Mendirikan solat adalah rukun Islam yang kedua.
Sembahyang pada bahasa ialah doa. Manakala pada istilah ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan berakhir dengan salam sebagai ibadat dengan syarat-syarat yang tertentu أقوال وأفعال مفتتحة بالتكبير ومختتمة
بالتسليم يتعبد بها بشرائط مخصوصة
Suatu gambaran hubungan dengan ALlah swt. حَبْلٌ مِنَ الله
Solat adalah mengambarkan seluruh kehidupan/aktiviti seorang muslim-mukmin hanya tertentu buat Allah. Seluruhnya menjadi ibadah kepada Allah.
Sembahyang mempunyai tiga rukun iaitu Qalbi (hati), Qauli(percakapan) dan Fi’li (perbuatan). Dalam kehidupan seharian kita melakukan tiga keadaan di atas samada diam berfikir, bercakap dan bergeraka. Dalam solat mengandungi segala-galanya samada zikir, tasbih, doa, tahmid, gerak, diam, bercakap dan lain-lain. Semuanya itu dibuat dalam lingkungan syarak(peraturan agama).
Mendirikan solat dengan sempurna akan dapat membentuk peribadi dan akhlak yang mulia. Solat akan menjadi seseorang itu dapat menjauhi maksiat dan kemungkaran.
Firman ALlah yang bermaksud, "dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; [ alAnkabut :45 ]
Benarlah kata Nabi s.a.w,” Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.
Kesimpulannya : Solat/sembahyang adalah gambaran hubungan manusia dengan ALLAH.(حبل من الله )
Ketiga : Menunaikan Zakat إيتاء الزكاة
Menunai atau mengeluarkan zakat adalah rukun Islam yang ketiga .
Zakat pada bahasa ialah subur atau suci. Pada istilah ialah mengeluarkan harta yang tertentu, diberikan kepada orang yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.
Harta adalah milik mutlak Allah, manusia hanyalah sebagai orang yang diamanahkan. Manusia hendaklah menggunakan harta mengikut ketentuan Allah dan syariat Nabi Muhammad s.a.w.
Zakat adalah didasarkan kepada harta. Manakala harta adalah asas bagi segala urusan hidup manusia di dunia ini. Sebahagian besar usaha dan masa dihabiskan kerana mencari dan memiliki harta benda dan kekayaan.
Maka Islam menjadikan zakat sebagai alat mendidik diri umat Islam agar sanggup berkorban harta dan tidak bersifat bakhil dan kedekut.
Berkata Ibn Kathir dalam kitab tafsirnya , terdapat banyak ayat yang menyebut solah dan infaq (belanja hartabenda) secara berangkai atau seiring. Maka sesungguhnya sembahyang itu adalah hak Allah manakala infaq/zakat adalah berbuat ihsan kepada makhlukNya.
Islam menyuruh kita mencari dan memiliki harta kekayaan agar dapat berzakat, mempunyai kekuasaan agar dapat melaksanakan syariat Allah, mempunyai isteri agar dapat anak yang soleh………Tetapi semuanya itu hendaklah dikawal dan dijadikan alat dan bukannya matlamat.
Lihat firman Allah,
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
[Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan seba-hagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka] .
Kesimpulannya : Infaq/zakat adalah gambaran hubungan manusia sesama manusia(حبل من الناس )
Macamana nak mengawal dan menjaga hubungan baik dengan ALlah dan hubungan baik dengan manusia?
Apa caranya supaya manusia tidak lawan ALlah dan tidak menzalimi manusia lain?
Tidak syak lagi bahawa puasalah yang menjadi jalan mendidik dan membendung hawanafsu agar tunduk kepada titah perintah Allah.
-bersambung siri ketiga mengenai PUASA.
No comments:
Post a Comment