Sunday, June 14, 2009

ANDA PEMIMPIN ISLAM - jangan marah-marah(ghadab) Siri 2

Salam sahabat-sahabat seperjuangan,

Marah tak salah. Yang salahnya ialah bila marah yang tak dikawal.
Biasalah kita marah bila ada orang hina Islam.
Biasalah kita marah bila ada orang kacau anak bini kita.
Biasalah kita marah bila ada ahli yang mecemarkan nama jamaah.
Biasalah kita marah bila ada pimpinan yang mencemarkan nama parti.
Maka di sana ada peringkat-peringkat dan tingkatan marah;

TINGKATAN MANUSIA KETIKA MARAH
Ketahuilah bahawasanya keganasan marah itu berpunca dari hati. Maknanya darah yang berada di dalam hati sedang menggelegak, lalu darah itu pun mengalir ke dalam urat-urat badan, dan terus memuncak tinggi ke anggota badan yang teratas sekali, sebagaimana api dan air memuncak tinggi ketika makanan mendidih di dalam periuk. Oleh kerana itu bila marah mula memuncak kelihatanlah darah manusia itu menyerap ke muka, sehingga wajah dan mata menjadi merah padam, dan kulit pula kerana kejernihannya, dapat menampakkan warna air yang di dalamnya.

Manusia dalam menghadapi keganasan marah terbahagi kepada tiga bahagian:
(1) ketiadaan sifat marah
(2) keterlampauan sifat marah
(3) pertengahan antara marah dan tidak marah

1- Ketiadaan sifat marah
•Orang yang tiada bersifat pemarah, ataupun yang lemah sifat kemarahannya itu tercela. Itulah orang yang dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu pada diri. Allah s.w.t. telah mensifatkan para sahabat Nabi s.a.w. dengan terkadang-kadang bersifat keras dan berperasaan cemburu atas diri seperti firman Allah ta’ala:
“Mereka itu bersikap keras terhadap orang-orang kafir.”

•Yang dikatakan bersikap keras dan tegas itu adalah bersumber dari adanya tanda-tanda kekuatan cemburu dalam diri, iaitu yang menyebabkan sifat marah.

•Manakala hasil sifat marah yang lemah, ialah ketiadaan harga diri sama sekali untuk menentang sesuatu yang menggangu kehormatan peribadi dan kehormatan isteri. Ia bersifat acuh tak acuh saja, ketika peribadinya dihinakankan oleh orang-orang yang rendah budinya. Ia merasakan dirinya terlalu kecil dan rendah untuk mempertahankan peribadinya dari kecaman orang lain. Ini juga termasuk sifat yang tercela, sebab ia menelurkan sikap tidak cemburu ke atas kehormatan diri dan keluarga, padahal melindunginya dari pencabulan adalah wajib.

-bersambung

2 comments:

  1. blog ni macam blog pimpinan umno je,tak de shoutbox.Macam takut je atau sombong....!?

    ReplyDelete
  2. tk.moga lidah kita menjadi lidah mukmin.

    ReplyDelete