Thursday, January 10, 2013

KENYATAAN MEDIA DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN - HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

PAS mengalu-alukan kebenaran Pihak Stadium Merdeka yang memberi kebenaran kepada peserta HKR berhimpun pada 12hb ini serta jaminan pihak polis untuk mengawal bagi  mempastikan tiada kekecohan yang sengaja diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sehubungan itu, seluruh jentera keselamatan dan Unit Amal PAS dan orang ramai disaran turut berperanan bagi merakam sesiapa sahaja yang cuba lakukan provokasi pada hari tersebut. Sebarang ucapan yang menyerang peribadi mana-mana individu, mengapi-apikan isu perkauman dan agama, perkataan bersifat provokasi mesti dielakkan.


PAS juga menerima maklumat terdapat pihak-pihak tertentu yang dibekalkan baju HKR yang akan menyusuk masuk dalam himpunan bagi tujuan yang meragukan.

 
PAS berharap pihak polis dan pasukan keselamatan mestilah mengutamakan keselamatan rakyat dan menggunakan uniform rasmi beserta tanda nama bagi menyakinkan orang ramai dan mengelak berulangnya kekecohan di perhimpunan Bersih 3.0.



Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments:

Post a Comment