Wednesday, June 17, 2009

DI MANA SOLAT SUBUH PAGI TADI? di masjid atau di rumah

Salam teman-teman,

Ada seorang ustaz yang giat berdakwah menyerukan tegaknya syariat Islam. Hairannya dia tidak pernah ditemui saat solat Subuh di masjid. Ketika ditanya ke mana?, dengan ringan dia menjawab: “Pekerjaan menuntut saya bekerja lebih lama, sehingga waktu tidur saya terlambat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.” Semoga kita tidak tergolong dalam kumpulan tersebut.

“Pernah, salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahwa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal. iaitu bila jumlah jamaah solat subuh menyamai jumlah jamaah solat Jumaat”

SOLAT SUBUH SEBAGAI UJIAN
•Solat Subuh itu sangat berat.
•Buktinya, jumlah saf jamaah solat Subuh biasanya jauh lebih sedikit dibandingkan solat lainnya.
•Ini membuktikan bahwa solat Subuh adalah ujian.
•Selain itu, solat Subuh memiliki kriteria layaknya ujian, antara lain: pasti sulit tetapi tidak mustahil untuk dilakukan.

“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

TIPS SOLAT SUBUH
1.Ikhlas.
2.Tekad dan azam yang kuat.
3.Berdoa kepada ALLAH agar dibangunkan saat fajar.
4.Bersahabat dengan orang solih yang mahu membangun-kan kita daripada tidur.
5.Mengatur jadual tidur.
6.Tidak tidur dalam keadaan kekenyangan.
7.Bell pengingat: alarm, bell pintu dari tetangga dan talifon dari sahabat.
8.Berdakwah serta ajak orang lain untuk solat Subuh berjamaah, agar diri terpacu untuk melaku-kan hal yang sama.

Ya ALlah tolonglah kami untuk mengingati ENGKAU, bersyukur kepada ENGKAU dan sebaik-baik peribadatan kepada ENGKAU. tk..

No comments:

Post a Comment