Wednesday, December 30, 2009

HIJRAH ar-Rasul saw.......AKIBAT TIDAK MAHU BERHIJRAH

Salam teman-teman seperjuangan,

Hijrah bukanlah kerja main-main dan suka-suka.
Hijrah bukanlah perpindahan dari tempat ke setempat kerana cari makan.
Hijrah bukanlah lari daripada kesusahan mencari kesenangan.

Hijrah adalah perintah daripada ALLah. Perintah yang wajib dilaksanakan samada di masa senang atau susah, suka atau benci, dekat atau jauh.
Hijrah untuk menegakkan Islam sebagai satu-satunya ad-Dien=agama=Cara Hidup yang diredhai oleh ALlah.

Hijrah bersama jama'ah yang diketuai RasuluLlah saw ke Madinah untuk menegakkan sebuah Negara Islam yang terlaksana di dalam syariat dan peraturan Islam. Oleh itu umat Islam jangan sesekali meninggal jama'ah Islam dan kepimpinannya.

Di zaman Nabi saw, ada kalangan umat Islam di Makkah yang enggan berhijrah kerana sayangkan harta kekayaan di Madinah, sayang untuk meninggalkan kampung halaman serta tidak mahu susah. Takut kepada pemimpin Quraisy Makkah dan lain-lain.

Pada tahun 2 hijriah berlaku perang Badar, peperangan antara Islam dan jahiliah. Islam di bawah kepimpinan RasuluLlah saw manakala jahiliah di bawah kepimpinan Abu Jahal dan Abu Lahab. Orang-orang Islam yang enggan berhijrah telah dipaksa oleh regim musyrikin Makkah supaya menyertai mereka melawan pihak Islam. Akhirnya ada di antara mereka yang mati di pihak musuh dalam perang tersebut. Bacalah firman ALLah dalam surah an-Nisa' ayat 97,


إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّـاهُمُ الْمَلَـئِكَةُ ظَاـلِمِى أَنفُسِهِمْ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمْ قَالُواْ كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِى الاٌّرْضِ قَالْواْ أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَسِعَةً فَتُهَـاجِرُواْ فِيهَا فَأُوْلَـئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَآءَتْ مَصِيراً
Sesungguhnya orang-orang Yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat Dengan berkata: "Apakah Yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang Yang tertindas di bumi". malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, Yang membolehkan kamu berhijrah Dengan bebas padanya?" maka orang-orang Yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Marilah kita bersama-sama Jama'ah Islam dan Parti Islam untuk menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment