Tuesday, December 22, 2009

HIJRAH ar-Rasul saw.....tokoh-tokoh di sebalik tabir hijrah

Salam teman-teman,

Mari kita melihat siapakah insan-insan atau tokoh-tokoh di sebalik tabir yang menjayakan hijrah ar-Rasul saw ke Madinah al-Munawwarah. Mereka terdiri daripada setiap peringkat umur dewasa, remaja dan wanita.

Perlu difahami bahawa Nabi saw dan Abu Bakar adalah antara kalangan umat Islam yang akhir berhijrah ke Madinah al-Munawwarah. Inilah sifat kepimpinan Islam; mengutamakan anak buah atau rakyat untuk menyelamatkan diri.

Perancangan Jahat Musuh
Apabila Quraisy merasa yakin bahawa orang Islam telah memperolehi kekuatan dan perlindungan di Madinah, mereka mengadakan satu persidangan di Dar an-Nadwah. Mereka
bersidang untuk memikirkan langkah menghapuskan Rasul s.a.w. sendiri. Mereka memutuskan untuk memilih seorang pemuda yang gagah daripada setiap kabilah. Kemudian kesemua pemuda tersebut membunuh RasuluLlah saw serentak. Setelah itu pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuh Rasul s.a.w. berhimpun di muka pintu rumah Baginda pada malam Hijrah. Mereka menunggu Baginda keluar untuk membunuhnya.

Nabi saw Mengatur Langkah Untuk Berhijrah
Pada malam tersebut Rasulullah s.a.w. tidak tidur di tempat tidurnya. Baginda telah meminta Ali r.a. untuk tidur di tempatnya itu. Baginda juga memerintahkan beliau agar memulangkan barang-barang amanah yang disimpan oleh orang kafir Quraisy kepada Baginda pada keesokan harinya kepada pemiliknya.

Rasul s.a.w. telah meninggalkan rumahnya tanpa disedari oleh pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuhnya. Baginda pergi ke rumah Abu Bakar. Sebelum itu, Abu Bakar telah menyiapkan dua kenderaan untuknya dan Rasul s.a.w.. Mereka berdua memutuskan untuk keluar dari Makkah.

Abu Bakar mengupah Abdullah bin Uraiqit ad-Daili, seorang musyrik untuk menjadi
penunjuk jalari ke Madinah. Dengan syarat dia mengelakkan jalan yang biasa diketahui dan
menggunakan jalan lain yang tidak diketahui oleh kafir Quraisy.

Rasulullah s.a.w. dan sahabat Baginda, Abu Bakar keluar berhijrah pada hari Khamis, 1 Rabiul Awal, tahun ke-53 kelahiran Baginda s.a.w.. Hanya Ali r.a. dan keluarga Abu Bakar r.a. yang mengetahui tentang hijrah Baginda tersebut.

Anak-anak perempuan Abu Bakar, Aishah dan Asma' berperanan menyediakan bekalan untuk mereka berdua. Asma' telah memotong sebahagian daripada tali ikat pinggangnya, lalu mengikat mulut karung makanan tersebut. Daripada peristiwa itu, dia digelar: "Zat an-Nitoqain" (Perempuan yang mempunyai dua tali ikat pinggang).

Dengan bantuan Abdullah bin Uraiqit, Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar menghala ke Yaman sehingga sampai ke Gua Thur. Mereka bersembunyi di dalamnya selama tiga malam. Turut bermalam bersama mereka, Abdullah bin Abu Bakar yang masih remaja. Beliau seorang pemuda yang berpengetahuan, mahir, peka dan cepat memahami.

Abdullah bin Abu Bakar akan keluar meninggalkan mereka pada waktu sahur lalu berpagi-pagian bersama Quraisy Makkah seolah-olah beliau tidur di Makkah. Apa-apa rancangan jahat terhadap
Rasulullah dan Abu Bakar yang beliau dengar daripada Quraisy, akan diingat sehinggalah beliau menyampaikannya kepada mereka berdua pada waktu petangnya.

Moh teman-teman kita contohi anak=anak muda seperti Aishah, Asma' dan Abdullah bin Abu Bakar membantu gigih perjuangan RasuluLlah saw. Golongan dewasa diwakili oleh Abu Bakar.
Sekian, terima kasih.

Sumber : SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.PENGAJARAN & PEDOMAN
oleh: Dr. Mustafa as-Sibaie

No comments:

Post a Comment