan kosong kerana Belanjawan PR ini buat kesekian kalinya telah menjelaskan tawaran kita secara objektif, profesional dan bijaksana tanpa bersikap apologetik terhadap cabaran ekonomi yang seolah-olah cuba disembunyikan oleh pemerintah.

4. Belanjawan ini tidak membuaikan rakyat dengan gula-gula politik dan strategi perbelanjaan melampau seperti  Bajet kerajaan pada 2012  yang telah disifatkan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri sebagai suatu rasuah politik. 

5. Sebaliknya belanjawan setebal 98 mukasurat ini menyusun program perbelanjaan konstruktif untuk membina jaringan keselamatan sosial bagi golongan miskin dan kelas ekonomi menengah secara mapan dengan penekanan terhadap aspek perumahan, belanja isirumah, pemilikan kenderaan dan pendidikan tinggi percuma tanpa bebanan dari PTPTN.

6. Di dalam hal ini, kita juga komited untuk merungkai monopoli UMNO-BN yang terus menerus menjerut dan menghambat potensi sebenar sistem ekonomi kita, sama ada di dalam soal bayaran tol sehinggalah amalan kolusi syarikat-syarikat besar yang menjadi penyumbang dana kepada kelangsungan politik wang pemerintah yang telah membarah. 

7. Belanjawan ini penting sebagai bukti kepada rakyat bahawa amalan korupsi, kolusi dan nepotisme UMNO-BN ini boleh ditamatkan dengan langkah-langkah jitu dan realistik bersandarkan kemahuan politik kuat pemerintah yang cuma akan hadir melalui Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya pasca PRU ke13 nanti insyaallah.

8. Agenda-agenda besar Belanjawan PR ini juga boleh dicapai berdasarkan kepada kebijakan yang terjana hasil dari pengalaman mentadbir negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang pastinya berguna untuk diaplikasikan di peringkat nasional. 

9. Rakyat telah menyaksikan prestasi kepimpinan PR yang telah berjaya mengekalkan integriti bebas rasuah di samping kompeten, telus dan berhemat di dalam urusan pentadbiran walau terus dimomok dengan pemberitaan berat sebelah dan layanan tidak adil dari kerajaan pusat.

10.  Malah kerendahan hati dan kesederhanaan pemimpin menyantuni rakyat menjadi pembeza kepada gaya mewah pimpinan UMNO-BN dan keluarga mereka. Atas dasar ini jugalah, kita yakin dengan aspirasi untuk meningkatkan hasil mahsul negara sehingga 18% sebagai sesuatu yang realistik bersandarkan kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan PR untuk mendepani isu ketirisan, rasuah dan kecekapan di dalam urusan negara.

11. Dewan Pemuda PAS melihat Belanjawan PR ini sebagai suatu lagi terjemahan kepada konsep Negara Berkebajikan yang dicadangkan oleh PAS bagi memastikan kekayaan negara tidak lagi berkisar di kalangan penguasa dan pemodal semata-mata, sedang ianya adalah  merupakan satu bentuk kezaliman.

12. Belanjawan ini menjadi satu manifestasi strategi untuk merakyatkan kekayaan negara secara adil dan saksama agar rezeki yang ada dirasakan cukup untuk semua orang dan semua urusan sekaligus membebaskan rakyat dari cengkaman mafia ekonomi.

13. Bermula dari nurani tersebut, timbul kesungguhan untuk terus berusaha mencambah kekayaan negara dan lahir pula keikhlasan dari rakyat untuk memanjat doa dan pengharapan kepada tuhan agar kebajikan dan kesejahteraan ini berpanjangan. Inilah kitaran keberkatan yang cuba dicapai, bermula dengan perbentangan strategi Belanjawan PR ini. 

14. Aspek rububiyyah inilah yang tidak mungkin dapat difahami oleh pemerintah yang terus menerus merasakan penguasaan terhadap kekayaan negara adalah hak istimewa mereka secara tradisi.

15. Dewan Pemuda PAS dengan ini mengucapkan syabas dan tahniah di atas pembentangan belanjawan rakyat ini. Kita akan melangkah penuh yakin untuk ke lapangan bagi menjelaskan visi dan strategi Pakatan Rakyat membawa kemakmuran kepada rakyat.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


Salam dari :
Aku Pejuang Islam ~API~
Baca Selanjutnya...

Bajet 2013 Pakatan janji mansuh PTPTN



Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) membentangkan Bajet 2013 alternatif hari ini dengan antara lain dengan mengulangi komitmen akan memansuhkan dana pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perikatan tiga parti itu yang membangkitkan soal itu awal tahun ini menegaskan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pendidikan peringkat universiti kepada kesemua rakyat Malaysia.

Kata PR, pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi swasta akan menerima subsidi fi pengajian.

"Oleh kerana pendidikan peringkat tinggi akan disediakan kerajaan, ini akan mengurangkan beban pelajar apabila mereka menyertai pasaran kerja, bebas daripada bayaran hutang," kata PR dalam laporan bajet yang diumumkan di bangunan Parlimen hari ini.

PR berkata, pihaknya percaya bahawa model pembiayaan semasa menerusi PTPTN bukan sesuatu yang berkekalan.

Katanya, dalam jangka panjang Kerajaan Persekutuan akan berhenti daripada menyediakan dana kepada PTPTN, sebagaimana disaksikan berlaku di negara-negara lain yang menggunakan model yang sama.
PR yakin bahawa ia boleh menghapuskan pinjaman melibatkan sejumlah besar peminjam yang memenuhi beberapa kriteria.
"Jika sejumlah RM30 bilion yang diagihkan setakat ini oleh Kerajaan Pusat menerusi pembiayaan, kami percaya bahawa obligasi hutang boleh dipenuhi pada kos RM2 bilion setiap tahun sepanjang 20 tahun akan datang," katanya lagi.

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/bajet-2013-pakatan-janji-mansuh-ptptn-1.88753
Baca Selanjutnya...

Bajet Pakatan tawar ‘lebihan wang di poket rakyat’



Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
SHAH ALAM - Dilihat sebagai cadangan belanjawan yang lebih komprehensif berbanding tahun lalu, Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengemukakan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menyasarkan "lebihan wang dalam saku rakyat."
Dalam dokumen cadangan belanjawan yang diumumkan di bangunan Parlimen petang ini, perikatan tiga parti itu, dalam usaha menuju ke Putrajaya berkata, cadangan pihaknya akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan.
Angka itu adalah hasil penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/bajet-pakatan-tawar-lebihan-wang-di-poket-rakyat-1.88788
Baca Selanjutnya...

Wednesday, September 26, 2012

Kajian UM: Keyakinan kepada Pakatan Rakyat meningkat



(Kajian sokongan peringkat pusat menunjukkan peningkatan sokongan kepada Pakatan)
KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.

Sokongan juga meningkat ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan juga Kedah namun sedikit penurunan di Kelantan.

Kajian itu juga menunjukkan penurunan terhadap keyakinan rakyat bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum nanti.
Kajian itu dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya  Universiti Malaya (UMCEDEL) yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Kajian terbaru yang dibuat adalah pada 1 -16 September 2012  di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian sebelum ini dibuat dalam tempoh 31 Mac 2012 - 15 April 2012.

Misalnya apabila ditanya, parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac - April menunjukkan keyakian kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan ianya menurun kepada 44% sahaja.

Keyakinan kepada Pakatan pula meningkat dari hanya 21% kepada 30%.

Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara dari 38% kepada 50% manakala untuk BN dari 28% jatuh kepada 16%.

Begitu juga di Kedah. Keyakinan kepada Pakatan naik dari 37% kepada 48% dan kepada BN turun dari 40% kepada 32%.

Namun untuk negeri Kelantan, keyakinan kepada Pakatan jatuh sedikit dari 44% kepada 41% manakala BN naik dari 27% kepada 32%. Namun, kecondongan pengundi tetap kepada Pakatan Rakyat.

Source: http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/13410-kajian-um-keyakinan-kepada-pakatan-meningkat
Baca Selanjutnya...

Kalau Tidak Menipu Bukan.... -mso


Kalau Tidak Menipu Bukan....

SUSUPAN MALAM 

MasyaAllah semuanya hendak tipu dan main palsu. Bukan saja mengenai liwat ponggek seseorang, masalah air juga hendak ditipu. Mungkin semua yang ada hari ini adalah palsu dan barang tipu, daripada daftar pengundi sampailah kepada bahan kempen.Boleh jadi juga ringgit yang kita gunanya juga palsu?

Hari ini terdedah pula satu penggambaran mengenai masalah air di Selangor. Untuk tujuan itu 200 orang penduduk rumah pangsa telah dikerah dan diupah sebanyak RM50 untuk berlakun kononnya tempat mereka menghadapi masalah air. Apa mesej yang hendak dibawa ialah negeri Selangor berdepan dengan masalah air.

Bolehkan hidup dengan hayat menipu? Barang kali itulah hasil didikan dan amalan orang yang berkawan dengan syaitan yang dikenali dan meninggalkan malaikat yang tidak dikenali. Kerja-kerja menipu, memalsu itu adalah kerja dan kesukaan syaitan.

Pihak yang membuat penggambaran itu tidak menyebut pihak mana yang mengupahnya. Tetapi cara dia (producer) menjawab jelas bahawa pihak itulah, yang berkawan dengan syaitan yang mengupahnya.

Hari ini juga beberapa ahli serkas negara telah mempertikikan Anwar Ibrahim naik jet peribadi. Diceritakan yang jet berkenaan berdaftar di Amerika. Sekali lagi fitnah dan tipu. Orang jenis ini tidak sah kalau ia tidak bercakap bohong dan tipu. Dia tidak akan rasa selesa dan hidupnya tidak bermakna. Maka kena menipu.

Walhal Anwar sudah jelaskan jet itu kepunyaan kawannya, berdaftar dengan JPA Malaysia. Namun kerana dasar menipu sejak dari dalam tembuni lagi dia akan bercakap bohong selamanya kerana syaitan dikenali sudah ada di dalam mulutnya.

Dasar manusia hati busuk sampai ke ekor. Dia tidak boleh tengok orang senang. Ahli politik bebas konon, bebas kepala bapak dia.

Salahkah kalau Anwar naik jet? Kadang-kadang otak puak-puak ini lebih bengong dan gong dari haiwan yang tidak tahu menilai erti kehidupan. Biarkanlah kepada mereka kerana sudah Tuhan jadikan dia sebegitu rupa, dengki, bohong dan pefitnah. [wm.kl.11:11 pm 24/09/12]

Kalau dikatakan penipu, pemiftnah marah, tapi itulah hakikatnya.

Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/09/kalau-tidak-menipu-bukan.html
Baca Selanjutnya...

Tuesday, September 25, 2012

Dari seorang penjual kelapa salai, akhirnya menjadi MB Selangor



Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api.

Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja.

Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun.

Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.

Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.

Peristiwa kebakaran rumah salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatanya.

Pada 1979, 21 Tahun selepas kejadian kebakaran rumah salai neneknya, anak kecil yang pernah menjual kelapa salai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad.

Dua tahun kemudiannya, nama penjual kelapa salai itu menjadi sebutan masyarakat dan korporat antarabangsa.

Ini atas kejayaan mengetuai operasi ‘dawn raid’ di Bursa Saham London dengan ‘membawa pulang’ syarikat ladang kelapa sawit gergasi Malaysianized Guthrie (kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd).

Dua puluh tujuh tahun selepas kejayaan ‘dawn raid’, anak itu dinobatkan pula sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14.

Demikian antara liku-liku kehidupan pernah ditempuhi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sempat dirakamkan beliau dalam buku sulongnya, ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’.

Buku tersebut dilancarkan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sunway Pyramid hari ini.

Selain menceritakan pengalaman beliau ketika meningkat dewasa, Abdul Khalid turut menyelitkan tips-tips berguna dalam mengejar impiannya untuk dikongsikan bersama masyarakat.

Antara pengajaran penting yang dikongsikan Khalid dalam buku setebal 76 halaman ini, beliau amat menitikberatkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Selain isi kandungan yang padat dengan pengalaman perit dan lucu buku ini bertambah menarik kerana dipersembahkan dengan gaya penyampaian seolah-olah Abdul Khalid berkomunikasi secara intim dan mesra dengan pembaca.

Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat.

“Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat.

“Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik,” katanya kepada media selepas pelancaran buku tersebut.

Menurut Abdul Khalid, hasil jualan buku yang berharga RM25 senaskhah ini akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan.

Buku ini sudah pun berada di pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai terkemuka.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/13328-dari-seorang-penjual-kelapa-salai-akhirnya-menjadi-mb-selangor
Baca Selanjutnya...

Pasar malam tutup 20 minit, hormati waktu Maghrib - tAK pERCAYA KE?


Barangan jualan ditinggalkan ketika peniaga ke masjid. 
Barangan jualan ditinggalkan ketika peniaga ke masjid.
Pasar Malam Padang Jawa
7.21 malam: Kemeriahan urusan jual beli Pasar Malam Padang Jawa diteruskan seperti biasa.
BERMULA jam enam petang, kebanyakan penjaja dan pelanggan mula memenuhi kiri kanan jalan Pasar Malam Padang Jawa.

Suasana hingar bingar kemeriahan urus niaga tidak jauh beza dengan pasar-pasar malam di lokasi lain.

Namun uniknya di sini, tiupan wisel sejurus azan Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta.

Tiada urus niaga dibenarkan selama 20 minit!  Dalam tempoh itu, peniaga dan pengunjung Islam, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib di masjid sementara bagi bukan Islam mengikuti arahan penuh hormat dan bertanggungjawab. 

Pengalaman ini bukan baru, malah inisiatif Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Padang Jawa itu dipraktikkan sejak 1 Januari 2010 lalu.

Tinjauan Sinar Harian Jumaat lalu mendapati, peniaga dan pengunjung menyambut baik praktis ini menyokong penuh tindakan tersebut sebagai satu langkah pembaharuan bagi  menghormati waktu solat dan menghormati Islam.

Peniaga perlu tidak bimbang tentang barangan jualan mereka yang ditinggalkan kerana kawasan perniagaan dikawal oleh petugas sukarela terdiri daripada JKKK, Rela dan ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah, tinjauan yang dibuat terhadap peniaga bukan Islam, juga amat menggalakkan di mana mereka juga bersetuju dan  menyokong sepenuhnya peraturan ini, bahkan mereka juga gembira apabila perniagaannya bertambah laris selepas perniagaan dibuka semula.

Suasana yang  meriah dan terang benderang tiba-tiba bertukar suram apabila lampu dimatikan dan kelihatan petugas sukarela berlegar di sekitar tapak perniagaan bagi memastikan setiap peniaga mematuhi arahan.

Kelihatan peniaga dan pengunjung bergegas menuju ke masjid manakala bukan Islam mereka memilih untuk berehat di gerai masin-masing dalam keadaan bergelap.


Cetusan idea JKKK

Pengerusi JKKK Kampung Padang Jawa, Saian Asmawi, 61, berkata, idea ini timbul selepas Kerajaan Negeri mengambil alih daripada pentadbiran sebelumnya.
“Ini adalah pembaharuan.  Pasar malam ini telah wujud sejak tahun 1970-an lagi namun, tiada pendekatan yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Bercerita mengenai cara pelaksanaannya, Saian berkata, peniaga perlu menutup lampu di ruang niaga, menghalang pelanggan daripada datang membeli barang jualan.

“Maknanya, kalau semua orang pergi sembahyang tidak ada masalah kerana kami ada pengawal, Rela, JKKK untuk menjaga barangan jualan mereka.

“Jadi, kalau ditinggalkan tiada sebarang masalah. Setakat ini, tidak pernah berlaku kecurian kerana kita kawal tempat tersebut.

Walau bagaimanapun, Saian mengakui, pada peringkat awal arahan diperkenalkan, timbul beberapa rungutan daripada peniaga mendakwa kerugian kesan daripada penutupan tersebut.

Katanya, ada juga peniaga bukan Islam yang menjalankan perniagaan di pasar malam ini meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan kewajaran mereka yang tidak bersolat juga terpaksa menutup perniagaan dalam tempoh tersebut.

Katanya, operasi pasar malam adalah di bawah seliaan JKKK dan sekiranya arahan yang dikeluarkan sukar dipatuhi, peniaga terbabit dicadangkan agar berpindah niaga ke lokasi lain.

"Peringkat awal pelaksanaan, bagi ingkar kali pertama kita bagi amaran pertama, amaran kedua sedikit keras manakala untuk amaran ketiga kita terpaksa keluarkan dia dengan menamatkan lesen.

“Kita hanya letakkan papan tanda notis, lampu dimatikan, sejurus azan saja tutup, kita tiup wisel, penjaga dia akan tutup kiri kanan jalan dan mana- mana gerai tidak tutup kita beri amaran. Niat utama kita ialah menghormati waktu Maghrib yang pendek, sebelum ini waktu
Maghrib kelihatan orang ramai riuh dan berpelesiran dan tidak menghormati waktu solat,” katanya.

Berdasarkan rekod, terdapat 200 tapak gerai jualan dengan keluasan 500 meter di kiri kanan jalan dengan bayaran RM3 untuk satu tapak.


Peniaga sambut baik

Bagi seorang peniaga ubatan herba, Kiran Amir, 58, berkata, praktis ini sangat bagus dalam usaha mentarbiahkan umat Islam dan mencadangkan agar semua pasar malam di Malaysia mengamalkan pendekatan sama.

* Dapatkan laporan lanjut dalam Sinar Harian edisi hari ini.

Source: http://www.sinarharian.com.my/semasa/pasar-malam-tutup-20-minit-hormati-waktu-maghrib-1.87925

Baca Selanjutnya...

Monday, September 24, 2012

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ MENZIARAHI JENAZAH WANITA CINA



Gambar Menusuk Kalbu...


‎23 September 2012 : YAB Tuan Guru meluangkan masa menziarahi kematian ibu kepada Tan Choon Hwa, pengerusi TCH Group di Kota Bharu pagi tadi. Penghormatan diberikan kepada seorang ulamak Islam apabila seorang anak muda Cina beragama Kristian mencium tangan TGNA tatkala menyambut ketibaannya di Christian Presbetyrian Memorial Centre di Kota Bharu. Nampaknya orang bukan Islam tahu untuk menghormati u8lamak berbanding dengan sesetengah umat Islam sendiri yang mencaci dan menghina beliau sepertimana kes yang didedahkan sebelum ini dimana seorang yang beragama Islam tergamak untuk menghina TGNA dengan meletakkan gambar haiwan bersebelahan dengan TGNA. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan - TGNA tetap dihormati oleh sekalian rakyat berbilang bangsa dan agama sekalipun dibenci oleh orang yang "ingkar".

Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/09/gambar-menusuk-kalbu.html
Baca Selanjutnya...

Sunday, September 23, 2012

TERBAIK FOTO DPPM - Demo Bantahan Dewan Pemuda Pas Malaysia terhadap video penghinaan Rasulullah saw.



Berikut adalah gambar gambar yang sempat aku rakam dalam Demo Membantah Video Menghina Rasullullah dan penyampaian memo oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia kepada Kedutaan Amerika Syarikat yang berlangsung selepas solat Jumaat dari Masjid Tabung Haji.

Melihat demo yang berlangsung dengan bersemangat dan berdisiplin ini (setakat aku berada disana tadi)aku agak terkilan bila Pemuda Umno Malaysia yang dipimpin Khairy Jamaluddin memilih untuk mengadakan demo yang berasingan di Masjid Kg Bharu yang mana aku difahamkan kehadhiran nya sekitar 1 ribu orang.Alangkah baiknya kalau Pemuda Umno Malaysia dapat bersatu dengan Dewan Pemuda Pas Malaysia dalam bantahan yang diadakan hari ini demi Islam.Alasan untuk mengelakan kejadian yang tak di ingini berlaku tidak boleh digunapakai dalam hal ini sebab kita bercakap pasal Islam dan bukan nya politik.

Apapun untuk gambar gambar Bantahan Pemuda Umno di Masjid Kg Bharu anda boleh layari blog Amrayy Lensa Assault dari APA Media Team yang bertugas disana.
















































































































SEKIAN TERIMA KASIH

Source: http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/09/demo-bantahan-dewan-pemuda-pas-malaysia.html
Baca Selanjutnya...