Wednesday, June 30, 2010

Fatwa KEWAJIBAN MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA UMUM

Askum warahmatuLlah
Muktamar ‘Aiim ‘Ulama’ dan Muballigh Islam se Indonesia yang diiangsungkan tanggal 27 Rejab I Sya’ban 1372 bersamaan dengan 11—l5hb., April 1953 di Medan; Sesudah memperhatikan Undang-undang Pilihanraya Umum untuk memilih anggota-anggota Parlimen dan Dewan Perwakilan Rakyat (Indonesia) dan sesudah memahamkan:

a) Surah as-Syura ayat 13 yang menyuruh menegakkan Agama Islam (yang berbunyi): “ALlah telah menerangkan kepada kamu — di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (ALlah) wahikan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintah kan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi ‘Isa, iaitu: “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belahpadanya...” (Surah al-Syura: Ayat 13)

b) “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi ‘wali’ (pemimpin) dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang-nyata bagi ALlah untuk (menyeksa) kamu”. (Surah al-Nisa’: Ayat 144)

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin; sebahagian inereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin (kawan rapat), maka sesungguhnya ia adalah dan golongan mereka itu (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya ALlah tidak memberikan
petunjuk kepada kaum yang zalim”. (Surah al-Ma’idah: Ayat 51)

“Wahai orang yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai wali (pemimpin) kamu...”
(Surah al-Mumtahanah: Ayat 1)

Nas-nas di bahagian “b” itu antara lain menyimpulkan tentang penentuan
batas-batas orang yang boleh diangkat menjadi penguasa (pemimpin).

c) Surah aI-Ma’idah ayat 44,45,47 yang isinya menyuruh menjalankan undang-undang
yang sesuai dengan hukum-hukum ALlah: “Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturunkan oleh ALlah, mereka itulah orang-orang yang fasiq”. “Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah orang-orang yang zalim”. “Sesiapa yang tidak men jalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah orang-orang yang kafir”.

d) Surah an-Nisa’ ayat 59 yang menyuruh menta’ati ALlah RasulNya dan UliIamri yang beriman: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu ta’at kepada ALlah, dan hendaklah kamu ta’at kepada Rasul, dan pemerintah di kalangan kamu (berirnan)”.

e) Surah al-Haj ayat 41* dan surah ali-’Imran ayat 110, yang menyuruh berbuat kebajikan dan melarang kemunkaran: “laitu orang-orang yang apabila Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, rnenyuruh mengerjakan yang ma’ruf dan melarang dan berbuat yang munkar; dan kepada ALlah kembali segala urusan”. *

Dalam teks asal dinyatakan Surah aI-Haj ayat 11; ternyata bila diteliti ianya ber
canggah dengan penghuraian maksud umum bahagian ini. Kami merasakan ayat yang sebenar adalah ayat 41 kerana beralasankan kepada maksud umum bahagian ini, iaitu: menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemunkaran. Wallahu ‘A’Iam. — Editor.

“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, kamu
menyuruh mengerjakan yang ma ‘ruf dan melarang yang munkar, dan kamu berirnan kepada ALlah”. (Surah ali-Imran: Ayat 110)

f) Surah al-Ma’idah ayat 35, yang maksudnya menyuruh mencari wasilah kepada ALlah: “Wahai orang-orang yang berirnan, bertaqwalah kepada ALlah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya (wasilah), dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keuntungan (kemenangan)”.

g) Qa’idah Usul yang berbunyi: “Hukurn wasilah (jalan) itu, juga hukurn tujuannya”. dan: “Setiap apa yang tidak sempurna kewajipannya melainkan dengan sesuatu itu, maka ianya juga rnenjadi Wajib”.

MEMUTUSKAN:
Memfatwakan kepada seluruh ummat Indonesia sebagai berikut:

1. Tiap-tiap warga negara Indonesia yang beragama Islam, laki-laki dan perempuan,
yang mempunyai hak memilih menurut Undang-undang Pemilihan Umum Indonesia yang telah disahkan:
a) WAJIB menjalankan hak-pilihnya dengan jalan mendaf tarkan diri sebagai pemilih
dan memberikan suaranya (undinya) kelak pada waktu diadakan pemungutan suara.
b) WAJIB memilih hanya calun-calun yang mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran dan hukum Islam dalam negara.

2. Kaum Muslimin, laki-laki dan perempuan yang telah mukallaf (akal-baligh), wajib berusaha dan memberikan segala macam bantuan dan pengorbanan untuk tercapainya kemenangan Islam dalam pemilihan umum yang akan datang.

Medan, 30 Rejab 1372 (14 April 1953)

KEPUTUSAN MAJLIS SYURA


1. Dengan ‘inayah dan taufiq ALlah Subhanahu wa Ta’ala dan berdasarkan
menegakkan “baldatun tayyibatun”, maka Majlis Syura Pusat Masyumi mengeluarkan fatwa sebagai berikut:

a) Mengadakan pemilihan umum untuk membentuk parlimen Konstiuante adalah
wajib hukumnya.

b) Kerana kemenangan Islam dan ummatnya tergantung kepada turut serta tiap-tiap seseorang (individu) Muslim laki laki dan wanita dalam perjuangan pemilihan umum, maka adalah: wajib ‘am hukumnya atas tiap-tiap Muslim Mus limat yang mukallaf, dan segala golongan, kalangan dan tingkatan turut serta benjuang dalam pemilihan umum tersebut.

c) Kerana kemenangan itu tergantung kepada pemberian suara (undi) buat memilih pemuka-pemuka (tokoh-tokoh atau wakil-wakil) Islam, maka:
a) Wajib atas tiap-tiap pemilih Muslim hanya memilih calun-calun yang bercita-cita politik Islam.
b) Terlarang hukumnya memilih calun-calun yang tidak, apa lagi yang anti cita-cita Islam.
c) Buat melaksanakan perjuangan pemilihan yang menjamin kemenangan maka wajiblah tiap-tiap Muslim dan Muslimat menyiapkan segala alat kelengkapan yang diperlukan oleh perjuangan itu baik lahir maupun batin.

5. Ummat Islam seluruhnya dianjurkan memperkuatkan persatuan kerjasama dan saling mengerti yang sebaik-baiknya yang menjamin kemenangan Islam.
Jakarta:
10 Jamadilakhir 1372, 24 Februani 1953. MAJLIS SYURA PUSAT “MASYUMI” Ketua, K.H.A. RAHMAN SYIHAB Sekretaris, K.H.M. SALEH SAUDI BERITA A.P.B. No. 941th. ke VIII
‘ALIM ‘ULAMA’ MALAYA DAN SOAL PEMILIHAN UMUMDI INDONESIA. (Ummat Islam
Indonesia wajib turut serta giat di dalam pemilihan umum nanti).


Seluruh ‘Aiim ‘Ulama’ Malaya dalam suatu sidangnya yang telah diadakan di Selangor dan dikunjungi oleh para ‘Aiim ‘Ulama’ Malaya dan berbagai tempat di Malaya telah memutuskan bahawa turut sertanya ummat Islam Indonesia dalam pemilihan umum yang diadakan di Indonesia nanti, adalah fardu ‘ain hukumnya, dan adalah haram jika ummat Islam Indonesia tidak ikut serta di dalam pemilihan umum nanti. Lebih jauh diterangkan, bahawa keputusan ‘Alim ‘Ulama’ Malaya tadi, sekarang telah diperkuatkan pula oleh Majlis Syari’iyyah, yang kedudukannya persis Mahkamah Islam Tinggi di Indonesia. Semua Majlis Syar’iyyah di berbagai tempat di Malaya telah memutuskan pula fardu ‘ain bagi umat Islam Indonesia untuk turut serta dalam pemilihan umum yang akan datang nanti di Indonesia. Keputusan tersebut diambil oleh ‘Alim ‘Ulama’ seluruh Malaya kemudian diperkuat oleh Majlis Syar’iyyah di berbagai tempat di Malaya, dengan pertimbangan bahawa jika di dalam pemilihan umum nànti ummat Islam mendapat kekalahan, maka sudah pasti perkembangan agama Islam akan tergencet (tertekan) atau tindakantindakan anti agama lebih hebat lagi, kerana umat Islam terang-terang dianggap golongan kecil. Tetapi sebaliknya jika di dalam pemilihan umum nanti umat Islam Indonesia mendapat kemenangan yang gilang-gemi lang, maka perkembangan Agama Islam akan maju-pesat, dan Segala cita-cita serta keinginan umat Islam sebagai golongan yang besar akan dapat dilaksanakan dalam segala lapangan. Kerana pemilihan umum itu akan menentukan juga terhadap agama Islam di Indonesia, maka ditetapkannya fardu ‘ain hukumnya turut serta ummat Islam di Indonesia dalam pemilihan umum yang akan datang nanti.

Jakarta, 22.4.1953.

Sumber :
KEWAJIPAN UMMAT ISLAM DALAM PILIHANRAYA

Oleh : K.H.M ‘Isa Ansory
Editor : Ramli Awang Terbitan Dewan Pustaka Fajar
Baca Selanjutnya...

Satu Melayu, Empat Puluh Bukan Melayu.........apa penyelesaiannya?

Askum warahmatuLlah,

Bacalah @tulisan yang dimuatkan dalam BH Online di bawah tu. Apalah yang nak dirisaukan sangat kalau ramai Melayu yang tak daftar sebagai pemilih/pengundi. Penyelesaiannya mudah sangat, sangat mudah. Dah ramai yang mencadangkannya iaitu........secara automatik mana-mana rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang memiliki kad pengenalan yang sah menjadi pemilih/pengundi yang sah. Alamat? Mengikut alamat dalam kad pengenalan. Mudah tak? Memang mudah melainkan pihak berkenaan ada agenda tersirat.

Masalah sebenarnya ialah bila pemilih tidak mahu keluar mengundi kerana tiada kesedaran. Perkara inilah yang sepatutnya disedarkan kepada pengundi tadi.


@Belia Melayu patut sedar hak sebagai pengundi
2010/06/30(Berita Harian Online)

STATISTIK yang menunjukkan pengundi Melayu khususnya orang muda ramai tidak mendaftar sebagai pengundi memerlukan anjakan paradigma dalam diri mereka.

Belia hari ini masih kabur dengan sejarah bangsa kita yang berjuang bermati-matian menentang Malayan Union (MU) hingga tertubuhnya negara kita yang merdeka hari ini. Belia Melayu perlu ‘dijentik dan dijolok’ jika mereka masih leka dengan hak memilih di bawah sistem demokrasi, maka jika hak Perlembagaan kita tergadai nanti maka mata hitam bakal menjadi putih.Nisbah 1:40 pengundi Melayu berbanding pengundi bukan Melayu amat memeranjatkan seolah-olah orang kita tidak kisah kehilangan kuasa dianugerahkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957.

Jangan kelak apabila kuasa satu undi yang diberi kepada kita tidak digunakan dengan sebaiknya kita mahu memberontak pula. Majoriti 2/3 Kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin susut dilanda tsunami 2008 sepatutnya menyedarkan parti yang tewas untuk menggembleng tenaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan memperkasakan daftar pengundi ahli UMNO dan parti komponen Bumiputra lain.

Walau sehebat mana manifesto kita membela rakyat keputusan akhir bergantung kepada jumlah undi yang ada di dalam peti undi ketika pilihan raya.

Pembangkang mula berkempen mendaftar pengundi mereka di merata negara ini. Parti komponen BN dilihat baru mula bergerak membentuk skuad sayang untuk kerja kebajikan semata-mata.

Mungkin skuad ini boleh dijana untuk memberi kesedaran kepada wanita dan belia untuk menjadi pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Tugas ini bukan mudah kerana mereka perlu mengejutkan belia yang belum sedar bahawa di bawah Perlembagaan setiap rakyat Melayu dan Bumiputera ada tempat istimewa dan ini yang perlu dipertahankan dengan kuasa satu undi ketika pilihan raya.

Elok juga daftar mengundi diwajibkan kepada warga negara Malaysia yang cukup umur 21 tahun supaya mereka sedar satu undi mempunyai impak besar dalam pentadbiran negara kita.

Ketika ini di Selangor, gerakan parti pembangkang berkempen untuk memilih pendaftar sudah menjadi perkara lumrah. Kain rentang untuk tujuan itu, terpampang di merata tiang lampu dan dinding bangunan. Oleh itu, parti komponen BN perlu bergerak senada di masa Perdana Menteri kita masih gagah dengan agenda pentadbiran beliau.

Kuasa ada di tangan kita dengan menjadi pengundi berdaftar bila cukup umur 21 tahun. Pemimpin yang ada jangan leka dengan agenda sendiri di depan TV menghadap bola Piala Dunia 2010 dan terlena hingga meninggi hari.

Jika kuasa satu undi kita manfaatkan sebaiknya tidaklah nanti kita jadi seperti lagu Warisan. ‘Bumi dipijak milik orang, nenek moyang kaya-raya tergadai seluruh harta benda…’.

ABDUL RAZAK IDRIS,
Banting, Selangor.
Baca Selanjutnya...

Relaks Kejap - Jangan Tension - JAMBATAN YANG CANGGIH...sukar dipercayai?







Baca Selanjutnya...

Tuesday, June 29, 2010

BENARKAH ISRA' DAN MIKRAJ BERLAKU DI BULAN REJAB???

BENARKAH ISRA' DAN MIKRAJ BERLAKU DI BULAN REJAB???

Apabila tibanya bulan Rejab sudah menjadi kelaziman umat Islam di seluruh dunia memperingati peristiwa Isra dan Mikraj. Sambutan tersebut seolah-olah ianya berlaku benar-benar pada bulan rejab tanpa ada sebarang keraguan lagi. Tetapi hakikatnya yang sebenar, para ulama yang menulis berkaitan dengan sejarah tersebut menukilkan perbezaan pendapat mengenainya. Di sini saya cuba nukilkan pandangan-pandangan tersebut.

BILAKAH IA BERLAKU??

Terdapat beberapa pendapat ahli sejarah Islam:

1. Ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah.
Ini berdasarkan riwayat Ibnu Saad di dalam 'Thobaqatnya' seperti yang dinukilkan oleh Dr Said Ramadhan Al-Buthi, dan juga disebutkan oleh Ibnu Abdil Baarr

2. Ia berlaku di awal-awal kebangkitan baginda menjadi Rasul.
Ini berdasarkan riwayat Ibnu Asakir, tetapi ini merupakan pendapat yang tidak sohih menurut Ibnu Kathir, dan Ibnu Hajar menghukumnya 'Syaz' (sangat dhaif)

3. Ia berlaku pada tahun ke sepuluh selepas kebangkitan.
Ini berdasarkan riwayat Ibnu Ishaq

4. Ia berlaku setahun sebelum hijrah
Ini berdasarkan riwayat Al-Baihaqi dari Az-Zuhri, Ibnu Lahiiah dari 'Urwah Az Zubair. Ia merupakan pendapat Imam Nawawi. Ibnu Hazm mendakwa telah adanya kesepakatan (ijma') tentang tarikh ini tetapi Ibnu Hajar menolak dakwaan tersebut.

5. Ia berlaku 16 bulan sebelum hijrah.
Ini berdasarkan riwayat Al-Hakim dari As Suddiy

6. Ia berlaku 8 bulan sebelum Hijrah.
Pendapat ini disebut oleh Ibnul Jauzi,

7. Ia berlaku 6 bulan sebelum hijrah.
Pendapat ini disebut oleh Ar Rabie bin Salim

8. Ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah.
Ini pendapat Ibrahim Al-Harbiy

9. Ia berlaku 14 bulan sebelum hijrah.
Pendapat ini disebut oleh Ibnu Abdil Barr

10. Ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah.
Pendapat ini disebut oleh Ibnu Faris.

11. Ia berlaku 17 bulan sebelum hijrah.
Ini berdasarkan riwayat At Thobari dan Al-Baihaqi dari as Suddiy
12. Ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
Pendapat ini disebut oleh Ibnu Athir.

13. Ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah.
Al-Qurthubi dan An Nawawi menukilkan pendapat ini dari Az Zuhriy, dan ditarjihkan oleh Qhadi 'Iyad, tetapi ditolak oleh Ibnu Hajar.

BULAN APAKAH IA BERLAKU??

Juga terdapat beberapa pandangan yang berbeza.

1. Ia berlaku pada bulan Rabiul Awwal.
Ini berdasarkan riwayat Ibnu Lahiiah dari Urwah Az Zubair. Menurut riwayat Ibnu Abi Syaibah dari Ibnu Abbas ia berlaku pada 12 Rabiul Awwal, tetapi Al-Hafiz Ibnu Kathir mendhaifkan riwayat ini. Di antara ulama yang memilih pendapat ini ialah Al-Hafiz Abdul Ghani Al-Maqdisi

2. Ia berlaku pada bulan Zulqaedah.
Ini merupakan pendapat As Suddiy

3. Ia berlaku pada bulan Rejab.
Ini merupakan pendapat Ibnu Hazm, dan juga Imam Nawawi di dalam kitabnya 'Ar-Raodhoh' ..Ada yang menyatakan 27 Rejab dan ada yang menyatakan ia berlaku pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab. Ibnu Kathir juga mendhaifkan riwayat ini.

4. Ia berlaku pada bulan Ramadhan
Ini pendapat yang diputuskan oleh Al Waqidiy, dan riwayat Ibnu saad dari Ibnu Abi Saburah

5. Ia berlaku pada bulan Syawwal.
Ini berdasarkan riwayat At Thobari dan Al Baihaqi dari As Suddiy

6. Ia berlaku pada bulan Rabiul Akhir.
Ia merupakan pendapt Ibrahim Al-Harbiy dan ditarjihkan oleh Ibnu Munir.

KESIMPULAN.

1. Para ulama pengkaji sirah dan ahli hadis berselisih pendapat mengenai tarikh Isra' Mi'raj dengan perselisihan yang begitu banyak.
2. Tiada riwayat yang benar-benar sahih dan begitu jelas tentang tarikh peristiwa tersebut berlaku.
3. Apa yang penting ialah pengajaran dari peristiwa tersebut bukanlah tarikhnya. Jika tarikhnya penting nescaya pasti akan ada riwayat yang jelas dan sohih dari sahabat-sahabat baginda.
4. Memperingati Isra' dan Mikraj di bulan Rejab adalah berdasarkan pandangan Imam Nawawi dan Ibnu Hazm RahimahumaLlah.
5. Tidak mengetahui tarikh sebenar Isra' dan Mikraj merupakan kejahilan yang tidak memudharatkan aqidah dan amalan.
6. sambuta yg dilakukan di kebanyakan negara umat Islam adalah berdasarkan pandangan Imam Nawawi RA

RUJUKAN.
1.Al Bidayah Wan Nihayah, Ibnu Kathir
2. Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-Asqallani.
3. Tafsir Al-Quran Al Adzhim, Ibnu Kathir.
4. Al- Isra' Wal Mikraj, Musa Muhammad Al-Aswad.
5. Qissothul Mikraj, Abuuna Al Marhum Tuanguru Hj Yaakub Pesagi
6. Fiqh Sirah, Syeikhuna Dr Said Ramadahn Al Buthi
7. Al Mustafad Min Qasasil Quran, Dr Abdul Karim zaidan.
8. Sirah Rasululah, Dr Muhammad Habash
9. Muhammad Rasulullah, Syeikh As Sodiq 'Urjun


Abu Basyir Al-Muqry
Darul Fikri Kuantan
29.6.2009
Baca Selanjutnya...

Friday, June 25, 2010

ISRAK DAN MIKRAJ(2) - nota bergambar



















Baca Selanjutnya...

Thursday, June 24, 2010

ISRAK DAN MIKRAJ(1) - nota bergambar




















bersambung...............................
Baca Selanjutnya...