JENGKA - Perjanjian pinjaman yang dibuat peneroka sebagai jaminan
membayar semula pinjaman saham sebanyak RM50 sebulan kepada Felda
menimbulkan keraguan.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, terdapat beberapa keraguan dalam perjanjian tersebut, sekali gus menimbulkan kebimbangan sekiranya peneroka dijadikan galang ganti.
“Satu surat telah dikeluarkan kepada peneroka meminta mereka membayar semula wang pinjaman sebanyak RM3,812.23. Ini adalah pinjaman pokok yang perlu dibayar untuk 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd dan belum diambil kira bunganya lagi.
“Apa yang menimbulkan keraguan ialah perjanjian yang dibuat terlalu tebal, sehingga 27 muka surat, dan mempunyai perkara-perkara yang menimbulkan kekeliruan,” katanya.
Mazlan berkata, antara perkara yang meragukan dalam perjanjian tersebut ialah berkaitan dengan kuasa wakil dan tanggung rugi.
Katanya, pernah terjadi sebelum ini di Felda Cahaya Baru, Johor Bahru, di mana warganya hanya menerima pampasan sebanyak RM200,000 berbanding RM1.3 juta kerana melibatkan perjanjian yang mempunyai kuasa wakil.
“Perjanjian hanya melibatkan wang pinjaman sebanyak RM3,812.23, mengapa perlu diwujudkan perjanjian setebal ini? Adakah kerana mereka mahu menjadikan peneroka sebagai galang ganti sekiranya berlaku sebarang kerugian?” katanya.

Mazlan
justeru meminta pihak Felda memberi penjelasan terhadap kekeliruan yang
timbul kerana terma yang ditetapkan seperti mempunyai perkara tersirat
di sebaliknya.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya jumlah yang perlu dibayar peneroka cuma RM3,560 dan bukannya RM3,812.23.
“Peneroka terpaksa menanggung caj-caj yang saya rasa mungkin ada kaitan dengan perjanjian ini. Kita juga pelik kerana dalam perjanjian itu tertulis bahawa peneroka akan menanggung segala kos termasuk yang berkaitan dengan bank,” katanya.
Beliau berkata, apa yang membimbangkan pihaknya apabila pembiayaan Felda tidak mencukupi, kemungkinan mereka akan mendapatkan pembiayaan dengan pelbagai cara termasuk menjadikan peneroka sebagai galang ganti.
“Dahulu Felda mempunyai tabung untuk membuat pembiayaan tanam semula. Sekiranya saham gagal, Felda mungkin akan mengambil segala benda termasuk milik peneroka,” katanya.

No comments:
Post a Comment