Thursday, December 17, 2009

TAHUN BARU HIJRAH ...... kita bercakap soal masa dan usia. Adakah kita dalam kerugian?

Salam sahabat-sahabat,

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431.

Ini bermakna kita telah meninggalkan 12 bulan yang lalu. Tanpa kita sedari penggantian malam dan siang; menjadikan adanya Bulan, minggu, hari, jam, minit dan saat adalah masa. Masa itu adalah kehidupan.

Adanya pergantian malam dan siang, bulan serta tahun terdapat hikmah dan pelajaran yang agung bagi setiap orang yang mahu berfikir. Jangan dibiarkan berlalu tahun demi tahun, bulan demi bulan, hari demi hari TANPA kita melihat bertapa Agungnya ALLah. ALLah yang menjadi TUHAN dan TUAN bagi alam ini.

Allah Subhaanahu wa Ta'ala berfirman, artinya:


يُقَلِّبُ اللَّهُ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ إِنَّ فِى ذلِكَ لَعِبْرَةً لأُوْلِى الاٌّبْصَـرِ
﴾"Allah mempergantikan malam dan siang. Sesungguhnya pada yang demikianitu terdapat pelajaran yang besar bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan." (QS. an-Nur: 44)

1hari = 24jam ..........Satu TAHUN ? = 12 Bulan = 52 Minggu = 365 Hari = 8760 Jam = 525600 Minit = 31536000 Saat

Adakah kita telah memanfaatkan dengan baik masa yang lalu?

Adakah kita telah mengunakan masa itu untuk beramal ibadat?

Adakah kita telah mengambil faedah dengan hari-hari berlalu untuk berjihad menegakkan Islam dan syariatnya?

Semua orang dalam kerugian kecuali mereka yang dinyatakan oleh ALlah dalam firmanNYA:

وَالْعَصْرِ * إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ * إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ *)
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula saling berpesan-pesan dengan kebenaran serta saling berpesan-pesan dengan sabar.

Oleh karena itu sudah merupakan keharusan bagi setiap muslim agar dia senantiasa meneropong diri dan muhasabah setiap saat dan setiap waktu sehingga dia tetap istiqamah dan terpelihara dalam beragama atas dasar pemahaman yangbenar dan lurus dan tidak salah sangka terhadap dirinya dengan mengganggap telah berbuat sebaik-baiknya padahal tidak demikian. Dalam ertikata lain.....kita merasakan amal-amal kita betul dan diterima oleh ALlah sedangkan DITOLAK dan TIDAK DITERIMA oleh ALLah.

Tanyalah diri kita.......Adakah solat kita diterima(bukan sekadar sah) ALlah?
.......Adakah puasa, zakat dan haji diterima ALlah?
........Adakah muamalah/ekonomi diterima ALlah?
........Adakah politik/pemerintahan diterima ALlah?


Allah Subhaanahu wa Ta'ala berfirman, artinya:
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالاٌّخْسَرِينَ أَعْمَـلاً الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِى الْحَيَوةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat perkara yang baik". (AL-KAHF=103-104)"
Marilah kita berdoa dan memohon keampunan daripada ALlah,

الحمد لله والصلاة والسلام على محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. اللَهُمَّ ما عَمِلنَا فى هذه السَّنةِ مِمَّا نَهَيتَنَا عَنهُ فلَم نَتُبْ مِنهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنسَهُ وَحَلُمْتَ عَلينا بَعْدَ قُدْرَتِكَ على عُقُوبَتِنَا إلى التَوبَةِ مِنه بعد جُرْأَتِنَا على مَعْصِيَتِكَ
فَإنَّنَا نَستَغفِرُكَ فَاغْفِرلَنَا، وما عَمِلْنَا فيها مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَناَ عليه الثَّوَابَ فَنَسْأَلُكَ اللهُمَّ يا كَرِيْمُ يا ذا الْجلال وَالإكرام أَن تَتَقَبَّلَه مِنَّا ولاتَقْطَعُ
رَجَاءَنَا مِنكَ ياَ كَرِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى رَسُولِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ واَلْحَمْدُ لله رَبِّ العَالَمِينَ

Ya ALLAH, apa-apa perkara yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa-apa perkara yang telah ENGKAU larang maka kami belum bertaubat darinya; dan ENGKAU tidak meredhainya dan melupakannya dan ENGKAU berlembut tidak mengazab kami walaupun ENGKAU berkuasa untuk menyiksa kami, malah ENGKAU memberi peluang kami bertaubat setelah melakukan maksiat itu, MAKA kami memohon keampunan, oleh itu ampunilah kami. Dan apa-apa perkara yang kami lakukan pada tahun ini yang ENGKAU redhai dan ENGKAU telah menjanjikan ganjaran pahala, MAKA kami memohon kepada ENGKAU wahai Tuhan Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan SEMOGA ENGKAU menerima amalan-amalan kami dan janganlah ENGKAU menghampakan harapan kami kepada MU.

Sekian. terima kasih.

No comments:

Post a Comment