Monday, December 14, 2009

BALAK....bandingkan KERAJAAN BIRU DENGAN KERAJAAN HIJAU

Salam teman-teman,

Hasil mahsul negara sangat banyak. Malaysia ada minyak, ada sawit, ada getah, ada emas dan macam-macam. Balakpun banyak lagi. Tetapi hasil bumi yang banyak ini hanya sedikit sahaja yang dinikmati oleh rakyat kerana adanya golongan MUTOFFIFIEN(mereka yang curang) dalam pengurusan harta dan amanah rakyat Kita ambik BALAK sebagai contoh;

DI KELANTAN
Dalam Pemerintahan Si Biru:
1985 : 13,503 hektar (PEROLEHAN : RM 23.87 juta)
1986 : 43,496 hektar (PEROLEHAN : RM 30.13 juta)
1987 : 33,870 hektar (PEROLEHAN : RM 33.13 juta)
1988 : 27,180 hektar (PEROLEHAN : RM 37.60 juta)
1989 : 40,151 hektar (PEROLEHAN : RM 42.87 juta)
Jumlah keseluruhan kawasan balak yang dihasilkan ialah 158,200 hektar(PEROLEHAN : RM 167.6 juta)
Purata harga 1 hektar ialah RM 1060.00

Dalam Pemerintahan Si Hijau:
1994 : 6807 hektar (PEROLEHAN RM 93.67 juta)
1995 : 6731 hektar (PEROLEHAN RM 99.52 juta)
1996 : 5126 hektar (PEROLEHAN RM 69.17 juta)
1997 : 5679 hektar (PEROLEHAN RM 56.45 juta)
1998 : 6108 hektar (PEROLEHAN RM 42.96 juta)


Jumlah keseluruhan kawasan balak yang dihasilkan ialah 30,451 hektar (PEROLEHAN : RM 361.77 juta)
Purata harga 1 hektar ialah
RM11,880.00


Jumlah keseluruhan kawasan balak yang dihasilkan ialah 158,200 hektar (PEROLEHAN : RM 167.6 juta)
Purata harga 1 hektar ialah RM 1060.00

KELUASAN YANG DIBENARKAN oleh Majlis Perhutanan Negara ialah 6890 Hektar setahun. Ini bermakna untuk 5 tahun, had yang dibenarkan ialah 34,450 hektar.

KESIMPULAN
1. Di zaman BN, kawasan balak yang dikeluarkan terlalu luas melebihi had yang dibenarkan oleh Majlis Perhutanan Negera tetapi perolehan untuk Kerajaan Negeri pula adalah sedikit.
Had yang dibenarkan ialah 34,450 hektar untuk 5 tahun tetapi Kerajaan BN luluskan pembalakan seluas 158,200 (terlebih 123,750 hektar) tetapi perolehannya pula hanya RM 167.6 juta.

2. Di zaman PAS pula, kawasan balak yang dikeluarkan tidak banyak bahkan kurang daripada had yang dibenarkan oleh Majlis Perhutanan Negera tetapi perolehan untuk Kerajaan Negeri pula teramat banyak.

Had yang dibenarkan ialah 34,450 hektar untuk 5 tahun tetapi Kerajaan PAS hanya luluskan pembalakan seluas 30,451 hektar (terkurang 3,999 hektar) tetapi perolehannya pula hanya RM 361.77 juta.

3. Dengan keluasan 158,200 hektar yang diluluskan oleh Kerajaan BN selama 5 tahun, jika ianya diurus oleh Kerajaan PAS maka Kerajaan Negeri akan memperolehi hasil sebanyak lebih RM 1.5 bilion tetapi BN hanya dapat RM 167.6 juta sahaja.

DI KEDAH
Selama ini hasil hutan hanya dapat 7-8 juta setahun. Sekarang dapat 28-30 juta.Sehigga kini Kedah dah dapat 35 juta. Ertinya meningkat lebih 4 kali ganda.

DI PAHANG
Pembalakan menyumbang pendapatan terbesar negeri Pahang. Pada tahun 2000, sektor perhutanan menyumbang sebanyak RM99.81 juta daripada jumlah pendapatan negeri sebanyak RM334.78 juta bagi tahun lalu iaitu 1/3 daripada hasil negeri.

Sementara itu, menurut seorang jurucakap Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, hasil keseluruhan pembalakan untuk semua jenis hutan pada 1999 berjumlah RM103.14 juta daripada keluasan 37,416.56 hektar yang dilesenkan, manakala bagi 1998 pula, negeri itu mencatatkan pendapatan berjumlah RM93.70 juta daripada keluasan 21,554.28 hektar yang ditebang. Keluasan maksima yang dibenarkan ialah 12,240 hektar setahun.

1998 : 21,554.28 hektar (PEROLEHAN RM 93.70 juta)
1999 : 37,416.56 hektar (PEROLEHAN RM 102.14 juta)
Jumlah keseluruhan dalam masa 2 Tahun 58,970.84 hektar dengan perolehan sebanyak RM 195.84 juta
Purata 1 hektar ialah RM 3320

Keluasan maksima yang dibenarkan ialah 12,240 hektar setahun iaitu 24,480 untuk tempoh 2 tahun.

KESIMPULAN
1. Kerajaan BN Pahang telah meluluskan kawasan balak melebihi had yang dibenarkan iaitu terlebih sebanyak 34484 hektar.

2. Sekiranya perolehan kawasan balak seluas 58,970.84 hektar dibuat berdasarkan perolehan balak Kelantan sewaktu PAS memerintah (RM11,880 1 hektar) maka Pahang akan mendapat lebih kurang RM 700 juta.

RM 700 juta – RM195 = RM 505 juta didapati hilang.

SUMBER : Seminar Masa Depan Ekonomi Pahang yang diadakan di Kuantan pada 6 Disember 2009.


2 comments:

  1. Lawati Blog MTD Panching di http://mtdpanching.blogspot.com
    ada aktivi terbaru MTD

    ReplyDelete
  2. salam ustaz

    dah tengok posting ni masa ustaz berceramah di masjid cenderawasih sabtu lepas.

    cuma nak komen pasal solat jumaat 5 orang kat saf pertama. saya rasa lebih ramai orang dapat berada di saf-saf hadapan jika:

    1.datang awal ke masjid. datang lambat toksah nak kecoh nak dok depan
    2.jemaah kita tahu macam mana nak rapatkan saf dengan betul. tak silap saya, kaedah yang betul adalah bahu bertemu bahu, jari kaki dengan jari kaki. betul ke ustaz? kalau salah maaf yek, tolong betulkan.

    saya harap ustaz dapat tegur la perkara ni. kat masjid cenderawasih atau mungkin kat masjid lain sama, jemaah tak rapatkan saf dengan betul. saya nak tegur segan, ilmu kurang, pastu umur pun muda sket berbanding jemaah lain. silap tegur susah lak. harap ustaz leh tolong perbetul mana yang kami silap

    ReplyDelete