Nama Allah : Hukum Asal,
Dakwah dan Siyasah
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Perdebatan
dan perbahasan terbuka di media-media massa berkenaan isu penggunaan
nama Allah oleh Kristian kelihatan sudah agak reda ditenggelami oleh
isu-isu politik yang sentiasa kelihatan hangat. Maka
di kesempatan ini, saya terpanggil untuk cuba membuat sedikit ulasan
dan huraian kesimpulan bagi menjelaskan letak duduk isu ini, khususnya
di sebalik kepelbagaian pandangan khususnya di kalangan ilmuan Islam.
Lebih khusus lagi, setelah saya memberi pengisian berkaitan tajuk ini
secara online semalam. Boleh download ceramah tersebut di link ini . (sebahagian penerangan tidak dapat dinyatakan dalam tulisan ini bagi mengelakkan terlalu panjang)
Bagi
mereka yang berminat untuk terus membaca, saya nasihatkan agar tuan dan
puan dapat membaca dengan bertenang, jangan tergesa-gesa dan jangan
melompat serta cepat memebuat konklusi sebelum tamat membaca. Jika
tidak, salah faham akan berlaku. Jika tuan dan puan merasakan malas
untuk membaca dengan teliti dan sehigga habis, saya menasihatkan agar
tidak membacanya atau menangguh bacaan di waktu yang lapang dan tenang.
Atau mungkin lebih ringan untuk mendengarkan kuliah terlebih dahulu.
AKIBAT BERBEZA PERSPEKTIF, HASIL BERBEZA
Setelah
menyemak dan membaca artikel demi artikel dan huraian oleh pelbagai
pihak dalam isu ini, jelas bagi saya bahawa perbezaan ini datang
disebabkan target dan objektif setiap tulisan kelihatan cenderung kepada
salah satu antara tiga perspektif berikut iaitu :-
Justeru,
saya berharap artikel ini mampu membantu pembaca menyusun idea dan
kefahaman agar mampu menetapkan pendirian dengan lebih jitu dan tepat.
Mampu memahami kepelbagaian dengan lebih saksama.
1. NAMA ALLAH DARI PERSPEKTIF TEKS AL-QURAN DAN HUKUM ASAL
Melihat dari perspektif ini, perbincangannya berkisar tentang soalan
"Adakah dibenarkan dari aspek hukum ‘Aqidah, untuk Kristian menggunakan nama Allah dalam urusan mereka?"
Dalam hal kefahaman hukum dari teks dan nas ini, ia tergolong dalam kategori hukum zhonni.
Hasilnya, ilmuan berbeza pendapat dalam menentukan hukum yang paling
tepat. Namun begitu, menurut penelitian saya, dari PERSPEKTIF HUKUM
AQIDAH yang berdasarkan kepada teks, hukum yang lebih kukuh adalah HARUS
ATAU DIBENARKAN bagi Kristian atau lain-lain penganut agama lain untuk
menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada Tuhan.
Ulama yang mengharuskan bersandar kepada dalil dan teks berikut, antaranya ( Lihat kepada teks yang diwarnakan) :-
أَلَا
لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ
أَوْلِيَاء مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى
إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ
Ertinya : Ingatlah,
hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan
orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya".
Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang
mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki
orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.
Ini
jelas menunjukkan mereka menyembah berhala kerana ingin dekat kepada
Allah. Justeru mereka sedar Allah itu Tuhan. Dan nama Allah itu telah
digunapakai oleh mereka sejak dari dulu. Ayat ini menunjukkan situasi di
waktu itu dan juga membawa implikasi hukum keharusan kerana Allah tidak
membantah kafir memanggilnya sebagai Allah. Walaubagaimanapun, di dalam
ayat ini dan ayat-ayat yang lain, Allah SWT membantah tindakan mereka
menyekutukanNya. Sekiranya penggunaan itu salah, pastinya Allah akan
menafikan perkataan kafir tadi dan mengelakkan dirinya dikait dengan
keyakinan sesat kafir musyrik.
وَيَعْبُدُونَ
مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ
هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ
يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى
عَمَّا يُشْرِكُونَ
Ertinya
: Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat
mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan
mereka berkata: ""Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah"".
Katakanlah: ""Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak
diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?"" Maha Suci Allah
dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu)
Selagi
lagi ayat ini menunjukkan kesalahan kafir musyrik adalah kerana
menyengutukan Allah dengan mengambil berhala sebagai perantara dan bukan
pada memanggil Tuhan sebagai Allah.
وَلَئِن
سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ
مِن بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ
أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ
Ertinya
: Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: ""Siapakah yang
menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah
matinya?"" Tentu mereka akan menjawab: ""Allah"". Katakanlah: ""Segala puji bagi Allah"", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami (nya)
Imam Fakhruddin Ar-Razi berkata ketika mengulas ayat dari surah Yunus dan Ankabut ini :
هذا يدل على أن المخاطبين بهذا الكلام كانوا يعرفون الله ويقرون به
Ertinya : Ini menunjukkan mereka yang ditujukan
pertanyaan dan kata-kata ini ( iaitu puak kafir musryik), mereka telah
pun sentiasa mengetahui tentang Allah dan sentiasa mengiktirafNya
(sebagai tuhan). (Rujuk Tafsir Al-Kabir, 17/86)
وَجَعَلُواْ
لِلّهِ مِمِّا ذَرَأَ مِنَ الْحَرْثِ وَالأَنْعَامِ نَصِيبًا فَقَالُواْ
هَـذَا لِلّهِ بِزَعْمِهِمْ وَهَـذَا لِشُرَكَآئِنَا فَمَا كَانَ
لِشُرَكَآئِهِمْ فَلاَ يَصِلُ إِلَى اللّهِ وَمَا كَانَ لِلّهِ فَهُوَ
يَصِلُ إِلَى شُرَكَآئِهِمْ سَاء مَا يَحْكُمُونَ
Ertinya
: Dan mereka memperuntukkan bagi Allah satu bahagian dari tanaman dan
ternak yang telah diciptakan Allah, lalu mereka berkata sesuai dengan
persangkaan mereka: ""Ini untuk Allah dan ini untuk berhala-berhala kami"".
Maka saji-sajian yang diperuntukkan bagi berhala-berhala mereka tidak
sampai kepada Allah; dan saji-sajian yang diperuntukkan bagi Allah, maka
sajian itu sampai kepada berhala-berhala mereka. Amat buruklah
ketetapan mereka itu.
Sahabat besar nabi, Imam Ibn ‘Abbas r.a ketika mengulas ayat ini berkata :
من إيمانهم إذا قيل لهم من خلق السماء ؟ ومن خلق الأرض ؟ ومن خلق الجبال ؟ قالوا : الله , وهم مشركون
"Dari
keyakinan dan iman puak-puak kafir ini apabila ditanya siapa yang
menciptakan langit?, dan siapa yang menciptakan bumi?, dan siapa yang
menciptakan gunung?. Mereka telah menjawab : ALLAH, namun begitu mereka
mensyirikkanNya.
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى
وَقِيلِهِ يَارَبِّ إِنَّ هَؤُلَاء قَوْمٌ لَّا يُؤْمِنُونَ يُؤْفَكُونَ
وَقِيلِهِ يَارَبِّ إِنَّ هَؤُلَاء قَوْمٌ لَّا يُؤْمِنُونَ يُؤْفَكُونَ
Ertinya : Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: ""Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab: ""Allah"", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)?
قُل لَّوْ كَانَ مَعَهُ آلِهَةٌ كَمَا يَقُولُونَ إِذًا لاَّبْتَغَوْاْ إِلَى ذِي الْعَرْشِ سَبِيلاً
Ertinya
: Katakanlah: ""Jika ada tuhan-tuhan di katakan, nescaya tuhan-tuhan
itu mencari jalan kepada Tuhan yang mempunyai Arasy ( Tuhan yang
sebenar)"
Imam
Ibn Kathir ketika mengulas tentang kesalahan kafir musyrik dalam surah
Al-Isra' ini berkata ia adalah kerana mereka mensyirikkan Allah dengan
berhala-berhala mereka. Padahal mereka telah mengakui
Allah sebagai Tuhan, itu tidak dicela, apa yang dicela adalah tindakan
mereka mensyirikkan Allah dengan berhala mereka. Beliau berkata:
"Ayat
ini boleh difahami iaitu arahan Allah kepada Nabi Muhammad untuk
bertanya kepada kepada kafir musyrikin yang menyangka ada bagi Allah
sekutu-sekutu dari kalangan makhluk yang sehingga dijadikan barang
sembahan selain Allah, kononnya sebagai perantaraan mendekatkan diri
kepada Allah. ( Tafsir al-Quran Al-Azim)
Jelas
dari dalil-dalil ini menunjukkan nama Allah sebagai TUHAN TIDAK
EKSKLUSIF kepada orang Islam sahaja, cuma orang Islam adalah eksklusif
pada pandangan Allah kerana menggunakannya dengan betul dan tepat.
Dakwaan Dr Khalif Muammar[1] yang
mengatakan pengunaan nama Allah yang wujud dalam ayat-ayat di atas
semuanya adalah sebelum diIslamisasikan adalah satu dakwaan tanpa bukti
yang jelas.
Apakah dalil mukhassis yang
ingin digunakan oleh beliau dalam menegaskan pandangan itu?. Jika surah
al-Ikhlas ingin dijadikan dalil, maka surah ikhlas adalah suatu
penjelasan konsep tauhid dan pengunaan nama Allah secara tepat sahaja.
Ia bukan mukhassis kepada
umum satu waktu kepada waktu yang lain. Justeru apakah dalil bagi
menganggap Allah di zaman jahiliyyah yang disebut dalam ayat itu terhad
kepada satu waktu tertentu, dan tidak selepas kebangkitan Nabi SAW ?
Bagi
saya, ayat-ayat di atas tadi jelas menunjukkan pengunaan nama Allah
bagi bukan Islam dibenarkan dari dulu sehingga sekarang bagi merujuk
kepada Tuhan, tidak ada persoalan ‘Tuhan Umum' dan ‘Tuhan Khusus' dalam
bab ini. Yang ada adalah kes kafir musyrik beriman kepada ketuhanan
Allah tetapi mereka sesat kerana mensyirikkan Allah.
Dr Khalif juga berkata :
"Here the word Allah cannot mean the true God because they don't know who Allah is simply because no prophet was sent to them. Therefore, the use of Allah here is to mean God in general."
"Here the word Allah cannot mean the true God because they don't know who Allah is simply because no prophet was sent to them. Therefore, the use of Allah here is to mean God in general."
Dakwaan
ini agak ganjil bagi saya, kerana Nabi-nabi telah dihantar secara
bersambung-sambung dari nabi Adam, walau dimusim ketiadaan nabi seperti
zaman bapa nabi, beliau menggunakan nama Abdullah merujuk kepada syariat
yang dibawa oleh nabi sebelumnya iaitu nabi Isa.
Justeru,
Arab jahiliyah hakikatnya mengetahui siapa itu Allah dan boleh membaca
berkenaannya melalui syariat Nabi sebelum Nabi Muhammad. Bukankah bapa
saudara Khadijah bernama Waraqah Bin Nawfal yang meramal Nabi Muhammad
akan menjadi Nabi, itu tahu siapa itu Allah melalui wahyu kepada
nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad.[2]
Lihat
pula bagaimana seorang penyair Jahiliyah bernama Lubayd Bin Rabi'ah
selalu mempersembahkan syairnya, lalu baginda Nabi mengakui satu syair
Lubayd yang ada menyebut nama Allah. Hadis Nabi ini berbunyi :-
أصدق كلمة قالها شاعر , كلمة لبيد بن ربيعة : ألا كل شيء ما خلا الله باطل
Ertinya
: Sebenar-benar perkataan yang dikatakan oleh penyair (Jahiliyah)
adalah perkataan Lubayd bin Rabiah yang berkata : "Ketahuilah semua
perkara selain Allah adalah batil (hancur)"[3]
Jelas
dari hadis ini bahawa Jahiliyyah dahulu sudah kenal Allah dan
kekuasaan-Nya, Cuma mereka menyembah berhala sebagai perantara lalu
syiriklah mereka.
Selain
itu, bukankah terdapat dalam sirah nabawiyyah, apabila sahabat nabi
menyebar kalimah tauhid kepada pemimpin kafir, sebahagian mereka memberi
response :
إذن تحاربك العرب و العجم
"kalau
begitu, ‘Arab dan ‘ajam (bukan arab) pasti akan memerangimu" kata-kata
mereka ini menunjukkan arab Jahiliyyah memahami erti nama Allah dan erti
mentauhidkan Allah, tetapi mereka degil dan tetap mahu mensyirikkan-Nya
dengan berhala mereka kerana itu adalah ajaran nenek moyang mereka dan
mereka beroleh manfaat duniawi dari kepercayaan itu. Lalu pengakuan
kalimah Shahadah bakal mengubah keseluruhan hidup mereka. [4]
Maka
oleh itu, dari dalil-dalil di atas, jelas Allah membiarkan nama-Nya
digunapakai oleh kafir Musyrik apabila merujuk sebagai Tuhan pencipta,
namun Allah ta'ala mengutuk dan membetulkan kesalahan mereka apabila mereka menyekutukan Allah dengan selain-Nya.
Justeru itu, jika Kristian di Malaysia atau dimana juga, jika mereka ingin menggunakan nama Allah merujuk kepada Tuhan pencipta, ia adalah benar, betul dan diharuskan.
Kerana Allah sememangnya Tuhan dan pencipta dan maha berkuasa. Namun
tindakan mereka mengaitkan Allah dengan trinity, berhala dan sebagainya
adalah Syirik dan salah dan dikutuk oleh Allah sendiri di dalam
Al-Quran. Pun begitu, pokoknya, mereka HARUS menggunakan nama Allah
apabila ingin merujuk kepada Tuhan, kerana Allah sememangnya Tuhan, apa
yang TIDAK HARUS adalah mensyirikkanNya dengan yang lain.
Malah
penggunaan nama Allah dan pengakuan ketuhanan Allah ini juga dapat
dilihat dalam syair-syair Arab Jahiliyyah, seperti syair oleh Ubayd bin
Abras :
من يسأل الناس يحرموه * وسائل الله لا يخيب
Ertinya : Sesiapa yang meminta dari manusia, tidak diberi * dan yang meminta dari Allah tidak rugi.
Syair dari Uways Bin Hujr:
وباللات والعزى ومن دان دينها * وبالله إن الله منهن أكبر
Ertinya : dan demi Latta dan Uzza dan yang hampirinya* dan demi Allah, sesungguhnya Allah itu lebih besar dari mereka (berhala) [5]
JADI, ADAKAH KALAU MEMBENARKAN KITA AKAN JADI KUFUR KERANA IKTIRAF KESYIRIKAN MEREKA?
Tidak
begitu, apa yang dibenarkan oleh Allah ta'ala sendiri adalah bukan
Islam boleh guna nama Allah apabila merujuk kepada Tuhan, tetapi Allah
mengutuk dan melarang mereka mensyirikkanNya. Justeru, itulah tugas umat
Islam, berdakwah dan memperbetulkan keyakinan salah mana-mana kafir
yang mensyirikkan Allah dengan yang selainNya. Kita tidak boleh
menafikan benarnya dakwaan mereka bahawa nama Allah itu juga merujuk
kepada Tuhan, apa yang kita mesti dan boleh nafikan hanyalah Allah itu
tidak punyai anak, dan sekutu.
Atas
asbab itulah wujudnya tugas berdakwah, bagi mengajak mereka kembali
kepada mentauhidkan Allah. Jika kita telah atau sedang berdakwah, MEREKA
TETAP DEGIL, Allah mengajar kita meletakkan pendirian seperti berikut
:-
· Biarkan mereka dengan agama dan keyakinan salah mereka dan pisahkan diri kita dengan keyakinan mereka. Pendirian ini nyata dari firman Allah berikut :-
وَإِن كَذَّبُوكَ فَقُل لِّي عَمَلِي وَلَكُمْ عَمَلُكُمْ أَنتُمْ بَرِيئُونَ مِمَّا أَعْمَلُ وَأَنَاْ بَرِيءٌ مِّمَّا تَعْمَلُونَ
Ertinya
: Jika mereka mendustakan kamu, maka katakanlah: ""Bagiku pekerjaanku
dan bagimu pekerjaanmu. Kamu berlepas diri terhadap apa yang aku
kerjakan dan aku pun berlepas diri terhadap apa yang kamu kerjakan
(Yunus : 41)
Firman Allah :-
وَإِذَا
سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا
وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ
Ertinya
: Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka
berpaling daripadanya dan mereka berkata: ""Bagi kami amal-amal kami dan
bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul
dengan orang-orang jahil ( Al-Qasas : 55 )
Firman Allah :-
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Ertinya : Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku (Al-Kafirun : 6)
KESIMPULAN : Hasil dari beberapa petikan dan kumpulan teks al-Quran ini, majoriti ulama Islam di zaman
silam sehingga hari ini dari pelbagai Negara telah berijtihad, hukum
HARUS bagi bukan Islam untuk menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada
Tuhan. Namun kesalahan mereka yang perlu didakwah dan diperbetul adalah
kerana menyekutukan Allah sahaja. Itulah juga pandangan yang terlebih
kuat pada hemat saya. Namun perlu difahami, hukum HARUS di peringkat ini
tidak semestinya akan berterusan pada setiap keadaan sehingga mesti
dibenarkan oleh kerajaan Malaysia tanpa banyak soal. Satu faktor lain
mesti diteliti iaitu faktor dakwah dan penjagaan konflik yang boleh
mengugat keamanan.
2. NAMA ALLAH DARI PERSPEKTIF DAKWAH
Faktor dakwah yang saya maksudkan di sini boleh merujuk kepada Maqasid Shariah yang
pertama iaitu ‘mempertahankan Islam' (Hifdzu ad-Din). Menurut Imam
As-Syatibi, mempertahankan aqidah Islam adalah wajib dalam dua bentuk
iaitu:-
Apabila
saya merujuk kepada penulisan beberapa tokoh dan ilmuan di Malaysia
dalam isu penggunaan nama Allah ini, saya melihat majoriti mereka
mencampur adukkan fokus dan penyataan hukum disebabkan terpengaruh
dengan faktor kedua ini. Mereka banyak mengulas dalam konteks ini
berbanding konteks hukum asal dan asas.
Sebagai contoh:-
Prof Madya Dr Khadijah Hambali [6] dalam
tulisannya membuktikan TIDAK BENARNYA dakwaan Kristian dan rasional
mereka yang ingin menggunakan nama Allah kerana nama itu yang wujud di
dalam kitab bible asli mereka. Beliau membawakan petikan-petikan yang
membuktikan hujahnya. Di samping itu, beliau juga mengulas
ketidakwajaran terjemahan God kepada Allah dari sudut bahasa dan
mempertikaikan rujukan Kristian dalam hal ini.
Saya
bersetuju dengan hujjah Dr Khadijah ini, namun perlu difahami apa yang
dibawakan oleh Dr Khadijah sebenarnya lebih cenderung kepada faktor dan
objektif dakwah, kerana ia jelas memperlihatkan beliau menolak keharusan
(penggunaan nama Allah oleh Kristian), melalui kaedah menghancurkan
hujjah Kristian, selain menimbulkan keraguan kepada sumber rujukan
Kristian itu sendiri. Saya tidak melihat beliau mengulas dari perspektif
hukum Islam berasaskan dalil-dalil al-Quran tetapi beliau berusaha
mematikan alasan kumpulan Kristian agar melaluinya diharap dapat
melunturkan keinginan Kristian untuk meneruskan permohonannya. Ini
bermakna Dr Khadjiah menolak atas dasar dan rasional untuk
mempertahankan dakwah Islam dan aqidah Islam dalam konteks semasa, bukan
atas hujjah teks Al-Quran dan Hadis secara specifik. Ia jelas cara
seorang pendakwah mengemukakan hujahan balas kepada pihak bertentangan.
Kesimpulannya, hukum larangan dan bantahan yang dikemukan oleh Dr
Khadijah berpaksikan hujjah dan maqasid dakwah dan situasi setempat dan bukan hujjah menafikan hukum asal keharusan.
Ada
juga yang penulis yang berhujjah termasuk Dr Khadijah dan ramai lagi
penulis lain, menyatakan bahawa kebenaran TIDAK BOLEH diberi kerana
Kristian menggunakan nama ALLAH PADA KONTEKS DAN MASKUD YANG SALAH,
seperti dikaitkan sebagai Tuhan bapa, mensyirikanNya dan sebagainya.
Bagi saya ini bukanlah hujjah yang betul untuk melarang, kerana JIKA
semua penganut Kristian menggunakan Nama Allah pada tempat yang betul
maka tidaklah mereka menjadi Kristian, lalu mereka akan seolah mengikut
Islam secara paksaan pula. Bukankah mereka bukan Islam dan mempunyai
keyakinan agama tersendiri?. Maka kita tidak boleh memaksa mereka
untuk mengikut penggunaan nama Allah pada tempat yang betul menurut
aqidah Islam kerana mereka BUKAN ISLAM (atau belum). Apa yang boleh
dilarang adalah MENYEBAR KEKELIRUAN DAN AJARAN SALAH MEREKA (MENURUT
PERTIMBANGAN AQIDAH ISLAM) ITU KEPADA UMAT ISLAM.
Dato'
Dr Haron Din, dalam rakaman penjelasannya memperlihatkan beliau menolak
dan memberi amaran atas dasar maslahat dakwah dan bukan sangat
bergantung kepada teks al-Quran dan Hadis.
Tulisan Dr. Syed Tawfiq Al-Attas[7],
yang juga jelas memperlihatkan ulasannya menolak rasional terjemahan
God kepada Allah dari sudut bahasa. Selain itu, beliau juga menolak
alasan Kristian yang kononnya cuba merujuk kepada Bible. Kedua-dua
bantahan Dr Syed ini bukanlah ulasan dari perspektif hukum dan Aqidah
Islam tetapi lebih kepada mematikan alasan Kristian, sama seperti Dr
Khadjiah. Justeru, tulisannya lebih mirip sebuah tulisan terpengaruh
dengan objektif dakwah. Ia lebih kepada sebab dakwah dan bukan hujjah
teks Al-Quran secara specifik. Hukum larangan yang diletakkan oleh Dr
Syed ini jelas berpaksikan hujjah dan maqasid dakwah dan situasi
setempat sebenarnya.
Hal
yang sama juga boleh dilihat dalam tulisan Pegawai JAKIM, Ust Aizam
Mas'oud. Yang dengan jelas penulisannya berobjektif dakwah berbanding
menjelaskan hukum asal. Dari 5 hujjah yang dikemukakan hampir kesemuanya
membantah melalui bangkangan hujjah dan alasan Kristian. Hanya satu
sahaja ulasan mengulas teks Al-Qurqan, beliau menyertakan dua hujjah
menolak. Namun kedua-duanya tidak kukuh tapi tidak sempat untuk saya
ulas di kesempatan ini.
Begitulah
juga Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam fatwa tahun 2008, pandangan
Ketua Pengarah JAKIM dan hampir semua pegawai-pegawai JAKIM dan IKIM
yang lain. Semua mereka bagi saya, mengulas dari sudut realiti dakwah,
situasi khas di Malaysia dan berobjektif mempertahankan dakwah dalam
konteks dan situasi khusus Malaysia. Ia bukan mengulas dari sudut hukum
asal dari teks Al-Quran.
Malah tulisan ringkas saya
yang disiarkan dahulu di web ini juga, selepas saya menyatakan hukum
asal adalah HARUS, TETAPI realiti dan konteks semasa dakwah di Malaysia
BOLEH menghasilkan keputusan ijtihad yang berbeza, iaitu LARANGAN.
Namun
begitu, walapun larangan telah difatwakan secara rasmi oleh Majlis
fatwa dan disokong oleh Institusi keagamaan rasmi dalam negara, ia tetap
sebagai sebuah ijtihad. Ijtihad hasil penelitian konsep mudarat dan
manfaat kepada umat Islam dan keharmonian rakyat.
Oleh
kerana itu, pertimbangan seseorang dan sesuatu organisasi dengan yang
lain, dalam melihat kesan manfaat dan mudarat mungkin berbeza. Hasilnya,
beberapa ilmuan seperti Dr Mohd Asri, YB Khalid Samad, Dr Dzulkefli
Ahmad, dan parti politik seperti PAS, PKR dan sebagainya terus berpegang
dengan hukum asal, iaitu membenar dan mengharuskan orang Kristian untuk
menggunakan kalimah Allah tersebut. Jangan pula meletakkan syarat agar
"Kristian TIDAK MENYELEWENGKAN penggunaan nama Allah",
ini kerana seleweng mengikut piawaian kita tidak sama dengan
penyelewengan mengikut piawaian mereka. Justeru, syarat perlu konkrit
dan jelas.
Salam
ReplyDeleteAda majlis syura tak dak fungsi. Sepatutnya biarlah apa2 kaitan hukum, Majlis Syura mendahului para pemimpin atasan. Ini dah terbalik. Jadi cerita kartun. Yg rajin bercakap TG Nik Aziz sorang. Ada sekali sekala Hj Hadi cakap utk play safe. Apa nak jadi dgn PAS ni. Masalah parti lain bukan main nak jadi jaguh. Dapat pula Timbalan Presiden pro Iran. Main sokong saja kalimah Allah ni kerana sayangkan Khalifah Lim Guan Eng.
Nampak gayanya lepas ini makin subur Syiah di Malaysia ni. Sedang bertaqiyah Bang Mat ni dan sorang lagi tu YB Khalid. Syiah ni umpama lalang. kalau dah tumbuh meresap, susah dah nak hapus. fikir2kan....
Kalau dia cakap Allahlah yg menciptakan alam semesta ini kau nak nafikan ker?
DeleteOrang arab jahiliah dulu silap2 lebih tahu siapa yang dimaksudkan tuhan.
Tapi adakah sekadar meyakini bahawa Allahlah yang menciptakan dan memberi rezeki menyebabkan seseorang itu menjadi muslim? Namun menjadikan tuhan itu berbilang dan menyembah selain Allah satu2nya itulah yang menyebabkan mereka itu kafir.