السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Syawwal dah hampir berlalu meninggalkan kita. Di bulan syawwal banyak rumah-rumah terbuka di sana sini. Disediakan pelbagai juadah makanan, aneka kueh mueh, lauk pauk dan minuman.
Apa lagi? hentam saja! Membujur lalu, melintang rangah(kedarah).
Halal haram belakang kira.....
Pantang di bulan puasa dulu sudah dilupai.
PIRAMID MAKANAN..........SUPAYA ADANYA PEMAKANAN SEIMBANG)Orang yang berpuasa adalah orang yang bertaqwa. Orang yang bertaqwa ialah “Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat”.
Bila makan maka perhatikanlah.............................apa, siapa dan di mana anda makan.
Lihatlah APA yang kita nak makan? halal ataupun tidak, berkhasiat atau memudaratkan.
Ketahuilah SIAPA yang jamu kita makan? Orang yang baik atau pencuri balak, perasuah, penipu dan sebagainya.
Sedarlah DI MANA tempat kita makan? kedai mana atau restoran mana, Tepi jalan atau tengah jalan, tempat bersih atau kotor.
Doa Makan " Ya ALlah berkatilah apa yang kami makan, dan peliharalah kami daripada azab Neraka". Makan minum itu ada kaitan dengan dosa pahala dan syurga neraka.
Moga menjadi pedoman kita bersama.
No comments:
Post a Comment