Suka saya menyedut beberapa ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, kemudian renung dan fikir-fikirkanlah. "Mereka(ulamak) paling dihormati sekiranya beristiqamah dengan perjuangan dan paling dikutuk sekiranya menyeleweng".
Oleh yang demikian, maka besarlah harapan agar Dewan Ulama bekerja keras untuk mengumpulkan kalangan ulama yang berselerak dan ada pula yang terjerumus ke dalam kelompok musuh dan terpesong halatujunya kerana tidak berjamaah. Bawalah mereka ini bersama kita, binalah fikrah perjuangan dan fahamkan mereka dengan fiqh siyasah yang dibawa oleh PAS, supaya akhirnya mereka dapat saling lengkap melengkapi saf perjuangan kita.
Semua ini menunjukkan kepada kita, bahawa peranan ahli ilmu ialah menjaga umat supaya tidak tergelincir daripada landasan Islam.
Dalam masyarakat Islam hari ini kita berdepan dengan kejahilan umat Islam sendiri terhadap agama, dan kelemahan para ulama yang tidak melibatkan diri dalam masyarakat dengan cara yang tepat, tanpa mengira kalangan yang diperalatkan musuh .
Ada juga yang memberi penekanan pengajian Islam secara serpihan tanpa menyeluruh, lalu menyisihkan diri tanpa penglibatan dalam masyarakat di atas nama bertasawuf dan beruzlah. Imam Malik pernah menegaskan : Sesiapa yang bertasawuf dalam keadaan tidak berfeqah sesungguhnya dia terjerumus ke dalam Zindiq (ajaran sesat) dan sesiapa yang berfeqah tanpa tasawuf sesungguhnya dia fasiq dan sesiapa yang mengumpul kedua-duanya, maka sesungguhnya dia berada di atas kebenaran.
No comments:
Post a Comment