Salam sahabat-sahabat,
Kita manusia biasa tidak sunyi daripada salah dan silap. Tak boleh lari daripada perasaan marah apabila hak kita diusik, kesabaran kita dicabar, orang kata kat kita bukan-bukan. Marah tak salah, yang salahnya bila kemelampauan dalam marah, marah yang tak boleh dikawal.
2- Keterlampauan Sifat Marah
•Yang dikatakan keterlampauan dalam marah itu, ialah bila sifat marah itu tidak dapat dikuasai lagi, sehingga ia terkeluar dari batas pertimbangan akal dan agama dan kepatuhannya. Orang yang bersikap seperti itu, tentulah tidak lagi mempunyai bashirah atau matahati yang dipandang dengannya, atau pemikiran untuk menimbang dengan akalnya dan dia tidak ada pilihan lagi, melainkan seperti seorang yang terpaksa saja.
A-Kesan dan Tanda Luaran Marah
•Di antara tanda-tanda marah pada lahirnya ialah berubah warna kulit, menggeletar kaki tangan, kelakuan tidak menurut ketertiban dan ketentuan yang biasa, gerak-geri tidak menentu arah lagi, percakapan bercampur suara marah keluar dari rahangnya, mata merah padam, lubang hidung kembang kuncup, batang tubuh berupah rupa.
•Ini hanya sifat lahiriahnya, dan sifat batinnya tentulah lebih buruk lagi dari sifat lahirnya, kerana sifat lahir menunjukkan kepada sifat batin. Yang lazimnya bila rosak, rosak dululah sifat batin, lalu kerosakan itu berjangkit pada sifat lahir pula.
•Adapun kesan-kesan atau tanda-tanda kemarahan yang terdapat pada lidah, umpamanya kelancangan lidah ketika menyebutkan caci-maki, dan kata-kata yang terkeji dalam percakapan.
• Tentang kesan pada anggota, ialah suka memukul, menyerang, menghancurkan harta benda, melukai bahkan tergamak membunuh, jika berkuasa. Malah ada kalanya dia sampai menganiaya diri sendiri, mengoyak-ngoyakkan pakaiannya, memukul-mukul dirinya, atau terkadang-kadang dia memukul-mukul tanah.
B- Kesan dan Tanda Dalaman Marah
• Adapun kesan-kesan dan tanda-tandanya pada hati pula,
ialah lahirnya sifat-sifat dendam dan dengki,
memendamkan niat jahat terhadap orang lain,
suka bersifat dengan segala sifat-sifat yang dicela dan dikeji.
Dia tidak senang apabila melihat orang bergembira.
Dia tidak segan untuk membocorkan rahsia orang.
Dia suka melanggar penghormatan orang dan mengejek-ejeknya.
Pendek kata semua sifat-sifat yang buruk itu akan dilengkapinya di dalam dirinya.
3- Pertengahan Antara Marah dan Tidak Marah
•Tegasnya, ketiadaan sifat marah dalam diri adalah tercela. Tetapi yang baiknya adalah sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintah agama. Adakalanya marah itu perlu dan adakala penyantun pula yang perlu, tetapi sebaik-baiknya mengendalikan kedua-dua sifat marah dan penyantun itu menurut batas pertengahan(sederhana), kalau marah jangan berlebih-lebihan, dan kalau penyantun pun jangan sampai melampaui batas.
•Tegasnya, ketiadaan sifat marah dalam diri adalah tercela. Tetapi yang baiknya adalah sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintah agama. Adakalanya marah itu perlu dan adakala penyantun pula yang perlu, tetapi sebaik-baiknya mengendalikan kedua-dua sifat marah dan penyantun itu menurut batas pertengahan(sederhana), kalau marah jangan berlebih-lebihan, dan kalau penyantun pun jangan sampai melampaui batas.
Biarlah yang dilaku-kan itu pertengahan, seperti yang dianjurkan oleh Allah s.w.t. ke atas sekalian hamba-2Nya; iaitu cara tengah yang disifatkan oleh Nabi s.a.w. dalam salah sebuah sabdanya:
• “Sebaik-baik perkara ialah yang pertengahan/sederhana.”
• “Sebaik-baik perkara ialah yang pertengahan/sederhana.”
-bersambung
No comments:
Post a Comment