Salam sahabat-sahabat,
MAFHUM QANA’AH
Qana'ah bererti rela(redha) dan menerima pemberian dan kurniaan ALLAH seadanya. Ia adalah sesuatu yang sangat berat untuk dilakukan, kecuali bagi siapa yang diberikan taufik dan petunjuk serta dijaga oleh ALLAH dari keburukan jiwa, kebakhilan dan ketamakannya. Karena manusia diciptakan dalam keadaan memiliki rasa cinta terhadap pemilikan harta.
Meskipun demikian kita dituntut untuk memerangi hawa nafsu supaya dapat mengekang sifat tamak dan membimbingnya menuju sikap zuhud dan qana'ah.
Berikut ini beberapa cara menuju qana'ah yang jika kita laksanakan maka dengan izin Allah seseorang akan dapat menghayati-amalkannya. Di antaranya ialah:
1. Memperkuat Keimanan kepada ALLAH
Begitu juga membiasakan hati untuk menerima seadanya dan merasa cukup terhadap pemberian Allah, karena hakikat kaya itu ada di dalam hati.
Barangsiapa yang kaya hati maka dia mendapat nikmat kebahagiaan meskipun dia tidak dapat makan di hari itu. Sebaliknya siapa yang hatinya miskin maka meskipun dia memilki dunia seisinya kecuali hanya satu ringgit saja, maka dia memandang bahawa kekayaannya masih kurang seringgit, dan dia masih terus merasa miskin sebelum mendapat seringgit itu.
Kita hendaklah menyakini bahawa ALlah Tuhan yang menguasai dan memiliki alam ini. Segala yang berlaku di dunia ini dalam ilmu dan kehendak serta keizinan ALlah. Dan dunia ini ALlah jadikan sebagai tempat ujian. Maka kembalilah kepadaNYA.
2. Yaqin bahawa Rezeki Telah Tertulis.
Seorang muslim yakin bahawa rezekinya sudah tertulis sejak dirinya berada di dalam kandungan ibunya.
Seorang muslim yakin bahawa rezekinya sudah tertulis sejak dirinya berada di dalam kandungan ibunya.
Sebagaimana hadith dari Ibnu Mas'ud ra, disebutkan sabda Rasulullah saw di antaranya, "Kemudian Allah mengutus kepadanya (janin) seorang malaikat lalu diperintahkan menulis empat kalimat (ketetapan), maka ditulislah rezekinya, ajalnya, amalnya, celaka dan bahagianya." (al-Bukhari, Muslim dan Ahmad).
Seorang hamba hanya diperintahkan untuk berusaha dan bekerja dengan keyakinan bahwa ALlah yang memberinya rezeki dan bahawa rezekinya telah tertulis.
- bersambung
Alhamdulillah,
ReplyDeleteMoga kita berusaha ke arah bersifat qana'ah. YANG PENTING jangan lupa memohon kepada Allah SWT agar kita menjadi orang dipilih olehNYA untuk bersifat QANA'AH.
Ameenn....
ameen..
ReplyDeletesyukran ustaz atas perkongsian
teruskan berkongsi.