Monday, August 27, 2012

PAS cadang mansuh 4% faedah pinjaman penjawat awam



KUALA LUMPUR: PAS akan mencadangkan pemansuhan kadar empat peratus faedah pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat untuk diperjuangkan bersama.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pada sidang media di pejabat parti itu, petang ini.

Beliau berkata pemansuhan kadar bayaran empat peratus itu terbukti memudahkan kakitangan kerajaan, selain mengurangkan bebanan hutang mereka.

"Ia terbukti apabila ia dilaksanakan. Di Kelantan, sudah buat pun.  Di Terengganu juga, ketika kita memerintah, kita sudah laksanakan," jelas beliau.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika ditemui selepas sidang media tersebut, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Pakatan Rakyat untuk dimasukkan dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pernah melahirkan kebimbangan apabila mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Mereka menjangkakan fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12661-pas-cadang-mansuh-4-faedah-pinjaman-penjawat-awam

No comments:

Post a Comment