Friday, October 17, 2008

HARTA REBUTAN DAN HAJI MUKARAM

Assalamu'alaikum warahmatuLlah.


Hari ini 17hb Oktober saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Sg Mulia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Saya tiba di masjid sekitar jam 12.15 minit tengahari. Saya menumpang kereta Hj Yen dari Surau al-Amin Setapak Indah. Di masjid itulah saya bersalaman dengan beberapa orang ahli jamaah termasuklah Tuan Haji Mukaram. Beliau yang saya kenali sejak 5 tahun dulu adalah seorang yang pemurah dan dermawan. Saya yakin, orang Melayu Gombak mengenali beliau. Moga ALlah memberkati beliau dan keluarganya.


Pukul 12.30 seorang Ustaz menyampaikan tazkirah sebelum Jumaat, kalau tak silap namanya Ustaz Malek. Tajuknya mengenai Perang Ahzab dan pengajarannya, bagus ustaz nie, nampak bersemangat orangnya. Katanya, Nabi saw dan para sahabat terpaksa berlapar kerana mempertahankan bumi Islam di negara Madinah. Sangat kecil ujian yang kita lalui berbanding Nabi saw dan para sahabat.


Jam 1.00 tengahari, tok bilal melaungkan azan.


Khatib membaca khutbah Jumaat bertajuk "HARTA REBUTAN" sambil dibantu dengan tayangan di layar.(canggih khutbah moden pakai multimedia).


Antara isi kandungannya ialah:
........... saya sambung semula, bahaya petir sedang berdentum.......


Okey saya sambung semula cerita khutbah Jumaat tadi.


Khatib menyebut; Islam menitikberatkan harta pusaka(Harta Rebutan), Harta pusaka hendaklah diuruskan ketika hidup dan selepas mati , diuruskan secara sistematik dan teratur, diberikan kepada orang yang berhak dan mengikut syariah Islam / ilmu faraid .


Si Khatib meneruskan ucapannya walaupun ahli jemaah sudah ada yang tidur, Katanya lagi, HUKUM FARAID:
1. Dijelaskan secara terperinci di dalam al-Quran.
2. Tidak boleh diubah sama sekali .
3.Nabi S.A.W. menekankan umat Islam agar mempelajarinya .

Setelah selesai solat Jumaat, saya dan beberapa orang ahli jemaah dijamu makan tengahari oleh Tuan Haji Mukaram di sebuah restoran tidak jauh dari masjid. Apa lagi, ayam kampung goreng berempah yang menjadi 'rebutan' kami termasuk Tuan Haji Zul(sepupu saya), imam ii masjid Sg Mulia.

Dalam kereta, dalam perjalanan menuju ke rumah Tuan Haji Mukaram; kami berdua menyambung cerita pasal khutbah tadi. Saya berkata, "Alangkah baiknya dilanjutkan sedikit tentang "2. Tidak boleh diubah sama sekali ". Yang tidak boleh diubah, ditokok tambah bukannya hanya Hukum Faraid bahkan termasuklah Hukum Hudud dan Qisas. Haji Mukaram menyampuk, "Susah! Orang takut nak bercakap".

Sebelum kereta Honda Accordnya melencong masuk perkarangan kediamannya, Tuan Haji Mukaram masih sempat menyebut tentang HARTA. "Harta yang berjuta-juta, RM200 juta? Ada orang yang sanggup makan harta "haram" dan seumpamanya. Mana lagi tempatnya kalau tidak ke neraka ? ", ujar beliau lagi.
Saya mencelah, "Yang ramai masuk neraka bukan kerana tak solat, tak puasa dan tak zakat TETAPI kerana "harta" iaitu makan harta secara haram".

Itulah secebis kisah santai saya bersama Tuan Haji Mukaram, Semoga menjadi iktibar buat kita semua.

1 comments: