http://www.sinarharian.com.my/nasional/nik-aziz-bukan-islam-wajar-diberi-ruang-guna-kalimah-allah-1.119168

Nik Aziz: Bukan Islam wajar diberi ruang guna kalimah ALLAH
ROSMIZA KASIM
8 Januari 2013
Nik Aziz
Nik Aziz
KOTA BHARU - Di sebalik percanggahan pendapat mengenai isu kalimah ALLAH, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat sepatutnya orang bukan Islam diberi ruang menggunakannya.

Katanya, itu adalah pendapat peribadi beliau.

Sehubungan itu katanya, keputusan muktamad akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Ulama Syura Pas, Sabtu ini.

Menurutnya, ruang tersebut boleh diberikan namun beliau menegaskan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam adalah berdasarkan ketetapan tertentu.

"Ini pandangan saya, sekiranya mesyuarat nanti tidak memberikan kebenaran, saya akan ikut," katanya kepada media.

Terdahulu beliau merasmikan majlis Penyampaian Watikah dan Seminar Ahli Pihak Berkuasa Tempatan Kerajaan Negeri di sini, hari ini.