Wednesday, April 1, 2009

GILA KUASA....AGAMA DAN DIRI SENDIRI MENJADI ROSAK - Siri 3

Teman-teman seperjuangan,

Untuk mendapatkan kuasa, kedudukan dan pangkat(Hubb al-Jah@Hubb ar-Riyasah) manusia sanggup berbuat apa sahaja. Bukan setakat pijak kepala kawan bahkan sanggup jual anak isteri. Setakat jual agama dan bangsa adalah menjadi mainan mereka yang gila kuasa dan kedudukan. Yang diucap, lain di mulut lain di hati, mereka hanya pura-pura dan bermuka-muka dengan Islam dan umat Islam semata-mata untuk meraih kepercayaan dan akhirtnya cita-cita 'gila kuasa' tercapai.

Al Imam Ibnu Rajab menyebut cara kedua bagaimana seseorang meraih kedudukan dunia.
Kedua; Mencari kemuliaan dunia dan kedudukan dengan hal-hal yang berkait dengan agama seperti ilmu, amal ibadah dan kezuhudan. Ini lebih buruk dari yang pertama serta lebih besar bahaya dan kerosakannya. Kerana ilmu, amal dan seumpamanya adalah untuk mencari darjat yang tinggi dan kenikmatan abadi di sisi Allah, juga untuk bertaqarrub dan mendekatkan diri kepada ALlah.

Apa yang sangat dikejar dan dicari oleh kebanyakan manusia dalam kehidupan dunia yang sementara ini?

Pesanan Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah

"Sesungguhnya manusia jika merenung serta mengenali dirinya dan orang lain, MAKA seseorang akan mendapati bahawa dirinya sentiasa ingin ditaati dan ingin berada di atas. Dan jiwa itu dipenuhi dengan rasa cinta terhadap kedudukan yang tinggi dan kekuasaan setinggi-tingginya. Maka anda dapati dia akan memberikan imbuhan kepada orang yang cocok dengan hawa nafsunya, sebaliknya memusuhi orang yang menyalahi hawa nafsunya. Maka akhirnya dia menjadi hamba hawa dan keinginannya."

"Dan kalau dia ditaati, maka dia ingin segala yang menjadi keinginannya terus ditaati, meskipun berupa dosa dan kemaksiatan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sehingga orang yang taat kepadanya lebih dia cintai dan lebih mulia baginya daripada orang yang taat kepada Allah dan menyalahi keinginannya. Ini merupakan bahagian dari keadaan Fir'aun dan seluruh orang yang mendustakan rasul-rasul.


Salahkah atau berdosakah kita berusaha untuk mendapatkan kekuasaan? - bersambung


No comments:

Post a Comment