بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kita meneruskan perbicaraan tentang Hijrah ar-Rasul saw dari Makkah ke Madinah untuk menegakkan Islam sebagai
ad-Dien(agama) dan
ad-Daulah(negara).
AGAMA dan
NEGARA tidak boleh dipisahkan. Sebagaimana yang diutarakan oleh Imam al-Ghazali dalam Kitab Ihya' Ulumiddin;
الدُنْياَ مَزْرَعَةُ الآخِرَةِ وَ لاَ يَتِمُّ الدِّيْنُ إلاَّ بِالدُّنْيا وَ الْمُلْكُ وَ الدِّيْنُ تُؤْماَن فَالدِّيْنُ أَصْلٌ وَ السُّلْطاَنُ حَارِسٌ وَ مَا لاَ أَصْلَ لَهُ فَمَهْدُوْمٌ وَ مَا لاَ حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ وَ لاَ يَتِمُّ الْمُلْكُ وَ الضَّبْطُ إلاَّ بِالسُّلْطاَنِ .
Dunia adalah ladang akhirat dan tidaklah sempurna agama tanpa dunia sementara kerajaan dan agama dua perkara yang berkembar . Agama adalah tapak ( asas ) dan kekuasaan ( sultan ) adalah pengawal . Suatu yang tiada tapak ( asas ) baginya maka pasti ia runtuh ( binasa ) dan suatu yang tiada pengawal pasti ia hilang ( sia – sia ) . malah tidak sempurna kerajaan dan 'keadilan' kecuali dengan kekuasaan .
Oleh sebab itu pentingnya kita memahami Islam sebagai cara hidup tanpa dipisah agama dan politik(negara). Dari sinilah kita hendaklah benar-benar mengerti....Kepentingan Berpolitik Untuk Menegakkan Daulah Islam
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ
إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا (59)
{Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.} ( anNisa’ : 58)
Ayat di atas menunjukkan PERTAMA: Allah memerintahkan umat Islam agar menyerahkan amanah mereka kepada orang yang layak.
Dan di antara amanah yang paling besar ialah amanah untuk
‘menegakkan agama dan memerintah dunia ini dengan agama itu-
إقَامَةُ الدِّينِ وَسِيَاسَةُ الدُّنيَا بِه ’. Ini adalah amanah kepimpinan ummah dan negara. Kerana kewujudan kepimpinan ummah dan negara (politik) ialah untuk menegakkan agama dan memerintah dunia (politik) dengan agama itu. Oleh itu menjadi kewajiban apabila memilih pemimpin negara dan politik hendaklah memilih yang layak memikul amanah itu.
Allah telah perjelaskan kepada kita ciri-ciri kepimpinan yang layak. Antaranya ialah :
إِنَّمَا وَلِيُّكُمْ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (55) وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمْ الْغَالِبُونَ (56)
{ Sesungguhnya pemimpin kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan mereka tunduk (kepada Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang} . (al-Maidah 55-56)
(sila baca dengan teliti perenggan di bawah )
Kita tidak dapat melantik kepimpinan politik negara setakat ini melainkan melalui proses politik yang ada sekarang ini. Oleh itu menjadi tanggung jawab kita untuk melibatkan diri dengan perjuangan politik untuk menggangkat pemimpin politik dan negara yang layak. Melantik orang yang tidak layak untuk memikul amanah yang besar itu akan membahayakan ummah dan negara.
Sabda Rasulullah saw : Jika amanah disia-siakan, tunggulah saat kehancuran. Ada sahabat bertanya : bagaimana menyia-yiakannya ?
Baginda saw menjawab : jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya (al-Bukhari)
KEDUA; Begitu juga Allah memerintahkan kita melaksanakan dan menghukum manusia dengan adil.
Bagaimana kita hendak menghukum manusia dengan adil kalau kita tidak menguasai pemerintahan negara. Kita perlu kepada pemerintahan untuk mengubah dasar perundangan negara agar dasar itu berada dalam acuan Islam. Bila dasar perundangan telah Islam, barulah mahkamah dapat memutuskan hukum berdasarkan hukum Islam yang adil. Ini juga memperlihatkan kepada kita betapa perlunya kita menegakkan pemerintahan Islam yang mana cara untuk menegakkannya adalah kembali kepada penglibatan dengan kerja-kerja politik.
Berkata Imam al-Mawardi : Tidak ada perbedaan pendapat di kalangan para ulama’ bahawa hukum menegakkan khilafah (daulah) adalah fardhu kifayah, seperti jihad dan sebagainya…(2)
Berkata Sheikh Taqiyuddin an Nabhani : Tanpa adanya daulah, kewujudan Islam sebagai aqidah dan sistem kehidupan akan menjadi pudar, yang ada hanya Islam sebagai upacara peribadatan serta sifat akhlakiyyah semata-mata. Kerana itu daulah Islam harus tetap ada dan keberadaannya bukan untuk sementara. (3)
Berkata asSyahid Abdul Qadir Audah : Sesungguhnya Islam mewajibkan seluruh manusia mematuhi seluruh hukum yang diturunkan Allah dan mewajibkan mereka supaya berhakimkan kepada hukum itu dan menjalankan hukuman dan pemerintahan dengan hukum yang diturunkan Allah sahaja, bukan dengan hukum lain. Pengertian dan kesimpulan dari semuanya ialah bahawa hukum dan pemerintahan itu adalah salah satu dasar dan sumber asli Islam, yang merupakan tiang tempat tegaknya dan doktrin Islam (4)
Berkata Dr Yusuf al-Qardhawi : …ijma’ umat yang kukuh, yang diyakini sepanjang sejarah, bahawa Islam adalah aqidah dan syariah, agama(ad-Dien) dan Negara(ad-Daulah), ibadah dan qiyadah, salat dan jihad, bahawa Rasullullah saw adalah pemimpin pertama bagi daulah Islam, dan para penganti baginda selepas itu juga mengikuti jalannya yang telah diterokai…(5)
Berkata Dr al-Qardhawi lagi : Sejarah Islam telah mengungkapkan kepada kita bahawa Rasullullah saw telah berusaha sedaya mungkin dengan mengerahkan kekuatan dan pemikiran dengan dukungan wahyu untuk mendirikan daulah Islam bagi dakwah dan penyelamat ummah (6).
Jom kita buat kerja-kerja Islam (amal islami) termasuk kerja-kerja politik Islam secara berjama'ah('amal jama'ie). Kita bergandingan bahu bersama Parti Islam SeMalaysia(PAS) dan gerakan Islam lainnya seperti ABIM, JIM dan lain-lain.
Baca Selanjutnya...