1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.
3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.
Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.
Tuan Guru Datuk Bentara Setia
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Salam
ReplyDeletesepatutnya tutup dan bungkus saja Majlis Syura. Pakai saja apa yg keluar dari mulut TG Nik Aziz. Selama ni pun macam tu juga. Dia seorang saja banyak bercakap. Kalau nak buat Majlis Syura sekadar hiasan inilah jadinya. Allah hantar satu lagi kemaluan pada PAS
tahniah PAS
ReplyDeletehttp://gerakantimur.blogspot.com/2013/01/pergghhhh-pas-terima-kifarah-allah.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed
Dalam comment ini ada orang yg akalnya tahap lembu pawah tapi cuba nak bagi komen jugak, akhirnya menunjukkan kebodohan diri sendiri. Kalau UMNO berani UMNO sepatutnya mencabar ulamak PAS berdebat dan siarkan secara live dlm TV. Ada brani? Ketua nya pun dah 'stoneless' takkan ada yg brani.
ReplyDelete