Saturday, June 13, 2009

ANDA PEMIMPIN ISLAM - jangan marah-marah(ghadab) Siri 1

Salam sahabat-sahabat seperjuangan,

Sangat banyak kitab-kitab yang membicarakan soal jiwa dan perasaan. Ada ada rasa bahagia dan ada rasa derita, ada benci dan ada sayang, ada rasa tamak dan pemurah. Begitulah dalam diri kita ada MARAH-HASAD DENGKI dan KASIH-SAYANG.

Marah-hasad dengki adalah sifat MAZMUMAH(terkeji) manakala Kasih-sayang adalah sifat MAHMUDAH(terpuji). Sifat Mahmudah mestilah kita amalkan manakala sifat Mazmumah hendaklah kita hindar jauh-jauh dari hati dan jiwa kita.

Sebagai seorang pemimpin Islam kita hendaklah sentiasa meneliti diri sendiri agar tidak dihinggapi penyakit-penyakit hati yang terkeji seperti marah(ghadab). Ghadab akan menyebabkan lahirnya tindakan luar kawalan, timbul hasad dengki dan boleh memutuskan silaturrahim(persaudaraan Islam).

APA ITU GHADAB(MARAH)?
Marah itu sebenarnya ialah dasecebis api yang bersumber dari api Allah yang bernyala-nyala, yang panasnya naik ke pangkal hati, api itu bersemadi pula di dalam lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abu-nya. Daripadanya terpancar sifat congkak-sombong yang terpendam di dalam hati setiap orang yang sombong dan bongkak, seperti terpancarnya api dari batu yang bergesek dengan besi.

KESAN BURUK MARAH
Kemudian timbul dari sifat marah itu perasaan-perasaan yang lain; iaitu dendam, hasad dan dengki, dan menerusi sifat-sifat inilah telah ramai orang yang binasa dan ramai juga orang yang rosak. Pokok segala kebinasaan dan kerosakan itu, bersebab dari segumpal daging (hati), jika daging itu tidak dijaga dengan baik,
(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapai-lah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ALFATH=26

Ayat ini telah mencela kaum Musyrikin atau orang-orang yang tidak beriman dengan Allah Ta’ala, disebabkan mereka telah melahirkan perasaan sombong yang timbul dari sebab marah terhadap yang hak(benar) dan membela yang batil. Begitu pula ia telah memuji juga kaum Mu’minin, atau orang-orang yang beriman dengan Allah s.w.t., disebabkan sikap mereka yang menerima yang hak, lalu diturunkan ke atas mereka perasaan tenang.

PESANAN NABI saw
Diriwayatkan ada seorang telah mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil memohon supaya baginda mewasiatkan sesuatu wasiat yang pendek dan sedikit saja. Maka baginda bersabda kepadanya: Jangan marah! Diulangi permintaannya lagi maka baginda ulang sekali lagi: Jangan marah!

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: Apakah yang kamu dapat fahamkan tentang maksud bergusti(orang gagah)? Kata para sahabat: Penggusti yang tidak dapat ditumbangkan dalam pergelutannya. Sabda baginda; Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi orang yang bergusti itu ialah orang yang dapat menahan dirinya, ketika dalam kemuncak kemarahannya. -bersambung

2 comments:

  1. Salam Ustaz...
    Mutaakhir ini cukup hebat percanggahan fikrah dalam jema'ah. Isu ini menghangatkan lagi ghadab di kalangan pimpinan jema'ah dan juga pengikut jema'ah. Ke manakah menghilangnya kesatuan fikrah dalam jema'ah yang ditekankan oleh parti selama ini?
    Perkembangan ini melihatkan suasana yang begitu negatif di kalangan ahli parti. Pimpinan mesti mengendalikan isu ini dengan penuh berhemah. Jangan sampai ahli-ahli menjadi tidak keruan dengan reaksi pimpinan yang sentiasa kelihatan bertembung fikrahnya dalam sesuatu isu. Maaf sekiranya teguran ini tidak bertepatan dengan apa yang berlaku dalam jema'ah. Wallahu a'lam.

    yang benar,
    Abu Zarr.

    ReplyDelete
  2. Salam, takkan blog Tamantassyabab je ustaz link kan, apa hal dengn blog ana, saje gurau tapi kalau link kan bagus jugak...

    ReplyDelete