PEMERKASAAN PARTI DAN TARBIYAH
Cabaran mendatang telah mewajibkan untuk kita memperkasakan PAS dalam arena politik tanah air, dengan Tasawur Islam yang menjadikan PAS lebih diterima rakyat semua kaum,
dihormati kawan dan digeruni lawan. Oleh yang demikian, pengisian aktiviti mengukuhkan parti melalui usaha yang serius, berperancangan dan bersungguh-sungguh secara menyeluruh hendaklah dilaksanakan dengan gigih disemua peringkat, terutamanya untuk memastikan kawasan dan cawangan PAS yang ada di seluruh negara agar lebih aktif, bangun dari dibuai mimpi kemenangan, seolah-olah kemenangan akan melutut di kaki mereka tanpa bekerja keras.
Ingatlah, kita perlu untuk mentarbiyah kawasan dan cawangan yang bertebaran di seluruh negara supaya mereka akan mampu bergerak turun ke bawah, disetiap kawasan perbandaran dan taman perumahan, penempatan tanah rancangan dan peneroka, menelusuri setiap kampung dan desa, serta berada di setiap ceruk lorong dan jalan. Semuanya dilakukan sehingga mesej Islam yang dibawa oleh PAS berjaya difahami dan akhirnya diterima oleh setiap jiwa yang mendengarnya.
Tugas pentarbiyahan itu adalah untuk menyediakan ‘amilin dan ‘amilat parti, mengikut sibghah (acuan dan celupan ) Islam, dari segi ilmu, cara beramal dan akhlaknya. Ilmu yang kita maksudkan pula bukan sahaja berilmu dengan sekadar pengetahuan, tetapi berilmu yang membuahkan amal dengan kekuatan akal yang dipandu oleh akidah, syariat dan akhlak, serta dibajai oleh kekuatan rohani yang melahirkan sifat taqwa seterusnya menjadi mujahid yang berjaya.
Setiap ahli parti juga haruslah bersedia untuk menyumbang harta dan jiwa raga sekadar kemampuan yang sebenarnya tanpa sembunyi, dan bersedia menghadapi musuh yang berlipat ganda jumlah anggota, peralatan dan hartanya. Seterusnya, kita yakin akan datangnya pertolongan Allah apabila memenuhi syarat mencapai kemenangan dan mengisi kemenangan, seperti dinyatakan oleh firman Allah SWT :
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Secara umumnya, semua organisasi parti termasuklah jentera pilihanrayanya perlulah diperkemaskan di semua lapisan peringkat, dilipat gandakan gerakerjanya, dan seterusnya dilatih petugas sehingga mempunyai kemahiran yang tinggi untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 yang bakal tiba nanti.
Secara khususnya, peranan Majlis Syura Ulama, Jawatankuasa PAS Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda , Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS dan Lajnah-Lajnah, semuanya hendaklah sentiasa bersama keperluan terkini di semua peringkat jentera parti, perlu maju ke hadapan dengan dibekalkan kefahaman yang jelas terhadap fikrah perjuangan parti, dan menggunakan ilmu pengurusan serta pentadbiran yang sesuai sebagai satu persediaan mencapai kemenangan dan mengisi kemenangan di masa yang mendatang.

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong
(berjuang bagi menegakkan agama) Nya. Sesungguhnya Allah
benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa, (yaitu) orang-orang
yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya
mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh
berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan
kepada Allah-lah kembali segala urusan. (Hajj : 40-41)

No comments:
Post a Comment