Tuesday, August 7, 2012

10 Perkara Najib Sekat Untuk Kelantan Termasuk Sekat Umno Untuk Menang

ANALISA 

Kata Ha Najib Razak kerajaan UBN tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan. Betulkah? Katanya juga dia sendiri tidak pernah ambil satu tong pun minyak di Kelantan. Betulkah?  Menurutnya lagi kerajaan UBN adil berdasarkan prinsip Islam. Benarkah?

Saya setuju dengan kata-kata dan semua penjelasan Najib itu. Tetapi soalnya apakah ia benar dan betul?  Memang beliau tidak pernah dan tidak pun boleh menafikan segala hak-hak rakyat Kelantan sebagai rakyat negeri yang berpayung di bawah kerajaan Persekutuan. Semua hak dan kepentingan serta tanggungjawab kerajaan Persekutuan telah dicatat dan semua orang mengetahuinya.

Najib si Sekat
Tetapi masalahnya Najib tidak melaksanakan segala janji dan hak-hak itu. Beliau tidak nafi apa yang dicatat dan ditulis ataupun apa-apa yang dipersetujuukan Sultan Kelantan semasa hendak bersama kerajaan Persekutuan dulu. Tetapi hakikatnya Najib atau kerajaan UBN tidak memberi apa yang sepatutnya. Dalam kata lain Najib dan kerajaan UBN telah menodai perjanjian itu.

Penoda kepada perjanjian dan persetiaan adalah munafik. Sebagai orang Islam yang mengakui mengamalkan maqasid Islam secara wasatiyah apakah Najib mengetahui akan kesalahan dosa dan hukuman bakal diterima atas segala kemungkaran itu?

Kalau pergi ke mahkamah atas tuduhan Najib menafi hak rakyat Kelamtan itu Najib akan didapati bersalah. Kerana dia memperakui semuanya tetapi tidak bersedia mengimplementasikannya. Sebaliknya apa yang berlaku Najib menyekat apa-apa yang patut diterima oleh rakyat Kelantan itu. Kalau Najib dikatakan zalim bukan soal dia tidak memperakui apa yang ditulis itu, tetapi kezalimnya kerana tidak memberi.

Dalam konteks ini boleh dianalis begini, Najib tidak salah berjanji, yang salahnya ia tidak menunai janji. Tidak menunaikan janji adalah munafik. Antara sifat bukan orang mukmin ialah munafik.

Banyak perkara kalau hendak dibilang Najib tidak memberti atau menyekat hak-hak rakyat Kelantan.

1. Pemberian menuruti gran perkapital Persekutuan kepada Kelantan tidak adil atau dilewat-lewatkan. Ini namannya sekat.
2. Halang para pelabur asing untuk melabur di Kelangtan dalam bidang industeri sedarhana dan berat terutamanya. Ini dinamakan sekat.
3. Penarikan balik pembinaan lebuh raya dari Kota Bharu - Kuala Krai walaupun sudah dikeluarkna surat niat. Ini dinamakan sekat.
4. Tidak membesarkan lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa walaupun airport itu layak menjadi pintu masuk pelancung ke Kelantan secara direct. Ini dinamakan sekat.
5. Ketidakadilan dalam memberi bantuan kepada rakyat. Ini dinamakan sekat.
6. Tidak memberi kebenaran Kelantan melaksanakan hukum hudud menerusi surat amaran dan ugutan oleh Mahathir Mohamad. Ini dinamakan sekat.
7. Membawa lari pendaratan gas dari Kelantan menerusi Songkla ke Gurun Kedah. Ini dinamakan sekat.
8. Tidak memberi royalti minyak sebanyak 5%. Ini dinamakan sekat.
9. Cuba mendaratakan gas yang baru dijumpai di Pekan. Ini juga dinamakan sekat.
10. Tidak mengubah sepadan pilihan raya di Kelantan walaupun selepas 20 tahun. Ini juiga dinamakan sekat.

Itulah sekurang-kurang 10 perkara yang tidak boleh dinafikan Najib tetapi disekat. Saya tidak fikir sekatan ini tidak menjejaskan peluang Umno untuk memerintah Kelantan sebab rakyat akan membuat pertimbangan atas semua ini akhirnya akan menghalang niat Umno.

Dalam kata lain tindakan lapok, zalim Najib ini turut menyumbangkan kesulitan Umno untuk memerintah Kelantan. Kesimpulannya Najib juga turut sekat Umno dari memerintah Kelantan. [wm.kl.4:36 pm 06/08/12]

Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/08/10-perkara-najib-sekat-untuk-kelantan.html

1 comments: