Saudara-saudara sekalian,
Mulakan perubahan dalam diri dengan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan kita akan "gagal" menjalani kehidupan di dunia ini mengikut peraturan dan gaya hidup yang telah ditentukan ALlah.
Jom kita sambung lagi perbicaraan tentang Jalan Menuju Qana'ah semoga dengan memahaminya kita dapat memperolehi kebahagiaan sejati serta tak ada buruk sangka kepada ALlah.
4. Ketahui Hikmah Perbezaan Rezeki
Di antara hikmah ALLAH menentukan perbezaan rezeki dan status-kedudukan seorang hamba dengan yang lainnya adalah supaya terjadi dinamika atau perkembangan kehidupan manusia di muka bumi, saling tukar manfaat, tumbuh aktiviti ekonomi, serta agar antara satu dengan yang lainnya saling memberi kerjasama dan membantu. Dengan itu barulah>Indahnya Warna Warni Kehidupan. Kalau semuanya serupa tak ada lagi keindahan dalam kehidupan.
أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَةَ رَبِّكَ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَّعِيشَتَهُمْ فِى الْحَيَوةِ الدُّنْيَا وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَـتٍ لِّيَتَّخِذَ بَعْضُهُم بَعْضاً سُخْرِيّاً وَرَحْمَةُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
"Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat TUHANmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Rabbmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (az-Zukhruf:32)
Oleh itu janganlah hidup saling dengki dan bermusuhan antara satu sama lain. Yang kaya jangan sombong, yang miskin jangan hasad dengki. Jadilah kamu hamba-hamba ALlah yang bersaudara.
6. Menyedari bahawa Rezeki Tidak Diukur dengan Kepandaian semata-mata
Kita harus menyedari bahawa rezeki seseorang itu tidak tergantung kepada kecerdasan akal semata-mata, banyaknya aktiviti, luasnya ilmu, meskipun dalam sebagiannya itu merupakan sebab rezeki, namun bukan ukuran secara pasti. Kesedaran tentang hal ini akan menjadikan seseorang bersikap qana'ah, terutama ketika melihat orang yang lebih bodoh, rendah pendidikannya dan tidak berpengalaman mendapat rezeki lebih banyak daripada dirinya, sehingga tidak memunculkan sikap dengki dan irihati. -bersambung
No comments:
Post a Comment