Thursday, October 2, 2008

PUASA ENAM SYAWWAL mesti berturut-turut???

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Anjuran Supaya Puasa 6 Hari Syawwal
Sabda Nabi saw;
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر"
Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

1)Soalan : Adakah kita dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan(Hari Raya ke 2)?
2)Soalan: Adakah puasa 6 syawwal mesti dilakukan berturut-turut 6 hari?
3)Soalan: Adakah boleh niatkan sekali puasa Qada’ Ramadhan dan puasa 6?

Para ulamak berbeza pendapat.
Professor Dr Yusuf al-Qardawy[saya yusof embong :)] berpendapat bahawa puasa 6 itu boleh ditunaikan pada bila-bila masa dalam bulan Syawwal. Begitujuga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa. (Sumber:Islamonline.net)

Mengikut Ustaz Ahmad Adnan Fadzil dalam blognya
http://fiqh-am.blogspot.com/search?q=puasa+sunat >
Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal. Bagaimana pula meniatkan puasa Qada’ sekali dengan puasa 6?

Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus dia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya? Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat.
Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.

Saya sendiri lebih cenderung memilih menyelesaikan dulu puasa Qada’(hutang) kemudian barulah menunaikan puasa 6 (sedekah). Hutang wajib bayar sedangkan sedekah adalah sunat. Begitu juga eloklah diasingkan antara puasa Qada’ dan puasa sunat.

Moga Allah merahmati kita semua.


No comments:

Post a Comment