Thursday, October 16, 2008

NEGARA TAYYIBAH DAN TUHAN YANG PENGAMPUN

Negeri yang baik (aman dan makmur),

dan TUHAN yang Maha Pengampun.

Itulah bunyi ayat al-Quran daripada Surah Saba' ayat 15. Negara yang kita kehendakki ialah Negara Yang Baik(tayyibah) dan dalam masa yang sama TUHAN Yang Pengampun.

Lihat! Al-Quran tidak memisahkan antara Negara dan TUHAN, antara politik dan agama.

Kita jangan memisahkan antara kehidupan dunia dan akhirat, antara agama dan negara, antara Kerajaan dan Ketuhanan.

Kita mahu negara yang aman damai, rakyat yang berbilang kaum dan agama dapat hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu, DALAM MASA YANG SAMA kita mahu TUHAN yang merestui dan meredhai kehidupan yang sedang kita jalankan.

Bumi ini adalah milik mutlak ALlah, maka kita sebagai hambaNYA hendaklah mengatur kehidupan di dunia mengikut ketentuan dan undang-undang yang telah ditentukan oleh ALlah tuan kepada alam ini.

Bagaimana kita boleh mendapatkan keampunan ALlah kalau dunia ini tidak diurus dan ditadbir mengikut undang-undang dan hukum hakamNYA. Sia-sia sahaja ALlah menurunkan al-Quran jika undang-undangnya tidak diguna pakai, Maha Suci ALlah daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

Di mana TUHAN dalam kehidupan seharian kita?

Adakah TUHAN hanya diagung-kan dalam solat, wirid dan haji sahaja?

Adakah kita akan berkata: “TUHAN hanya ada dalam ibadat, adapun dalam kehidupan dan politik, kita adalah bebas memilih”.

Itu adalah ucapan Yahudi dan Kristian, ucapan yang salah.

Marilah kita kembali kepada Islam yang sebenar.


No comments:

Post a Comment