Thursday, August 23, 2012

BN boleh laksana hudud jika ikhlas

SHAH ALAM –  Umno tidak perlu menunggu Pas menyertai Barisan Nasional (BN), hanya untuk melaksanakan undang-undang Islam atau hudud, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.
Menurutnya, jika Umno ikhlas, undang-undang Islam itu telah lama dilaksanakan tanpa perlu campur tangan Pas.
“Mereka berkuasa untuk laksanakannya. Mereka berkuasa gubal undang-undang. Mengapa tidak dari dahulu ia dilaksanakan?
“(Matlamat) mereka menuntut kerjasama Pas hanyalah agenda politik. Mereka tidak ikhlas dalam memperjuangkan hasrat ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Harun berkata, Umno perlu menunjukkan komitmen mereka jika mereka bersungguh-sungguh mahu melaksanakannya.

“Undang-undang Islam bukan melaksanakan hudud semata-mata. Jika Umno berhasrat, laksanakan dahulu dan kemudian kita akan nilai,” katanya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan BN membangunkan sebuah negara Islam.

Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno berkata, BN amat mengalu-alukan penyertaan Pas jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR) dan hudud hanya dapat dilaksanakan jika Pas menyertai
Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/bn-boleh-laksana-hudud-jika-ikhlas-1.78174

1 comments:

  1. PAS patut sudah pinda Enakmen Jenyah Syariah bahawa Enakmen ini terpakai pada orang Islam dan bukan orang Islam. Dah lama dah memerintah namun kenapa DUN Kelantan tak pinda-pinda Enakmen Jenayahnya? Bidangkuasa hududpun tak boleh nak selesaikan apatahlagi hukuman hudud.

    ReplyDelete