Saturday, December 19, 2009

HIJRAH ar-Rasul saw.....terlalu banyak pengajaran untuk kita contohi. Siri Akhir

Salam sahabat-sahabat,

Kita sambung semula perbincangan tentang Hijrah RasuluLlah saw(hijratul-Rasul) dari Makkah ke Madinah al-Munawwarah. Nabi saw keluar hijrah bertemankan Abu Bakar as-siddiq. Pemimpin musyrikin Makkah yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab tidak pernah berhenti memusuhi Islam dan penganutnya. Di saat akhir Nabi saw hendak berhijrah ke Madinah.....pemimpin musyrikin Quraisy telah memutuskan tiga tindakan terhadap Nabi Muhammad saw. Lihat pengkisahannya oleh al-Quran;Lihat bagaimana Nabi saw merencanakan perjalanan hijrah. Lihat bagaimana peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh golongan remaja seperti Sayyiduna Ali, Aishah dan Asma kedua-duanya anak gadis Abu Bakar.






Setelah tiba di Madinah Nabi saw telah melaksanakan tiga perkara besar. Tiga perkara asas ke arah membina sebuah negara yang berdaulat dan kuat. Pertama : Membina masjid mengambarkan bahawa itulah langkah utama dan pertama dalam menegakkan Negara Tayyibah dengan membina akhlak manusia. Manusia masjid yang tunduk kepada ALlah. Kedua : Mengukuhkan persaudaraan sesama Islam khususnya di antara golongan Ansor dan Muhajirin, begitu juga dengan yang bukan Islam. Ketiga : Menggubal perlembagaan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.


Kita jangan sekali-kali meninggalkan jamaah kerana takutkan musuh atau sebarang kepentingan duniawi. Lihatlah akibat umat Islam yang enggan berhijrah bersama dengan jama'ah RasuluLlah untuk menegakkan Negara Islam yang dilaksanakan di dalamnya hukum dan syariat Islam.



Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment